Bekas peserta program Mentor Legend yang juga merupakan vokalis kumpulan SAJA iaitu Tuah tidak pernah mempunyai sebarang masalah bekerjasama dengan bekas mentornya, Mas Idayu meskipun penyanyi berkenaan cukup terkenal sebagai seorang yang lantang dan garang.
Buktinya, Tuah bersama SAJA baharu sahaja merakamkan single terbaharu mereka iaitu Cari Cinta Di Indonesia yang turut menampilkan Mas Idayu. "Rakaman lagu bersama Mummy (Mas idayu) Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Kami pun dah macam ibu dan anak sebab sudah lama kenal. "Sepanjang merakamkan lagu tersebut, tidak ada pula Mummy marah-marah. Saya rasa zaman kena marah dengan Mummy sudah berlalu," katanya ketika dihubungi mStar. Dalam pada itu, bercakap mengenai lagu duet mereka, Tuah atau Mohamad Farhan Zahi Mohd Zaini, 30, berkata, elemen dangdut yang terdapat dalam lagu berkenaan membuatkan dia ingin berkolaborasi bersama Mas.
Kata Tuah, mereka juga ingin menembusi pasaran Indonesia dan sudah merangka promosi di negara berkenaan tidak lama lagi.
|
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet
2-6-2023 02:54 AM GMT+8 , Processed in 0.079764 second(s), 32 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.