Banyak menerima Direct Message (DM) daripada pengikut di media sosial, Shiha Zikir mendedahkan ramai yang mengalami penyakit mental teruk bila kerap ditanya soal jodoh. Sebagai selebriti, penyanyi itu juga berkongsi pengalaman dengan pengikutnya di media sosial untuk berdepan dengan isu sedemikian.
"Saya menyarankan pengikut di laman sosial supaya sentiasa berfikiran positif dan ambil mudah sahaja kerana ada yang nak buat perkara yang tidak patut dilakukan. "Sebab saya pun dulu seorang yang panas baran tapi sekarang sudah berubah. "Kita tidak boleh mengubah orang lain tapi kita boleh ubah pemikiran kita supaya kekal positif," katanya kepada Harian Metro. Shiha atau nama sebenar, Nurshiha Mohd Zikir, 36, berkata, dia juga tidak pernah bertanyakan soal jodoh pada rakan-rakannya yang masih belum berkahwin. "Setiap orang ada kehidupan berbeza. Sebenarnya, saya sendiri berasa segan dan bersalah untuk menjawab soal kahwin.
"Soal jodoh ini agak sensitif kerana saya sudah berusia 36 tahun. "Namun, saya tidak mahu membuat keputusan tergesa-gesa untuk berkahwin kerana dan percaya masanya akan tiba jua," katanya. Ditanya perancangannya untuk berkahwin dengan kekasihnya, Kamarul Ariffin Baharun atau Arul pada tahun ini seperti yang diperkatakan ramai, kata Shiha, dia masih belum ada tarikh yang sesuai lagi. "Saya serahkan soal jodoh cepat atau lambat pada aturan Allah. Saya juga mahu majlis perkahwinan yang paling ringkas sahaja," katanya. Sumber: Harian Metro
|
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet
29-5-2023 10:51 PM GMT+8 , Processed in 0.088244 second(s), 30 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.