CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Dipaksa Keluarkan Emas Dari Dubur Lepas Kantoi Penggera Berbunyi

1-12-2022 07:31 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 702| Komen: 5

Description: Taktik seorang pekerja lombong di Republik Demokratik Congo (DRC) menyeludup sejumlah besar emas dengan cara menelannya, gagal apabila dia dikesan penggera pintu, lapor akhbar Daily Star semalam.Menur ...
Taktik seorang pekerja lombong di Republik Demokratik Congo (DRC) menyeludup sejumlah besar emas dengan cara menelannya, gagal apabila dia dikesan penggera pintu, lapor akhbar Daily Star semalam.


Menurut laman berita Mines.cd, lelaki itu telah menelan emas seberat 81 gram (g), namun ia dikesan penggera pintu ketika cuba meninggalkan sebuah bangunan.


Twitter

Dia kemudian dibawa ke sebuah hospital tempatan, di mana ujian ultra bunyi memaparkan emas itu bergerak melalui sistem pencernaannya. Dia diberi sejenis produk untuk mengeluarkan emas itu melalui duburnya.

“#DRC Seorang pekerja Kibali (lombong emas) menyeludup 81g emas. Ingin meninggalkan tapak itu, laser pintu dikesan dan kemudian mencetuskan penggera.


“Dibawa ke hospital, emas yang ditelan itu kelihatan pada ultra bunyi. Selepas diberikan produk, dia mengeluarkan emas itu melalui dubur,” demikian menurut ciapan Mines.cd di Twitter.

Mines.cd memberitahu akhbar Daily Star bahawa maklumat yang diterima itu disampaikan oleh sumber dalaman dan mereka masih mencari butiran lanjut.

Lombong Emas Kibali terletak di timur laut DRC di wilayah Haut-Uele.

Ia adalah salah satu lombong emas terbesar di Afrika dan dikendalikan oleh Barrick Gold Corporation.


Sumber: Kosmo





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sangbara2020 1-12-2022 08:45 AM
ni la namanya tahi emas....bkn payung je ada emas tahuu?
Quote CiliPadiSedap 1-12-2022 09:17 AM
patutnya suruh anjing or kucing telan kat kuari. lepas tu kejar anjing kucing tu dapat bagi sekotak wiskes. biar berak tahi emas

Quote Samerosie 1-12-2022 09:41 AM
CiliPadiSedap replied at 1-12-2022 09:17 AM
patutnya suruh anjing or kucing telan kat kuari. lepas tu kejar anjing kucing tu dapat bagi sekotak  ...

Haha idea yg bernas tapi tak mungkin possible.  Masa iols kerja kat oz dulu, immediate boss dr south africa mmg kat sana kerja kat mine gold.  Dia xkp tak tahan hari2 nak masuk kerja kena strip lalu laluan xray ni pergi dan balik.  Then jalan ke mine from entrance lepas security letak batu2 kerikil so org tak korek.  Ramai juga pekerja tried to seludup keluar emas, buat lubang kat gigi geraham masuk kat sini, selit between jari2 kuku, you name la lubang mana kat badam tak pernah cuba katanya mostly akan kantoi.  Sama juga dgn lombong diamond.
Quote becir 1-12-2022 10:02 AM
Teringat ceta apa tu hotel Rwanda ke, long sleeve short sleeve..try nak pick up diamond security akan nampak je
Quote Artemesiaa 1-12-2022 11:57 AM
Mesti baru kerja situ sebab tu tak tahu ada pengera boleh detact kalau siapa mencuri

Lihat semua komen(5)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

7-2-2023 04:05 AM GMT+8 , Processed in 0.073902 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top