CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

"Risau Mereka Dipisahkan Kalau Kami Mati,"- Suami Isteri Menderita Sakit Kronik, Lima Orang Anak Semua OKU

24-11-2022 03:49 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3533| Komen: 72

Description: Johor Bahru: "Kami risaukan nasib anak termasuk lima berstatus OKU. Saya tidak mahu mereka dipisahkan sekiranya kami tiada lagi," kata Mohd Hassan Basri Abdullah, 40, yang menghidap pelbagai penyakit ...
Johor Bahru: "Kami risaukan nasib anak termasuk lima berstatus OKU. Saya tidak mahu mereka dipisahkan sekiranya kami tiada lagi," kata Mohd Hassan Basri Abdullah, 40, yang menghidap pelbagai penyakit kronik di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Stulang di sini, hari ini.


Mohd Hassan yang juga mualaf berkata, dia hilang upaya untuk bekerja sejak pertengahan tahun lalu selepas disahkan mengalami masalah jantung.

Katanya, malah dia turut disahkan mengalami masalah hati, usus, tiroid, saraf sendi dan tulang yang sebenarnya menyebabkan dia tidak boleh melakukan pekerjaan berat.


Foto: Harian Metro

"Tapi saya perlu menyara keluarga. Sebelum ini saya mengutip barangan elektrik terpakai dan membaikinya untuk dijual semula.

"Namun akibat mengalami masalah jantung saya tidak dapat melakukan kerja yang berat dan tidak dapat berjalan lama kerana mudah sesak nafas," katanya.

Mohd Hassan berkata, isterinya, Norain Zailani, 33, bekas pekerja bahagian pembersihan juga diuji dengan masalah kesihatan kerana menghidap anemia, penyakit kulit kronik (ekzema), ketumbuhan di hidung dan salur mata selain masalah jantung.

Katanya, Norain juga dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) pada bulan lalu akibat serangan jantung dan dia juga didiagnos mengalami penyakit autoimun iaitu antibodi menyerang platelet, Antifosfolipid iaitu antibodi menyerang tisu selain serangan panik.

"Sejak beberapa bulan lalu isteri hanya mampu bergerak dengan kerusi roda selain menggunakan tongkat, keadaan tubuhnya di bahagian kiri masih lemah dan ia menimbulkan kesulitan kerana kami tinggal di tingkat empat di flat ini.

"Kami sekeluarga bergantung sepenuhnya kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berjumlah RM1,000 sebulan selain bantuan Baitulmal sejumlah RM400.

"Lima daripada enam anak saya berstatus orang kurang upaya (OKU) kerana mengalami masalah disleksia dan Hiperaktif Kurang Daya Tumpuan (ADHD). Hanya anak bongsu normal," katanya.

Sementara itu, Norain berkata, sudah hampir tiga tahun dia tidak membelikan anak-anak pakaian baharu sebaliknya hanya mengutip baju lusuh dan pemberian orang ramai.

"Kami bersyukur kerana rakan suami meminjamkan kereta sejak setahun lalu untuk digunakan ke hospital bagi mendapatkan rawatan atau menjalani pemeriksaan kesihatan," katanya.

Norain berkata, dia berharap ada pihak yang menyumbangkan tongkat atau kerusi roda yang bersesuaian bagi memudahkan pergerakannya kerana peralatan digunakan dipinjam dari kenalannya.

Terdahulu keluarga terbabit dikunjungi Pengurus Besar Pasaraya Econsave Cash And Carry, Mas Imran Adam yang turut menyumbang barangan keperluan harian hari ini.

Orang ramai yang bersimpati boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 01002-41-00007440-4 milik Norain Zailani atau menghubungi 011-63640049. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 24-11-2022 04:21 PM
Malas nak taip komen lah..
Hurm..
Quote hareeeesah 24-11-2022 04:26 PM
shernazz replied at 24-11-2022 04:21 PM
Malas nak taip komen lah..
Hurm..

Rt. Baru 33 plak tu
Quote prince_marhaen 24-11-2022 04:40 PM
Duduk JB, dua dua muda lagi under 45, dua dua sakit kronik, kerja tak tetap, tapi tetapppp ye beranak setahun sorang....oku, beranak lagi, oku, beranak lagi.....bosan sangat ke duk rumah takleh kerja, asyik mengongkek je...  

orang yang kerja tetap bergaji berpencen pun tak berani beranak ramai...belanja besar mana pulak...inikan pulak korang yang asnaf...
Quote susukambingbest 24-11-2022 05:13 PM
Prtama skli tlng la g hspital ikat prnakan dlu. Wlaupun muda lg, dgn ksihatan yg xbegitu baik, tlng la ikat. Lps tu nk brsama suami xrisau da akn dpt anak lg. Kesian anak2 yg lahir oku. Mak ayah plk brpnyakit. Maaf komen aku kejam ckt tp aku betul2 ksian dgn fmily ni. Slbihnya moga diprmudhkn urusan dorng skuarga insya Allah aminn.
Quote monreyes 24-11-2022 05:29 PM
kalau x nak pisahkan...siapa pula yg sanggup jaga smpi 5 org...semoga Allah panjangkan umur dia laki bini


Quote matchstick 24-11-2022 06:24 PM
agaknya diorg terus 'mencuba' dgn harapan dpt anak normal kot..tp kalau hujung2 keluar sorang anak normal kesian jgk nasib anak tu kena galas tanggungjawab jaga yg 5 kt atas tu..pape pun semoga dipermudahkan urusan keluarga ni. dan aku setuju dgn poremer lain..jangan beranak lagi dh please
Quote matchstick 24-11-2022 06:26 PM
oohh rupanya dh ada anak bongsu yg normal..semoga dipemudahkan perjalanan hidup ko nakk
Quote kumurkumur 24-11-2022 06:39 PM
Ini bukan sebab beksin. mustahil. beksin suci lagi murni.
Quote shernazz 24-11-2022 06:44 PM
hareeeesah replied at 24-11-2022 04:26 PM
Rt. Baru 33 plak tu


Kan....haish..
Nurse tak sound inject depo kah?
Quote airmineral 24-11-2022 07:56 PM
i pun rasa drg mencuba utk terus dpt anak normal
mungkin drg fikir yg normal tu blh tlg jaga adik beradik yg kurang upaya
berat tggjwb yg normal tu bila besar nnt huhu
Quote awanearisu 24-11-2022 08:13 PM
Duduk JB. Kita tidak akan memilih untuk duduk di JB. Banyak lagi kawasan yang sesuai untuk membina keluarga.
Kerja ada di mana-mana. Bukannya kerja yang memerlukan kepakaran khusus.
Quote awanearisu 24-11-2022 08:23 PM
Dalam berita sebentar tadi mengatakan yang isterinya sedang hamil 5 bulan.
Quote supernaturalee 24-11-2022 08:27 PM
Nk menaip mcm2
Tp ghisa berbalik pd iols or family

Mendengus je boleh tak

Quote supernaturalee 24-11-2022 08:30 PM
awanearisu replied at 24-11-2022 08:23 PM
Dalam berita sebentar tadi mengatakan yang isterinya sedang hamil 5 bulan.

I rest my case... TITIK




Quote mamajawie 24-11-2022 09:55 PM
awanearisu: Dalam berita sebentar tadi men ...


Belah mana kat artikel atas mentioned dia preggy lagi?
Quote margo20 24-11-2022 10:10 PM
Aku laki bini pun ade penyakit keturunan so lepas tau tu beranak sorg jela takut yg selepas tu Doktor pun tak berani jamin akan normal
Quote asmurai 24-11-2022 10:18 PM
Ambik anak angkat yg normal ja
Quote che-cikL 24-11-2022 10:24 PM
Selalu berita mesti susun umur budak2, tapi berita ni takde pulak
Quote Zazama 24-11-2022 10:25 PM
Mudah2an ada yg membantu. Boleh jd, anak masa lahir, normal normal je kut tp semakin merosot bila semakin membesar.

Lihat semua komen(72)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

1-12-2022 07:59 AM GMT+8 , Processed in 0.229912 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top