CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Video Tular: Budak Sekolah Baling Pemadam Teka Jawapan Peperiksaan

30-11-2022 05:51 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1507| Komen: 23

Description: Gelagat lucu seorang pelajar yang meneka jawapan menggunakan sebiji pemadam di sebuah sekolah di Johor Bahru, meraih perhatian ramai.
Gelagat lucu seorang pelajar yang meneka jawapan menggunakan sebiji pemadam di sebuah sekolah di Johor Bahru, meraih perhatian ramai.

Video yang dimuat naik oleh @im_chowok di TikTok menunjukkan gelagat pelajar perempuan tersebut membaling pemadam bagi meneka mana satu jawapan yang tepat.

Pelajar itu juga kelihatan terburu-buru dengan menepuk dahinya apabila melihat halaman seterusnya yang masih banyak lagi belum dijawab.



“Bila semalam sibuk tengok Piala Dunia, tetapi lupa ada peperiksaan. Bukan main ya baling pemadam untuk teka jawapan. Jangan risau, kertas subjek Matematik saya dulu pun macam ini juga,” tulis @im_chowok di kapsyennya.



Di ruangan komen mendapati ramai yang terhibur dengan gelagat pelajar ini dan mengimbas semula kenangan sama terjadi kepada mereka ketika zaman persekolahan.

“Saya pernah macam ini, baling pemadam, tetapi tunjuk B, akhirnya saya tetap pilih jawapan C,” komen seorang netizen.

“Buat siapa yang tidak tahu, pemadam itu ada dua belah, kira jawapan A atau B je,” komen netizen yang lain pula.  -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote green~tea 30-11-2022 06:17 PM
Aku pun pernah buat masa skolah

Lepas tu kalo dah settle sume soklan lain.. baru mikir balik soalan yg dah jawab tembak tu since masih ada masa
Quote airfilterkotor 30-11-2022 06:22 PM
Main dadu.
Lepas ni pemadam patsegi kena ban.
Pakai yang bulat macam bola. Sampai sudah takkan ada jawapan pasti.
Quote raxief 30-11-2022 06:39 PM
bukan cikgu2 takleh record ke?

aku lemah betul cikgu2 taska anak aku yg jenis tiktok2 ni

masalahnye kenapa guna sound dangdut remix indon/siam & lagu tangkap leleh melayu.. guna la sound lagu taylor swift ke, halsey ke, bring me the horizon ke
Quote CiliPadiSedap 30-11-2022 06:54 PM
adik ni dah besar bakal ganti politician
Quote SonicSiLandak 30-11-2022 06:57 PM
tak baik la buat bdk tu jadi konten

tapi tu arr

ada pulak forumer2 yang mengaku pernah buat masa kocik2 dulu

lemahhhhhhhhhhhh

prfffffffffffffffffffffffffffght



Quote isseliparjepun 30-11-2022 07:02 PM
I pun rasa tak baik si cikgu ni merakam budak tu. Tengok kat IG sinarfm tadi ramai pulak yang rasa lucu. U rasa kelakar sorang dah la, lepas tu share dengan kengkawan sekerja, tak perlu nak rakam and share online  
Quote rykall 30-11-2022 07:04 PM
Kenapa cikgu rakam?. Patut boleh dikenakan tindakan tatatertib atau buang kerja.
Quote jas7512 30-11-2022 07:18 PM
Nak bg tips..klu jwp soalan mcq..sila guna common sense and jwp pertama yg anda rasa btl tu buat je utk jwp2 yg anda x pasti atau keliru setelah baca doa lah..i biasa buat dan biasa utk soalan mcq..mmg i score highest mark regardless the subjects...hehe..
Quote awanearisu 30-11-2022 07:24 PM
Benar, kurang beretika perbuatan cikgu tersebut.
Bagaimana jika adik itu berasa ia satu tindakan yang berbentuk gangguan?
Quote Sazreena 30-11-2022 08:49 PM
Kalau aku dulu baca qul hu wallahu ahad sambil kira takat 4 jari tu..kat mane ayat tu stop, itu la jawapan aku. Next q sambung dgn ayat 2 sampai surah tu abis. Sambung lak ngan surah lain.
Quote kakikuDibibirmu 30-11-2022 08:51 PM
a5_copy_1024x771.jpg

Haaa... tikam-tikam...



[youtube]DBm0-XZu0ik[/youtube]
Quote gideoncross 30-11-2022 11:34 PM
raxief replied at 30-11-2022 06:39 PM
bukan cikgu2 takleh record ke?

aku lemah betul cikgu2 taska anak aku yg jenis tiktok2 ni

BMTH yg "Kingslayer" ft BabyMetal mmg best, btw utk x out of topic, TT Mlayu ngan Yindon ni mmg sllu pkai lagu2 yg entah apa2 je remix nya, ada yg sounds weird pun.
Quote ultra78 30-11-2022 11:37 PM
Betul ke budak tu layan world cup?
Quote raxief 30-11-2022 11:43 PM
gideoncross replied at 30-11-2022 11:34 PM
BMTH yg "Kingslayer" ft BabyMetal mmg best, btw utk x out of topic, TT Mlayu ngan Yindon ni mmg sl ...

bmth aku suka teardrops je. sbb boleh melalak sama2 dgn wife aku dlm kereta
Quote dua_chzy 30-11-2022 11:58 PM
jas7512 replied at 30-11-2022 11:18 AM
Nak bg tips..klu jwp soalan mcq..sila guna common sense and jwp pertama yg anda rasa btl tu buat je  ...

Aiol pernah lulus paper Fizik guna instinct ja tembak2 jawapan MCQ. Kredit lagik tu. Memang lansung tak blaja paper tu seblom test (sebab malas plus tak minat). Pehtu aiol tukar kelas sebab tak mau ambik Fizik. Haha.
Quote I.K.A888990 1-12-2022 02:39 AM
kesian budak tu
agak2 la cikgu oiii
Quote drivethru 1-12-2022 06:03 AM
Mmg lawak aksi budak ni. Lepas dia baling pemadam tu, rasa nye dia baca jawapan dulu. Agak2 logik baru dia tanda.
Quote Simunggu 1-12-2022 07:27 AM
aduh kasian...mungkin tak tercapai kebolehan & bukan minat dia academik ini
Quote venom1 1-12-2022 07:33 AM
semoga berjaya ke menara gading ya

Lihat semua komen(23)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

2-2-2023 10:13 PM GMT+8 , Processed in 0.222603 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top