Pelakon dan pengarah, Farid Kamil mendedahkan sah rujuk semula dengan Diana Danielle pada 31 Ogos lalu. Menerusi temu bual Farid Kamil di Melodi TV3 yang berkongsi bahawa perkahwinan mereka dapat diselamatkan dengan izin Allah.
Katanya, perkahwinan lepas yang melanda hubungan mereka merupakan sejarah yang dapat memberi pengajaran. “Alhamdulillah, dan isteri kembali rujuk pada 31 Ogos 2023. "Penguatnya adalah agama… perkahwinan itu akan jadi lebih bahagia,” katanya. Sepanjang tempoh penceraian mereka, pasangan ini masing-masing memperbetulkan dan muhasabah diri untuk nilai semula perkahwinan yang lepas. Farid sempat berkongsi bahawa hadiah yang terbaik untuk diberi kepada anak-anak adalah untuk melihat ibu bapa mereka kembali bersama.
Dikatakan juga anak kepada pasangan, Muhammad tidak berhenti berdoa supaya ibu bapanya kembali hidup bersama. Farid sempat berkongsi bahawa anaknya, Muhammad tidak berasa ibu bapanya berpisah dan penceriaan yang berlaku selama 21 hari menimbulkan perasaan bersalah kepada Diana dan anak-anak. Farid juga berterima kasih kepada peminat yang tidak henti mendoakan perkahwinan mereka. Sumber: Kisah Dunia, Melodi
|
matjerk replied at 17-9-2023 08:05 PM
Apa kata adik Farid Kamil dan isteri? Selalu dorang ni mencapub aje
zuriey replied at 17-9-2023 09:57 PM
Double setendet btl acik2 porem
Bella kemek rujuk dgn alip kemain acik porem maki hamun si bel ...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
26-9-2023 05:54 PM GMT+8 , Processed in 0.099641 second(s), 47 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.