CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Lelaki Guna Identiti Rakan, ‘Tukar’ Wajah Elak Dicekup Polis

18-9-2023 11:43 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 9966| Komen: 0

Description: Bangkok, Thailand: Seorang lelaki di Thailand menggunakan identiti rakannya ketika melakukan jenayah sebelum menjalani pembedahan plastik sebagai taktik bagi mengelak dicekup polis, lapor laman berita ...
Bangkok, Thailand: Seorang lelaki di Thailand menggunakan identiti rakannya ketika melakukan jenayah sebelum menjalani pembedahan plastik sebagai taktik bagi mengelak dicekup polis, lapor laman berita Thaiger hari ini.


Tindakan itu menyebabkan rakannya yang dikenali sebagai Anucha, meringkuk di dalam penjara selama 80 hari atas kesalahan yang dia tidak lakukan.


Menurut polis, suspek bernama  Phuwadon ditahan polis pada 23 Ogos 2020 di sebuah sekatan jalan raya kerana kereta dipandunya tidak memiliki nombor pendaftaran.

Dia juga positif dadah dan ditahan serta-merta.

Ketika dalam tahanan polis, Phuwadon berbohong  bahawa dia terlupa membawa kad pengenalan serta memberitahu namanya ialah Anucha sebelum dibebaskan keesokan harinya.

Dia kemudian diarah hadir ke mahkamah pada satu tarikh namun gagal berbuat demikian. Ia menyebabkan polis menahan Anucha yang sebenar.


Mangsa kemudian dibawa ke Penjara Reman Bangkok sejurus ditangkap.

Selepas keluarganya meminta bantuan sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan, Saimai Survive dan berkali-kali menjelaskan perkara itu kepada polis, Anucha akhirnya dibebaskan selepas 80 hari dipenjara.

Dalam masa sama, Phuwadon menjalani pembedahan plastik bagi mengelakkan dia ditangkap.

Namun, lelaki itu akhirnya diberkas di sebuah tempat letak  kereta di daerah Lat Phrao, Bangkok kelmarin.

Polis berkata, pihaknya  berbincang dengan Kementerian Kehakiman mengenai pampasan yang boleh diberikan kepada Anucha serta langkah-langkah untuk mencegah perkara serupa berulang. 


Sumber: Kosmo! Online




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-9-2023 04:18 PM GMT+8 , Processed in 0.120862 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top