CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Caprice Minta Ebit Lew Hantar Saman Segera

18-9-2023 04:36 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3827| Komen: 28

Description: Petaling Jaya: Penyanyi rap, Caprice meminta pendakwah bebas, Ebit Lew supaya segera menghantar surat saman kepadanya susulan pendedahan yang dibuat di dalam podcast bersama Mondy Tatto baru-baru ini. ...
Petaling Jaya: Penyanyi rap, Caprice meminta pendakwah bebas, Ebit Lew supaya segera menghantar surat saman kepadanya susulan pendedahan yang dibuat di dalam podcast bersama Mondy Tatto baru-baru ini.


Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 33, berkata, permintaan itu bagi membolehkan pihak Mondy menghantar semula saman kepada pendakwah itu beserta bukti.


“Salam Ebit Lew, kalau boleh cepat sikit hantar saman tu.

“Supaya pihak Mondy boleh saman balik sekali dengan bukti,” katanya dalam satu hantaran di Instagramnya tadi.

Selain itu, dalam hantaran sama Caprice juga memaklumkan pihaknya akan memuat naik lagi pendedahan dibuat Mondy pada Jumaat ini.

Di dalam video yang dimuat naik di Instagram Caprice itu, Mondy mendakwa dia tidak pernah belajar mengaji serta solat seperti yang dikatakan oleh Ebit sebelum ini.

Malah menurut Mondy, dia juga tidak pernah bertemu dengan isteri pendakwah terbabit.


“Aku belum pernah bertemu dengan isterinya.

“Ini bukan fitnah, ini bukan cakap kosong. Satu masa nanti akan terbukti kebenarannya,” katanya.

Terdahulu, Ebit tampil membuat laporan polis berhubung pendedahan terbabit yang disifatkan sebagai fitnah terhadap dirinya di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Selangor pagi tadi.


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote beautifulorchid 18-9-2023 04:44 PM
Si batu api
Quote BellaThePrinces 18-9-2023 04:55 PM
ebit-capris-mondy.....semua tak bole pecaya
Quote tukul 18-9-2023 04:58 PM
Bodohnya kisah mereka ni...aishh
Quote LadyWhistledown 18-9-2023 06:29 PM
siapa tolong bayar peguam utk monday tu?
Quote sharlenetexas 18-9-2023 06:34 PM
Siapakah di belakang mereka ini?

Quote September14 18-9-2023 06:35 PM
Apala yg kepris perjuangkn? Mcm dr sdri pun mcm x betul
Quote lanacondor 18-9-2023 06:56 PM
BellaThePrinces: ebit-capris-mondy.....semua ta ...
betul. Kalau tiga2 Diam org Pon dh lama lupa ttg dorg
Quote haruslah 18-9-2023 07:20 PM
Utk melayu, yg pakai kopiah lg dipercayai
So, paham2 je lah
Quote adeqbun 18-9-2023 07:30 PM
3-3 aku x pecaya
Quote Purpkehag 18-9-2023 09:02 PM
Dia ni sakit otak ke?
Quote putericahaya999 18-9-2023 11:26 PM
Dengan sofa merah pun x menang.....ebit dh buat report polis.. gasakla korang
Quote red_velvet 18-9-2023 11:54 PM
Kepris ni kerja apa je nak tampung hidup anak bini? Macam takde job je mamat ni.. job terpaling menyemak pakcik bawang je yg dia buat sekarang ni... Kepris - mondy - ebit : 3-3 ni opportunist..kalau jumpa ular, katok 3-3 ni  dulu baru ular...
Quote tora216 19-9-2023 12:01 AM
Dendam kesumat betul ye kepris dgn si yebit ni ye..
Sedaya upaya dia nak buruk2 kan yebit ni..
Disclaimer siap2, iollss x sokong and x side dua2 manusia ni.. hahahha..
Quote sharlenetexas 19-9-2023 01:47 AM
haruslah replied at 18-9-2023 07:20 PM
Utk melayu, yg pakai kopiah lg dipercayai
So, paham2 je lah

Tiga2 tak percaya.

Quote amarakasih 19-9-2023 01:57 AM
September14 replied at 18-9-2023 06:35 PM
Apala yg kepris perjuangkn? Mcm dr sdri pun mcm x betul

Ulang lagi, TN tu ada masalah hati, dendam kesumat dengan EL. So obvious. He never learned his lesson masa dia tolong kes abuse hari tu sampai kena saman. Yang ditolong dah tak endahlan dia sampai terkapai. Terus tag perempuan tu sambil up gambar sekali.

Tulah terlalu sebok nak tolong konon!
Quote BoongaKertas 19-9-2023 08:12 AM
sbg pemerhati kes2 mcm ni, iols rasa EL mcm ada kes yg kukuh. TN ni iols rasa mmg kena start cari lawyer power dah kot.
Quote aciksenah 19-9-2023 09:48 AM
tora216 replied at 19-9-2023 12:01 AM
Dendam kesumat betul ye kepris dgn si yebit ni ye..
Sedaya upaya dia nak buruk2 kan yebit ni..
Discl ...

Bukan nak burukkan..nak tunjukkan realiti sebenar siapakan yebit yang berselindung disebalik jubah dan janggut tu.

Quote marchikobonzo 19-9-2023 09:53 AM
Kau mencapub sangat, kang kena saman betul2 baru tau
Quote opie5662 19-9-2023 09:58 AM
Last2 nnt kalah saman.. Kene mintak maaf... Mondy tak dtg jadi saksi... Maka start la meroyan.... Sedangkan sendiri yg sibuk nk jadi hero.

Disclaimer: bkn walabit. Tp menyampah ngan mangkuk acah hero ni...

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-9-2023 05:01 PM GMT+8 , Processed in 0.260055 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top