CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Menyesal Cacah Tatu, Tom Dianggap Bukan Islam

22-9-2022 12:55 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2215| Komen: 27

Description: Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Penyanyi sensasi, Tom, 36, berdepan sesalan panjang dengan kesilapannya cacah tatu di bahagian lengan.
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Penyanyi sensasi, Tom, 36, berdepan sesalan panjang dengan kesilapannya cacah tatu di bahagian lengan.

Baginya, mempunyai tatu bukan perkara dibanggakan, sebaliknya satu kesilapan yang sukar dipadamkan.

Tindakan Tom atau nama sebenarnya, Raja Farah Afzal Raja Ikram memiliki tatu pada bahagian lengan menyebabkan ramai beranggapan dirinya bukan seorang muslim.

Foto: IG

"Jujurnya, saya amat menyesal buat tatu. Ini memang kesilapan saya.

"Saya membuat tatu sudah lama ketika tempoh saya senyap daripada industri muzik. Ketika itu, saya langsung tidak fikir panjang.




"Apabila melihat rakan-rakan bertatu, saya pun nak buat juga. Namun, apa nak buat, ia kesilapan saya sendiri.

"Jangan salahkan sesiapa termasuk pertikaikan didikan ibu bapa. Saya terima jika ada yang mengecam, saya tak boleh nak salahkan mereka," katanya kepada BH Online.


Juara program realiti, My Starz LG musim ketiga itu berkata, dia malas nak fikir disebabkan perkara lama.

"Ada yang cakap saya bukan Islam. Malah, ada juga bertanya sama ada mualaf.

"Mungkin saya bukan orang Islam yang baik, tetapi saya nak berubah," katanya yang kini menjadi peserta program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9).



Penyanyi Redha dan Lagu Untuk Kuala Lumpur itu berkata, dia tidak pernah terfikir akan kembali memeriahkan industri muzik selepas bertatu.

"Saya memang tak terfikir membuat kemunculan semula. Saya tak ambil tahu pun.

"Selama ini, saya menjalani kehidupan seperti orang biasa. Apatah lagi, saya macam orang pulau duduk di tepi pantai selama empat tahun di Langkawi, Kedah.

"Sekarang, saya lebih tertutup. Saya cuba menjadi lebih baik daripada sebelum ini," katanya.




Terdahulu, Tom terpaksa menjalani kehidupan sebagai penyanyi jalanan di Langkawi untuk mencari rezeki bagi membesarkan dua cahaya mata.

Bagaimanapun, Tom hilang mata pencarian disebabkan kelab malam ditutup susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dua tahun lalu. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 22-9-2022 01:35 PM
cerita pasal bakat boleh x? xminat pasal tatoo?
Quote ketambangkang 22-9-2022 01:53 PM
bole tahan jgk kontroversi dia ni dlu...dia kawin tak dgn lelaki yg disondolnya dulu?
Quote Thunderclouds 22-9-2022 01:53 PM
Dh 2-3x ulang topik yg sama. Bosan.
Quote lattehazelnut 22-9-2022 01:58 PM
Buat tatoo boleh tahan sakit tp nak bersihkan tatoo takut sakit mm kay..
N apa masalah pkai je la bju lengan panjang or 3 suku..
N rambut dreadlocks tu lg i rasa ragu..
mana boleh basuh rambut selalu kan..
like mcm mana kau mandi wajib or amik wuduk..
Quote jihyomelly 22-9-2022 01:59 PM
apsal lak hati itam ni rasa si tom dgn mak akish tu sapa je asyik nak cakap pasal tatoo..bangga ke camna?
Quote pembacagosip 22-9-2022 02:06 PM
rambut tu x blh kena air kan?
Quote HoneyManjer 22-9-2022 02:20 PM
ade org keszzah ke pasal tatu die nih...
Quote missyL 22-9-2022 02:40 PM
Kepam nye Tom

Quote Perawankota 22-9-2022 02:42 PM
Tattoo tu dah permanent kan? Ko pon maybe tak cukup duit utk remove balik.. So, biar jer lah.. Cuma, selagi boleh cover, coverlah.. Aku pon ada je kawan2 melayu yg ber tattoo. Tapi bila jumpa FIL, pi keje, semua tau pakai long sleeve..

Tapi rambut tu buanglah.. Ko pakai lawo2 dlm GV tapi dgn rambut mcmtu terus nmpk ko super kepam..
Quote jijilaaa 22-9-2022 03:01 PM
ak tgk dia dalam gv kan mcm acik2 yang dtug addict tau..kena ubah la imej tu utk sesuai masuk tv
Quote ..maksu 22-9-2022 03:10 PM
mcm mana dia mandi wajib eak rambut deadlock ni bergam kan.
Quote prince_marhaen 22-9-2022 03:20 PM
Edited by prince_marhaen at 22-9-2022 03:21 PM

meols tengok rambut dreadlock dia terus meols mual tekak nak muntah sebab meols baru je pening kepala sampai muntah minggu lepas pergi uptown, dengan sesaknya, sekali ada mamat rambut macam ni di celah-celah pengunjung uptown, dengan bau peluh kering peluh basah, bau hapak, kepam, hancing sikit, bau hanyir apa ntah sekaligus daripada belakang dia 10M dah bau... terus meols lari keluar uptown tu muntah kat longkang... serious busuk... so meols tengok rambut dreadlock ni terus rasa mual... yihhhh!!
Quote KamikuP 22-9-2022 03:45 PM
Dulu kan ada kes dia ni sondol laki org? Apecer
Quote Riz_one 22-9-2022 04:34 PM
geli aih tengok dia ni...
Quote pocongkiutss 22-9-2022 04:36 PM
KamikuP replied at 22-9-2022 03:45 PM
Dulu kan ada kes dia ni sondol laki org? Apecer

Dah tunang ngan laki tu .tp hujung2 putus jugak

Yg kejamnya dia sondol laki kwn sendiri..siap berdotdotdot depan kwn tu yeee

Mmg smpai kiamat la iols pangkah dia ni .pencaras lain takde la seteruk innih
Quote AshkieLa 22-9-2022 04:56 PM
ade je meols nampak jantan mat saleh yg bertatoo smpai ke muka.
elok je dia demonstrate dia pakai mekap dapat cover semua. pastu dia jual mekap tu.
hendak seribu daya kalau tak mampu nak buang tatoo tu. melainkan ko memang bangga je ngan tatoo tu tapi sbb nak sokongan netizen time GV ni.. acah2 nyesal.

meols pernah teman member meols buat rambut dreadlock ni kat salon...
buat sikit punya lama.. habis tengok wayang, tawaf shopping mall pun dia tak settle lagi.
pastu memang berbau. sebatu jauh dah boleh bau.
dia bertahan dgn rambut tu 2-3 minggu cmtu je.. pastu dia botakkan kepala...
bila meols tanya naper dahla nak buat sikit punya renyah.. dia kata geng masjid hari2 dok tarbiah dia.
pastu dia kata takperlah, janji one of his wish list dah dpt tick...
skang dia dah arwah. semoga roh arwah ditempatkan di kalangan yg beriman.. aaamiin.
Quote pearl.silver 22-9-2022 05:01 PM
Bosan ah tom ni. Tiap kali ada tred baru mesti kuar balik citer dia sondol laki org, ngesek ngn laki tu dpn bini pastu gaduh pijak perut pompuan tu. Last2 xkawen pun ngn laki tu.

Nmpk x tom. Kisah ko yg tu paling diingati netizen.
So pliss xyh dah buka tred baru ok.
Quote TomyamPuteh 22-9-2022 09:02 PM
Kalau kt Perlis ni dh lama dh kena gelar Siam bohoq. Siam bohoq pun jarang Sgt nmpk letak tattoo.
Quote azimodin 22-9-2022 10:26 PM
Adam corrie pon sebelum  revert ada tatoo lan, kalau x silap dia x buang. Tapi elok je pakai lengan panjang. Padahal lelaki boleh je kalau nak solat pakai sleeveless sekalipon

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

4-10-2022 06:25 AM GMT+8 , Processed in 0.074145 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top