CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Lelaki Panjat Pencawang Kecewa Mentua Halang Bawa Isteri Balik

22-9-2022 05:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 610| Komen: 1

Description: Seorang pemuda mengambil tindakan luar jangka dengan memanjat pencawang elektrik selepas isterinya enggan mengikutnya pulang ke rumah.
Seorang pemuda mengambil tindakan luar jangka dengan memanjat pencawang elektrik selepas isterinya enggan mengikutnya pulang ke rumah.

Pada mulanya, lelaki yang dikenali sebagai Horilal, dari sebuah kampung di Ganiyari, India, datang ke rumah mentuanya untuk menjemput isterinya pulang.



Namun, kecewa apabila bapa mentuanya tidak memberi kebenaran untuk berbuat demikian.

Berang permintaanya ditolak, Horilal lantas memanjat pencawang eletrik setinggi 75 kaki (23 meter) bertujuan cuba memberi tekanan kepada mentuanya.

Polis yang bergegas ke tempat kejadian segera memujuk Horilal untuk turun, tetapi tidak berjaya, lapor India.com.

Lelaki itu akhirnya turun selepas pihak polis memberi jaminan bahawa mereka akan menghantar isterinya pulang.

Polis kemudian membawa Horilal ke balai polis, manakala keluarga mentuanya turut dipanggil untuk disoal siasat.

Sehingga kini, tidak diketahui mengapa bapa mentua Horilal melarangnya membawa pulang isterinya ke rumah.

Video itu menjadi tular selepas dimuat naik di Twitter.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 22-9-2022 08:45 PM
Friska replied at 22-9-2022 07:03 PM
jangan panjat pencawang elektrik, tapi panjatlah hati madu
apa kau merepek ni syaitan?

Lihat semua komen(1)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

4-10-2022 05:39 AM GMT+8 , Processed in 0.073035 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top