Dr Amalina Che Bakri tampil memberikan teguran selepas terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan wajahnya untuk mempromosikan iklan palsu sesebuah produk.
Dr Amalina menjelaskan bahawa dia tidak pernah menjadi duta atau menjual sebarang produk kesihatan seperti yang diiklan di media sosial. “Anda semua harus tahu bahawa saya tidak endorse atau menjual produk kesihatan. Sila ambil perhatian bahawa saya bukan duta untuk sebarang produk kesihatan,”tulisnya. Mengetahui ada di antara netizen di media sosial yang telah membeli, namun tidak mendapat produk berkenaan, Dr Amalina menitipkan pesanan buat orang ramai agar tidak terpengaruh dengan scammers yang telah menyunting fotonya untuk mempromosikan iklan yang tidak benar itu.
|
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet
30-1-2023 03:35 AM GMT+8 , Processed in 0.080053 second(s), 36 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.