Tiz Zaqyah antara pelakon yang selektif dalam memastikan setiap titik peluhnya berbaloi dengan penghasilan karya berkualiti. Bukan kerana gilakan populariti tetapi memilih dalam pemahaman Tiz penting untuk kepuasan peribadi setiap kali berkarya dalam mana-mana naskhah drama mahupun filem.
Sudah bertapak lebih satu dekad dalam industri seni, bintang Nur Kasih itu mengakui terpaksa menolak beberapa tawaran lakonan disebabkan faktor komitmen “Tindakan tersebut kerana mempunyai komitmen lain seperti pertindihan jadual kerja. Cara saya kerja sekurang-kurangnya setahun perlu ada satu drama,” jelasnya kepada HibGlam. Tegas Tiz lagi, perkara tersebut dilakukan kerana enggan jadual kerjanya terlalu padat sehingga terlepas tawaran naskhah hebat lain seperti filem. Beralih kepada cerita kerjaya, Tiz yang kini muncul dengan karakter Lara dalam naskhah terbaharu berjudul Liar mengakui, Lara merupakan watak terberat pernah dilakonkannya.
“Sepanjang 16 tahun bergelar pelakon, ini watak paling mencabar yang pernah sata jayakan. “Lara memerlukan saya banyak bermain dengan emosi. Apabila berjaya dapat watak ini selepas tiga kali uji bakat, memang tidak menoleh ke belakang lagi dan terus berkata ya,” ujarnya. Ditanya tentang babak yang menuntutnya mendedahkan bahagian badan, pelakon bersuara serak basah itu memberitahu adegan tersebut mempunyai mesej tertentu yang wajar disampaikan kepada penonton.
|
krustykrab replied at 24-3-2023 06:15 PM
Teringat sheols dlm drama kna rogol dgn bapak sampai ngandung..mmg iols teringat² citer ni sampai s ...
Nizleen86 replied at 24-3-2023 07:26 PM
Tiz mmg pelakon gred A takyah control cun, takyah sibuk canang dia la terpalingggg mcm anak rockers ...
darkness replied at 24-3-2023 04:30 PM
Mcm best je cerita ni
sleepandream replied at 24-3-2023 08:45 PM
cite ni adaptasi UK series ropernyer.. tapi jalan cerita mengingatkan iols dekat satu filem hindusta ...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet
4-6-2023 01:09 PM GMT+8 , Processed in 0.087287 second(s), 47 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.