CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Ibu Bapa Mohon Guna Sperma Anak Yang Hampir Meninggal Dunia, Tunai Hasrat Miliki Zuriat

30-11-2022 09:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1173| Komen: 14

Description: Mahkamah Perlindungan di United Kingdom menolak tuntutan suami isteri yang mahu menggunakan sperma anak lelaki mereka yang sudah hampir meninggal dunia, bagi menunaikan permintaan pemuda itu memiliki ...
Mahkamah Perlindungan di United Kingdom menolak tuntutan suami isteri yang mahu menggunakan sperma anak lelaki mereka yang sudah hampir meninggal dunia, bagi menunaikan permintaan pemuda itu memiliki zuriat.


Penuntut berusia 22 tahun itu rebah secara tiba-tiba ketika bersukan dan tidak sedarkan diri dalam rawatan rapi selepas diserang angin ahmar.

Ibu bapa lelaki itu memohon pengisytiharan yang membolehkan doktor mengambil semula sperma anak lelaki mereka dan menyimpannya secara sah supaya ia mungkin boleh digunakan pada masa hadapan untuk kelahiran bayi.


Gambar hiasan

Bapa lelaki itu memberitahu hakim, anaknya mempunyai teman wanita, dan pemuda itu berkongsi keinginannya untuk memiliki zuriat sendiri sejak sekian lama.


"Saya menjelaskan kepada mahkamah saya dan isteri akan membesarkan anak itu.

"Teman wanitanya yang mengetahui permohonan ini juga menyatakan hasrat untuk hamilkan anaknya," katanya pada prosiding berkenaan, 3 November lalu.

Hakim, Justice Poole yang berpangkalan di London dan menyelia perbicaraan di Bahagian Keluarga Mahkamah Tinggi berkata, pemuda itu pernah menjadi penuntut di sebuah universiti di barat daya England serta digambarkan sebagai seorang cergas dan sihat sebelum dia rebah.

Poole memutuskan pengisytiharan itu tidak akan menjadi kepentingan terbaik buat lelaki itu.

Katanya, tiada bukti mahkamah dalam memastikan pemuda itu membenarkan spermanya dikumpulkan dan disimpan.

"Saya tidak boleh menerima perlu ada kedudukan lalai bahawa sperma harus dikumpul dan disimpan dalam keadaan seperti itu secara amnya untuk kepentingan terbaik seseorang.

"Proses mengumpul sperma (lelaki itu) secara fizikal (invasif) dan tidak ada bukti (dia) akan bersetuju atau akan bersetuju dengan tujuannya.

"Saya mengambil kira pandangan ibu bapanya mengenai kepentingan terbaik (dia).

"Bagaimanapun, dengan menimbang semua berkaitan, saya memutuskan ini bukan kepentingan terbaik (dia) untuk pengisytiharan yang dipohon (pihak berkenaan)," katanya.

Perincian kes itu dikeluarkan Khamis lalu apabila keputusan bertulis hakim diterbitkan, manakala pemuda itu dilaporkan sudah meninggal dunia.


Sumber: Harian Metro





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kitty_catz 1-12-2022 08:36 AM
oh em gee.. tempek version omputih buleh

pening nak baca oiii
Quote KamikuP 1-12-2022 10:54 AM
Dah meninggal pun budak tu, dapat ke idok spermnya itu?
Quote Atata 1-12-2022 11:25 AM
KamikuP replied at 1-12-2022 10:54 AM
Dah meninggal pun budak tu, dapat ke idok spermnya itu?

Tak dapat. Hakim tolak permohonan parents & girlfriendnya. Sian. Sokay lahh
Quote ctaz 1-12-2022 12:07 PM
girlfriend dia gi la cari sperm org lain....

Quote Decaffeinated 1-12-2022 02:19 PM
ctaz replied at 1-12-2022 12:07 PM
girlfriend dia gi la cari sperm org lain....

Nak sperma ja kan? minta lah kat bapak dia

Quote ctaz 1-12-2022 02:25 PM
Decaffeinated replied at 1-12-2022 02:19 PM
Nak sperma ja kan? minta lah kat bapak dia

tula....kurang2 ada dna sama
Quote sharlenetexas 1-12-2022 02:29 PM
Umur 22 dah kena strok.


Quote Suchi 1-12-2022 02:37 PM
Atata replied at 1-12-2022 11:25 AM
Tak dapat. Hakim tolak permohonan parents & girlfriendnya. Sian. Sokay lahh

Oh maybe makpaknya tanak keturunannya terhenti kot.
Quote tripleid 1-12-2022 02:38 PM
Kalau x sedarkan diri camno dr nak ambik sperma beliau??
Quote jazaa100 1-12-2022 02:56 PM
Pening baca
Kepentingan terbaik....kepentingan terbaik...
Quote copy_paste 1-12-2022 03:04 PM
tripleid replied at 1-12-2022 02:38 PM
Kalau x sedarkan diri camno dr nak ambik sperma beliau??

cocok je la telo tu sedut dgn picagari huhuhu
Quote tripleid 1-12-2022 03:14 PM
copy_paste replied at 1-12-2022 03:04 PM
cocok je la telo tu sedut dgn picagari huhuhu

Ouchhh..dengar pun dah ngilu
Quote namieamuro 1-12-2022 03:17 PM
masih elok lagi ke sperm tu kalau dh mati?  nk keturunan sendiri, suruh bapak die je derma sperm.
Quote copy_paste 1-12-2022 03:22 PM
namieamuro replied at 1-12-2022 03:17 PM
masih elok lagi ke sperm tu kalau dh mati?  nk keturunan sendiri, suruh bapak die je derma sperm.

kan,diam2 sudah bg kat gf anaknya hahahahaha,

Lihat semua komen(14)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

2-2-2023 07:44 PM GMT+8 , Processed in 0.092577 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top