Sebuah kereta yang dipenuhi dengan sampah sarap macam tapak pelupusan sampah mendapat perhatian ramai. Dari papan pemuka (dashboard) ke tempat duduk hadapan sehingga ke bahagian tempat duduk belakang, pelbagai jenis sampah dilonggokkan saja di situ.
Menerusi video yang dikongsi di laman sosial, hanya tempat duduk pemandu yang tidak dipenuhi sampah. Video berdurasi 13 saat itu menunjukkan kereta berkenaan dikesan di sebuah stesen minyak. Menurut perakam video, 'kereta sampah' itu juga mencuri tumpuan orang di sekeliling.
Berkongsi pengalaman, individu berkenaan turut menyaksikan insiden lain melibatkan pemandu 'kereta sampah' itu yang dianggap pengotor. Lebih mengejutkan, katanya, pemandu itu juga tanpa segan silu membuang cawan kertas selepas minum air. "Pelik tapi benar. Yang tak tahan tu selamba je dia buang bekas air dia minum kat pam minyak pula tu. Sebelah aku dia campak cawan tu," menurutnya dalam keterangan video berserta tanda pagar #manusiapelik. Tidak dinyatakan lokasi rakaman, namun seorang netizen memaklumkan 'kereta sampah' berkenaan sering dilihat di stesen minyak dekat Seremban, Negeri Sembilan. Menerusi ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan netizen yang terkejut dengan sikap pemandu terbabit yang membiarkan sampah memenuhi keretanya.
|
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet
2-2-2023 10:29 PM GMT+8 , Processed in 0.098977 second(s), 44 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.