CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Takkan Makanan Di Kantin Hospital Nak Dijual Sama Harga Starbucks?

22-9-2022 04:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2105| Komen: 38

Description: Kerajaan perlu menetapkan harga siling ke atas semua produk makanan dan minuman (FB) yang dijual di kantin hospital awam, demi memastikan kebajikan pesakit atau keluarga terpelihara.Lonjakan harga pro ...
Kerajaan perlu menetapkan harga siling ke atas semua produk makanan dan minuman (F&B) yang dijual di kantin hospital awam, demi memastikan kebajikan pesakit atau keluarga terpelihara.


Lonjakan harga produk seumpama itu, hingga ada dianggap sebagai ‘tidak masuk akal’ bukan sahaja menjejaskan nama baik hospital, tetapi juga disifatkan sebagai satu penganiayaan kepada pesakit atau waris yang datang berziarah.


Gambar hiasan - http://kasihmakanlaila.blogspot.com/

Pakar Kesihatan Awam, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata, kenaikan harga apatah lagi untuk golongan kurang berkemampuan pastinya membebankan.


“Perbuatan meletakkan harga terlalu tinggi sedikit sebanyak merosakkan aliran perniagaan dan membunuh persaingan sihat sesama peniaga yang ada di situ.

“Apabila persaingan sihat tidak lagi wujud dan bilangan peniaga kian berkurangan, pasti ada yang berani mengenakan caj melampau ke atas makanan serta minuman dijual,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi.

Dr Zainal berkata, sikap menaikkan harga sesuka hati membuatkan orang awam dibebani dengan harga mahal.

“Isu ini tidak bagus dan sebenarnya dari dulu lagi ramai sudah mengadu.

“Kantin hospital ini lebih memikirkan bisnes dan tidak mempunyai subsidi seperti kantin di sekolah. Sebab itu, peningkatan harga makanan bergantung kepada kenaikan harga barang,” katanya.

Beliau sehubungan itu menggesa  Kementerian Kesihatan (KKM) dan pentadbiran hospital melakukan pemantauan berkala di seluruh negara secara terperinci setiap harga makanan yang dijual di institusi kesihatan tersebut.

“Dari dulu bila buka tender kantin, berebut-rebut yang masuk itu senaraikan harga yang munasabah, tidak terlalu tinggi namun tidak pasti sekiranya ia masih dilaksanakan. Jadi, pantau agar kedai makan di hospital tidak menjual dengan harga tidak masuk akal.

“Bukan setakat rakyat, saya yang pergi hospital pun memang merasai harganya lebih mahal sedikit dari luar. Jadi, saya minta elok KKM atau pihak terlibat dapat memantau serta meletakkan harga syiling makanan di hospital bagi mengawalnya kerana kita tidak mahu lagi rakyat terpaksa membeli dengan harga mahal,” katanya.

Baru-baru ini, seorang netizen dikenali sebagai Nur Munira meluahkan kekecewaan di Facebook, apabila seorang pemilik kafe meletakkan harga sehingga RM9 pada sebungkus nasi campur dibelinya.

Hanya berlaukkan seketul ayam dan telur masin, harga tersebut dianggap melampau, apatah lagi ia dijual di kantin sebuah hospital awam.

Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman melahirkan pendapat senada dan berpandangan, tidak sewajarnya pengusaha kantin di hospital mengambil kesempatan ke atas orang ramai.

“Kalau hospital caj sewa dengan harga rendah kepada pengusaha kantin di hospital, memang tidak patut untuk mereka menjual makanan seperti di restoran ataupun kedai makan di luar sana.

“Seharusnya mereka menjual dengan harga biasa atau lebih murah. Tidak sepatutnya jualan di hospital tinggi (mahal) sebab bukannya buka restoran mereka di pusat membeli belah yang memerlukan peniaga membayar sewa pada kadar tinggi,” katanya.

Menurut beliau, pemilik atau pengusaha kantin boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 kerana dengan sewenangnya menaikkan harga makanan di hospital.

“Lakukan pemantauan di seluruh premis makanan di hospital sebab kalau macam restoran seperti Starbucks, orang ramai (datang) dan boleh bayangkan kalau minum di situ, mereka perlu membayar dengan harga yang mahal tapi takkan makanan di kantin hospital harganya nak dekat sama.

“Perkara itu tidak sepatutnya berlaku. Memang sudah wujud beberapa nama jenama mewah di fasiliti terbabit, sebab itu perlu adanya restoran atau kantin menjual makanan di hospital dengan kadar berpatutan bagi meringankan beban rakyat,” katanya. 


Sumber: Getaran

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote caprut 22-9-2022 04:57 PM
Mencapub je doktor ni. Kalau baik sgt ala kata sumbang duit ko dkt keluarga miskin tu
Quote Thunderclouds 22-9-2022 06:08 PM
Sepital mana nehh..kalo gomen setahun kot aku ulang alik bwk tok laki treatment dulu xdak hari yg xmkn kt kantin depa. Siap tapau bila nk blk. Rega munasabah bg aku. Kalo p kpj tu ya..rega mahal sikit lah. Padan ngn ambiance.
Quote Thunderclouds 22-9-2022 06:09 PM
caprut replied at 22-9-2022 04:57 PM
Mencapub je doktor ni. Kalau baik sgt ala kata sumbang duit ko dkt keluarga miskin tu

Aku baru nk seru kaka. Ko dh mencemar duli dulu
Quote Suchi 22-9-2022 06:15 PM
Rega makanan kat cafe sepital shaden mahal gak, dulu selalu la makan kat sana.
Kawan iols dia jaga anak dia kat icu berbulan2 mula2 tu mahal la dia kena caj tp sbb hari2 dia ada mkn situ so dorang dh tak caj mahal2 dah.
Quote pearl.silver 22-9-2022 09:04 PM
Dulu berulang ke hosp bahyah, kafe harga ok je xmahal. Tp tu sebelum covid la. Skang xde dah mkn kat spital.,
Quote Tinot7 22-9-2022 09:25 PM
lepaih kobid rega naik.. mkn kat kedai mamak pun naik rega..
Quote sharlenetexas 22-9-2022 09:31 PM
Dulu2 suka makan kat kafe hospital putrajaya.


Quote glump 22-9-2022 09:40 PM
Sepital tempatku,kantin masih ditutup. Meriah ngan vending machine jual air ,ada lah gerai jual kek,buah2  yg kul 4 tutup
Quote lattehazelnut 22-9-2022 09:50 PM
Nasi 2.50 ayam 4.50 telur 2..
Mcm normal je harga camtu..
Quote ctaz 22-9-2022 09:53 PM
makan kat kedai mamak yg rega belas2 henggit tak nak lak bising...
tup-tup sekali makan kat kedai malayu katin spital...kena 10 henggit terus bising kata mahe



cam hare
Quote Jajuli 22-9-2022 10:38 PM
Edited by Jajuli at 22-9-2022 10:42 PM

Tapi kat tempat aku harga ok, makanan pun MCM2  bagi aku ok sedap malah lebih murah dari yg luar
Quote stingerbumpy 22-9-2022 10:41 PM
Dlm hospital takda STAFF canteen keww?

Kalau dah namanya kantin awam...utk semua...kenapa mesti harganya tergolek dog?

Anyone?
Quote stingerbumpy 22-9-2022 10:43 PM
Tinot7 replied at 22-9-2022 09:25 PM
lepaih kobid rega naik.. mkn kat kedai mamak pun naik rega..

Semakin menguatkhen semangat ko utk takmo berlaki ler tonot.....

Semua naik....kalo kawen nak kena sara laki lagi nanti


Kahkahkahkahkab
Quote n3ar 22-9-2022 10:46 PM
Actually aku rasa di hospital daerah, kantin harga makanannya murah..

Tapi di hospital bandar tambah2 yg ternama,kemudian ada plak restoran kafe luar masuk.. Ada restoran paktam la, o brien sandwich ke apa, harga makanan kt kantin mahal...
Quote Tinot7 22-9-2022 10:55 PM
stingerbumpy replied at 22-9-2022 10:43 PM
Semakin menguatkhen semangat ko utk takmo berlaki ler tonot.....

Semua naik....kalo kawen nak ken ...

cari la laki yg ada keje, voley sara iols.. apa la hang nih...
Quote Tinot7 22-9-2022 10:57 PM
n3ar replied at 22-9-2022 10:46 PM
Actually aku rasa di hospital daerah, kantin harga makanannya murah..

Tapi di hospital bandar tamba ...

mcm tau jahh kat mana nih...
iols aritu amik basic nasi, ayam dengan sayur, ais kosong, kena rm7.50
tapi kalau amik lauk mcm2, kena rm14
lepaih ni tau amik basic jahh..
Quote stingerbumpy 22-9-2022 10:57 PM
Tinot7 replied at 22-9-2022 10:55 PM
cari la laki yg ada keje, voley sara iols.. apa la hang nih...

edaylidiz tengah cari jejantz turkiye...ko pulak spesis swiss alps keww panama?


Kahkahkahkahkahkah
Quote Tinot7 23-9-2022 12:55 AM
stingerbumpy replied at 22-9-2022 10:57 PM
edaylidiz tengah cari jejantz turkiye...ko pulak spesis swiss alps keww panama?



Iols cari yg muslim.. takde kaitan dgn swiss alps..
Quote Perawankota 23-9-2022 02:20 AM
Tak pernah makan kat hospital kerajaan.. Tapi klinik kesihatan Kuala Lumpur tu dulu selalu gak pi kt jabatan physio tu. So, Kadang2 singgah kantin dia murah jer food n drink. Yang lain2 tak tau lah

Lihat semua komen(38)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

4-10-2022 05:46 AM GMT+8 , Processed in 0.081282 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top