CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Wanita Meninggal Dunia Dalam Kereta Depan Pasar Di Kota Bharu

1-12-2022 07:26 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1365| Komen: 15

Description: Seorang wanita ditemukan meninggal dunia dalam kereta di belakang sebuah pasar di Berek 12, di sini, pagi semalam.Mangsa yang berusia 37 tahun ditemukan orang ramai yang menyedari wanita itu tidak sed ...
Seorang wanita ditemukan meninggal dunia dalam kereta di belakang sebuah pasar di Berek 12, di sini, pagi semalam.

Mangsa yang berusia 37 tahun ditemukan orang ramai yang menyedari wanita itu tidak sedarkan diri sebelum bertindak memecah cermin belakang kereta jenis Proton Saga BLM itu.



Gambar hiasan

Menurut saksi yang ingin dikenali sebagai Lisa, 38, kereta yang dinaiki mangsa dilihat diparkir di hadapan sebuah kedai seawal jam 7.30 pagi di belakang pasar dan mangsa dikatakan sempat membeli-belah di pasar berkenaan.

"Selepas selesai membeli, wanita itu masuk ke dalam kereta dan sekitar jam 10 pagi, seorang penjual di pasar yang juga mengenali mangsa dilihat menuju ke kereta itu bersama ahli keluarganya.


"Rupa-rupanya ahli keluarga ada menghubungi wanita itu beberapa kali, namun tidak dijawab sebelum datang ke pasar kerana dikatakan mangsa yang tinggal bersama ibunya yang sakit sering ke pasar ini untuk membeli makanan.

"Sebaik pintu kereta berjaya dibuka, saya melihat wanita itu tidak sedarkan diri dan mengesyaki sudah meninggal dunia sebelum pihak berkuasa segera dihubungi," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk proses bedah siasat.

Beliau berkata, hasil bedah siasat mendapati kematian mangsa berpunca daripada komplikasi akibat hormon thyroid yang tinggi.

"Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut," katanya.


Sumber: Harian Metro





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nurul_akmar 1-12-2022 07:29 AM
Bahaya juga ye thyroid ni.. aku igt cukup makan ubat je..
Quote diss69 1-12-2022 07:39 AM
Innalillah....thyroid ni ada tahap² nya ke...sebab m sedara suami dh berpuluh thun ada thyroid tp nmpk ok stakat ni..
Quote akusukaq 1-12-2022 07:52 AM
Edited by akusukaq at 1-12-2022 07:54 AM
nurul_akmar replied at 1-12-2022 07:29 AM
Bahaya juga ye thyroid ni.. aku igt cukup makan ubat je..


Mungkin ada hypertairod dan tak ambik obat kawal hormon tyroid tu...Ujung ujung dapat tyroid storm, memang boleh koma bawak maut.
Quote sangbara2020 1-12-2022 08:23 AM
tyrod ni buat jantung jd laju...
Quote black_handbag 1-12-2022 08:25 AM
first time dengar kematian akibat thyroid.. sblm ni sebab jantung atau penyakit2 lain je
Quote nellyberry 1-12-2022 08:36 AM
my friend meninggal sbb thyroid. arwah tak tahu ada thyroid, dia tak pegi check. tahu-tahu meninggal dlm bilik. umur arwah masa tu baru 34 tahun.

semogo arwah ditempatkan bersama org yg beriman.
Quote bakawali_04 1-12-2022 08:41 AM
nurul_akmar replied at 1-12-2022 07:29 AM
Bahaya juga ye thyroid ni.. aku igt cukup makan ubat je..

Alhahuakbaritulah mcm tak sangka
ingat thyroid tu sakit biasa2 je
masa last pregnant
ai kena buat test thyroid
sbb berbulan2 berat tak naik
even pregnant
berkisar setakat 500 gram
kejap naik kejap turun
mujur negative resultnya
Quote syamzana 1-12-2022 08:46 AM
Innalillah...
mujur la ada fmly member mai cari.
kwn iols ada thyroid ni, dpt sebab dia ada autoimmune desease. mmg dok mkn ubat je la nak control. ms ni kat matrik, baru la iols tau ada penyakit autoimun dan blh serang mcm2 kat body
Quote nuralisa 1-12-2022 09:03 AM
ooo ..tak tahu la pulak thyroid ni boleh bawa maut..
mak aku ada thyroid.. tapi dulu dah ok ...
skrg dtg balik...
Quote xtahumenahu 1-12-2022 09:20 AM
apa tanda2 sakit ni eh?
Quote Cassieopeia 1-12-2022 10:28 AM
baru tau jgk thyroid boleh bawa maut. tahap kritikal la kot ye.. innalillahiwainnailaihirojiun
Quote gigahertz 3-12-2022 11:55 AM
nellyberry: my friend meninggal sbb thyroid. arwah tak tahu ada thyroid, dia tak pegi check. tahu-tahu meninggal dlm bilik. umur arwah masa tu baru 34 tahun.semog ...


alamak. i ada tanda tanda ni
Quote I.K.A888990 3-12-2022 01:23 PM
baru tahu psl ni
kena check jugak la.
salam takziah buat keluarga
Quote imanjannah 3-12-2022 01:26 PM
innalillahwainnalillahirojiun.. semoga Allah mengampunkan segala dosanya
Quote imanjannah 3-12-2022 01:27 PM
kawan aku meninggal tahun ni sakit ini juga..

Lihat semua komen(15)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

30-1-2023 07:58 PM GMT+8 , Processed in 0.102451 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top