Nama penyanyi Ismail Izzani menjadi tumpuan dan bualan hangat dalam kalangan warganet apabila terpalit dengan isu yang kurang menyenangkan di laman sosial baru-baru ini.
Namun begitu, dilihat penyanyi Asad Motawh memuat naik sebuah video di akaun TikToknya yang didakwa menyindir Ismail Izzani. Apa yang menarik perhatian ialah Asad menggunakan lagu penyanyi tersebut berjudul Sabar sebagai muzik latar dengan kapsyen berbentuk sindiran. “Sedap pula lagu ni,” tulisnya ringkas diruangan kapsyen.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet seakan memahami apa yang Asad cuba sampaikan dan terhibur dengan tindakannya. Tidak kurang juga ada yang menasihati Asad untuk tidak menyindir dan keruhkan lagi keadaan kerana risau akan terjadi perkara yang sama kepadanya. -CARI Sumber: XTRA
|
Dzahin_poch replied at 25-11-2022 12:52 PM
Asad jgn lebih takut esok netizen londeh kan aib awak pulak. Hati2
noorhairiahma: geli tengok kening dia.dekat FB ada satu iklan ni, dia jadi model untuk jenama syampu. ramai je orang troll dia. siap cakap, jangan beli syampu ni seb ...
CurangLagi replied at 25-11-2022 11:54 PM
Aduh dik.. Repair dulu gg tu. Karang netijen korek sana sini at least dimaafkan sbb kacakkk.. Hahaha ...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet
30-5-2023 12:18 AM GMT+8 , Processed in 0.096520 second(s), 48 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.