CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Fazura Bakal Lancar Lagu Baru, Kembali Berlakon Selepas 7 Tahun

18-9-2023 11:07 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 181| Komen: 3

Description: Personaliti Fazura memberitahu, sempena menyambut ulang tahun ke-40 pada 27 September ini dia bakal melancarkan single duet bersama penyanyi dan komposer hebat Indonesia, Ahmad Dhani menerusi lagu Jik ...
Personaliti Fazura memberitahu, sempena menyambut ulang tahun ke-40 pada 27 September ini dia bakal melancarkan single duet bersama penyanyi dan komposer hebat Indonesia, Ahmad Dhani menerusi lagu Jika Cinta Allah.


Fazura berkata, lagu yang pernah dipopularkan Ahmad Dhani itu mempunyai makna mendalam.


"Ketika saya mendengar lagu ini kali pertama, saya terus jatuh cinta dengan lirik dan melodi lagu ini kerana begitu dekat di hati saya.

"Tambah pula sekarang ini ramai mengalami tekanan hidup atau kebimbangan teruk. Saya kalau memandu kereta pun nak dengar lagu yang memberi semangat, saya tak nak dengar lagu yang buat kita lagi murung.

"Jadi, saya terus berjumpa dengan beliau dan beritahu keindahan lagu ini. Beliau terus bertanya sama ada saya mahu lagu baru atau berminat membuat 'cover' (nyanyian semula) lagu ini.

"Saya cakap kita yanyikan semula lagu ini saja. Apa yang lebih menarik, beliau sanggup mengubah semula tempo dan susunan lagu ini. Beliau buat istimewa untuk saya," katanya.



Menurut Fazura, dia berasa bertuah Ahmad Dhani terbuka hati untuk bekerjasama dengannya.

"Sebelum ini pengurus saya ada maklumkan ramai artis Malaysia minta lagu dengannya, tapi entah bagaimana dengan saya dia terus ajak bekerjasama.

"Mungkin inilah dinamakan rezeki. Apapun saya harap lagu ini dapat beri manfaat kepada orang ramai. Saya tak nak lagu-lagu disampaikan buat orang makin bersedih.

"Lirik lagu Jika Cinta Allah ini sangat indah kerana nak beritahu yang kita sebagai hamba perlu sentiasa bergantung kepada Allah. Tiada apa yang boleh menjejaskan emosi dan semuanya akan dipermudahkan," katanya.

Kata Fazura, kehadirannya di Jakarta bukan sekadar projek single Jika Cinta Allah semata-mata, sebaliknya banyak peluang perniagaan bakal diceburi selain sedang giat mengatur pertemuan bersama komposer hebat di Indonesia.


"Insya-Allah saya akan lancarkan satu acara di Indonesia tidak lama lagi. Saya tak boleh kongsikan sekarang, saya perlu simpan rahsia ini dulu.

"Saya dalam proses menyiapkan album yang bakal dilancarkan tahun depan. Saya kini giat mengatur pertemuan dengan komposer dari Indonesia dan Malaysia selain bakal tampil dengan single duet bersama Zizi Kirana.

Dalam pada itu, Fazura berkata, dia bakal membuat kemunculan dalam drama bersiri 30 episod selepas hampir tujuh tahun berehat dalam dunia lakonan.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 19-9-2023 08:14 AM
cptlah berlakon kakfazz. nak tgk muka lawo & berbakat on tv.
Quote apedehal 18-9-2023 02:34 PM
Nyanyian xtggu mahap ya...lakonan drama tu kutungu tunggu
Quote Sazreena 18-9-2023 11:25 AM
Menduniaaaaa....

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-9-2023 05:20 PM GMT+8 , Processed in 0.049990 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top