CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Nak Belajar Agama, Asyraf Khalid Nak Jadi 'Murid' Habib Ali

24-6-2022 09:39 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1547| Komen: 8|Original author: Tatod

Description: Ingin mendalami serta menimba lebih banyak ilmu agama, usahawan, Asyraf Khalid telah berjumpa dengan tokoh agama, Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid di Yayasan Ar-Ri'ayah, Ampang, Selangor.Dala ...
Sumber IG


Ingin mendalami serta menimba lebih banyak ilmu agama, usahawan, Asyraf Khalid telah berjumpa dengan tokoh agama, Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid di Yayasan Ar-Ri'ayah, Ampang, Selangor.

Dalam pertemuan yang berlangsung kira-kira sejam itu, pemilik nama sebenar Muhammad Asyraf Khalid, 30, turut menyatakan hasrat untuk menjadi anak murid Habib Ali bagi membimbingnya untuk menjadi seorang yang lebih baik khususnya dalam bidang agama.

"Saya fikir, kalau kita nak jadi orang yang baik, kita kena mendekati orang-orang yang soleh. Kadang-kadang, iman kita ni ada naik turun tapi untuk kita tetapkan iman kita, kita kena ada seorang guru untuk sentiasa mengingatkan kita," tulisnya di Instagram.


Anak kepada Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa itu sebelum ini pernah belajar agama daripada Abuya Habib Naufal namun terhenti apabila guru agamanya itu meninggal dunia. Selepas beberapa tahun tiada guru khusus, Asyraf memutuskan untuk menuntut ilmu agama daripada Habib Ali.

"Kalau dulu, saya ada seorang Guru, Abuya Habib Naufal dari Sukabumi. Beliau yang banyak mengajar saya dalam bab agama dan adab. Tapi, Allah lebih sayangkan Abuta dan Allah ambil Abuya dulu.



"Jadi, setelah beberapa tahun tiada guru khusu bab agama, saya tergerak hati untuk hubungi Habib Ali dan saya punya permintaan adalah untuk saya menjadi anak murid beliau dan untuk beliau membimbing saya ke arah agama," coretnya.

Dalam pada itu, Asyraf turut meluahkan rasa terima kasih terhadap ayahnya yang membuka jalan untuk bertemu dengan Habib Ali. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 24-6-2022 09:57 AM
Anak tiri artis je pun si gundu ni....siap ada thread la sial...
Quote felinecat 24-6-2022 02:20 PM
Perlukah gambar gemburkan nk pg belajar agama
Quote anony-mous 25-6-2022 03:10 AM
felinecat replied at 24-6-2022 02:20 PM
Perlukah gambar gemburkan nk pg belajar agama

Perlu demi content. Kalau x, xboleh nk tunggang. Klau ikhlas ni biasanya diam2. I xckp heols xikhlas, tp mmg biasanya kita klau nk berguru, diam2 je kan? Sbb malu org tau kalau dah berguru pon, xelok2 perangai
Quote Piramida 26-6-2022 03:23 PM
Memang musim founder2 ni berlawan belajar agama/ buat majlis agama/ jual product2 bernama Islamic etc etc ke?

Tp oklah if betul niat cari/ share ilmu agama.
Quote missyL 26-6-2022 07:39 PM
Piramida replied at 26-6-2022 03:23 PM
Memang musim founder2 ni berlawan belajar agama/ buat majlis agama/ jual product2 bernama Islamic et ...

Ntah la u
Masing2 thu ramai mudah lembut hati klo pasal agama.

Ramai dok tunggang.
Hopefully yg nie btol2 nk belajar
Quote NonaNaga 30-6-2022 01:47 PM
alaa pergi jer laa Masjid Muadz bin Jabal kat Setiawangsa tu tetiap malam Jumaat.....lepas Isyak mulalah majlis Taalim tu..dok belakang2...kalu awal dpt dok depan...dulu2 pun aeril zafril pun kat situ jugak tapi dah kaya raya ni wallahualam laa....gang2 VE & Ruffedge pun ada jer jugak dulu....
retis pempuan pun ramai tapi idaklah kuranglah nak buat declaration mcm laki Tya menantu tiri CT ni...
Quote kemala.sigh 30-6-2022 02:11 PM
Bagusla tu nak belajar agama. Nanti ajar adik sendiri jangan beli ayam x halal kalau travel. Ehhh
Quote SonicSiLandak 30-6-2022 02:36 PM
geng makripat...

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

4-10-2022 12:42 PM GMT+8 , Processed in 0.083418 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top