Rezeki bekas isteri kepada pelakon sensasi, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada semakin mencurah-curah apabila ramai pihak tampil membantunya sejak mengalami konflik rumah. Terbaru, influencer dan usahawan popular, Hafiz Mahamad telah memanggil Shuhada untuk hadir ke kliniknya, Ainaa Clinic untuk membantu menghilangkan parut wajahnya selepas 10 jahitan ditanggalkan. Bukan itu sahaja, usahawan yang berusia 30 tahun itu turut memaklumkan dia akan memberi bantuan secara bulanan kepada Shuhada dan anak-anaknya dan berharap agar namanya terkandung dalam doa wanita terbabit.
“Saya datangkan Shu ke sini untuk doktor tengokkan parut wajah dia. Saya tak ada ikat apa-apa berkenaan kerja atau apa-apa agreement. “Saya akan bagi bantuan bulanan pada dia dan anak-anak. Semoga ada kami dalam doanya. Insya-Allah, semuanya akan baik-baik nanti,” ujarnya lagi. Selain Hafiz Mahamad, terdapat beberapa selebriti yang lain tampil berkongsi rezeki kepada Shuhada dengan memberikan peluang pekerjaan seperti usahawan Aliff Shukri yang melantik sebagai duta tudung dan model fesyen muslimah untuk Bella Ammara. Alhamdulillah, ramai yang ingin membantu Shuhada walaupun dia tidak mengharapkan pun ihsan sesiapa. Semoga yang membantu juga dimurahkan rezeki mencurah-curah. - CARI |
Guess_who replied at 17-3-2023 07:11 PM
Hati hitam iols xboleh nak husnuzon. Kapel terpaling ni mmg xminat dari dulu.sorry.iols rs ramai je ...
Bumbu replied at 18-3-2023 06:53 AM
Tak kisah la amik ksempatan dlm kesempitan shu yg penting shu dpt keuntungan jg. Kiranya win2 la...
jambatannetizen replied at 18-3-2023 01:45 AM
Nampak cantik pulak dia ni. Mohon jgn pakai spec beso2 ye dikkkk. Touch up sikit muka, kasi lip balm ...
adelea replied at 18-3-2023 09:07 AM
Eh minah ni dlm eddah ke apa ….
Bebas berterbangan kesana sini …
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet
1-4-2023 01:33 PM GMT+8 , Processed in 0.185423 second(s), 64 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.