CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Penuntut IPTA Tak Mengaku Rogol 2 Remaja Di Sekolah

30-11-2022 08:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 981| Komen: 9

Description: Penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban, hari ini atas lima pertuduhan merogol dua remaja perempuan bawah umur, dari Mac hingga Jun lalu.Tert ...
Penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban, hari ini atas lima pertuduhan merogol dua remaja perempuan bawah umur, dari Mac hingga Jun lalu.


Tertuduh yang kini berusia 18 tahun membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Datin Surita Budin, selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa.

Mengikut pertuduhan satu hingga tiga, tertuduh telah melakukan kesalahan merogol seorang remaja berusia 16 tahun.


Gambar hiasan

Kesalahan dilakukan dari Mei hingga Jun lalu di tiga lokasi berbeza di kawasan sebuah sekolah menengah, dekat Sikamat, di sini.

Bagi pertuduhan keempat dan kelima, tertuduh telah melakukan perbuatan merogol remaja perempuan berusia 15 tahun.


Kesalahan dilakukan pada Mac dan Mei lalu di dua lokasi berbeza di sekolah sama.

Justeru, bagi semua pertuduhan, tertuduh melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun dan hendaklah juga dihukum dengan sebatan.

Pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Goh Hsiao Tung tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh.

Tertuduh tidak diwakili peguam, namun ibunya yang akan membayar wang ikat jamin tampil membuat rayuan kepada mahkamah sebelum Surita membenarkan jaminan sebanyak RM12,000 bagi semua pertuduhan.

Mahkamah turut menetapkan syarat tambahan tidak mengganggu mangsa dan perlu melaporkan diri di balai polis terdekat, sebulan sekali.

Sebutan semula kes pada 4 Januari 2023.


Sumber: Harian Metro




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 30-11-2022 09:08 PM
Suka sama suka.
Quote sufi^_^ 30-11-2022 09:18 PM
Statutory rape
Quote missyL 30-11-2022 10:09 PM
Kesian
Klo suke sama suke pn
Bawah, umo ttp la rogol
Quote SonicSiLandak 30-11-2022 10:10 PM
bangsa etis
Quote che-cikL 1-12-2022 01:57 AM
Biarlah dia, maknya sayang anak jantan, sanggup keluar duit RM12k lagi
Quote I.K.A888990 1-12-2022 02:36 AM
budak2 lagi kau dah tunjuk terer ek
Quote matjerk 1-12-2022 07:15 AM
Tahan2 lah kejap punai tu.
Buatlah yg ringan2 dulu.
Beberapa tahun je laki baru layak berjimak.
Tu pun nak kena ajar
Quote kelapaparut 1-12-2022 08:26 AM
pondan kan ramai kat luar, main la dgn pondan dulu
Quote sangbara2020 1-12-2022 08:52 AM
ni kiranya family pompuan tu dpt tau ke? kalau suka sama suka pun

Lihat semua komen(9)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

5-2-2023 09:07 PM GMT+8 , Processed in 0.096709 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top