CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

"Berani Dia Tengking Anak PM" - Dafi Hilang Telefon Bimbit, Tindakan Hairul Raih Perhatian Ramai

22-6-2022 06:27 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 5326| Komen: 45|Original author: Cinta Erina

Description: Baru-baru ini, pelakon popular Hairul Azreen memuat naik posting terbaru di akaun Tiktok miliknya. Menerusi video itu, kelihatan penyanyi Dafi sedang mencari telefon bimbitnya yang hilang di dalam seb ...
Sumber: Tiktok Hairul Azreen


Baru-baru ini, pelakon popular Hairul Azreen memuat naik posting terbaru di akaun Tiktok miliknya. Menerusi video itu, kelihatan penyanyi Dafi sedang mencari telefon bimbitnya yang hilang di dalam sebuah bas dinaiki Hairul dan rakan-rakannya yang lain. 

Oleh kerana tidak menjumpai telefon bimbitnya, Dafi terus mencari di bawah kerusi bas berkenaan dan berharap bahawa telefon bimbitnya akan dijumpai namun tidak. 


Oleh itu, Hairul yang sedang berdiri di hadapan bas itu telah menyuruh rakan-rakannya yang lain untuk membuat panggil ke telefon Dafi tetapi kebanyakan berkata mereka tidak mempunyai kredit untuk membuat panggilan. 


Hal ini menyebabkan Dafi mula mengesyaki bahawa rakan-rakannya telah menyorok telefon bimbitnya itu dan ingin membuat 'prank' terhadap dirinya. 

Hal ini menyebabkan Dafi terus berkata bahawa Hairul yang mengambil telefonnya. 

Oleh kerana bimbang bahawa lakonan mereka kantoi, Hairul terus memarahi Dafi dengan mengatakan bahawa sejak dari awal lagi dia berdiri di bahagian depan bas dan tidak mungkin dia mengambil telefon bimbit Dafi. 

"Aku kat depan hawau", kata Hairul Azreen. 

Hairul juga berlakon seolah-olah dia sedang bengang dengan sikap Dafi yang menuduh bahawa dia yang mencuri telefon bimbit Dafi. 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan tindakan Hairul yang menengking Dafi. Ada juga yang mengatakan bahawa Hairul sangat berani membuat 'prank' ke atas anak kepada perdana menteri kita. 

Namun, di ruangan komen, Hairul berkata itu semua hanyalah 'prank' dan lakonan kerana ingin mengusik Dafi yang cepat gelabah. - CARI

Sumber: Tiktok Hairul Azreen


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 22-6-2022 04:34 PM
Kelakar la Hairul ni buat prank kat anak PM si dafi tu.. (mode gelak)
Kelakar tak cuolls?
Quote Bumbu 22-6-2022 04:39 PM
KamikuP replied at 22-6-2022 04:34 PM
Kelakar la Hairul ni buat prank kat anak PM si dafi tu.. (mode gelak)
Kelakar tak cuolls?

Kelakar

Ha ha ha
Quote pembacagosip 22-6-2022 04:47 PM
mudahnya terhibur
Quote SherryZass 22-6-2022 04:50 PM
terhiburnya lah aku
Quote rosannazmia 22-6-2022 04:52 PM
Woww lawak naww
Quote Lagubestbest 22-6-2022 04:57 PM
haha takleh blah trik takde credit, ingat kau geng2 budak sekolah?
Quote GegarVaganja 22-6-2022 05:07 PM
Sebut call la, call la, call la,tu pun serupa budak terencat.



Quote seri_mawr 22-6-2022 05:08 PM
buat la acah2 dail...ada ke takde credit...

tapi ni kategori lawak ke..?
adakah aku terlalu serius..hahahha
Quote prince_marhaen 22-6-2022 05:10 PM
tu jek?? lahhhhhhhhhhh demi content sangat!
lepas marah nanti kekrul kayu ajak lah hadek dafi mail ni naik bot atuk billionaire....
Quote Mary_jane 22-6-2022 06:30 PM
GegarVaganja replied at 22-6-2022 05:07 PM
Sebut call la, call la, call la,tu pun serupa budak terencat.

Sangatsss ya.
Quote anony-mous 22-6-2022 06:39 PM
Kekrul tau ke dafi tu ank PM? Maklumlah, daftar mengundi pon x laki bini ni
Quote Pak.dolla 22-6-2022 06:43 PM
anony-mous replied at 22-6-2022 10:39 AM
Kekrul tau ke dafi tu ank PM? Maklumlah, daftar mengundi pon x laki bini ni

.
Depa mmg bff dah lama kan? Ms zaman explorace ka apa ntah...lgi sorg bff depa elpira..
Quote surih07 22-6-2022 06:57 PM
jadi apoo gosipnya??? Hanya prank kekrul??
Terhibur la ptg ni
Quote maxim 22-6-2022 07:07 PM
Benda bangsat camni pon nak bukak thread ke sealll
Quote alieyrina 22-6-2022 07:13 PM
Lawak jadahnya .. camtu ja ka tahap lawak bg depa
Quote dani-rox 22-6-2022 07:13 PM
bangkainya content

Quote mrsbale 22-6-2022 07:29 PM
anony-mous replied at 22-6-2022 06:39 PM
Kekrul tau ke dafi tu ank PM? Maklumlah, daftar mengundi pon x laki bini ni

iols lagi terhibur baca nih
Quote slyfynx 22-6-2022 09:29 PM
Wah, kelakar prank.
Terhibur diri hamba ini
Quote nevberg 22-6-2022 09:35 PM
salah bod ni..kena masuk bod lawak jenaka baru betul

Lihat semua komen(45)

ADVERTISEMENT


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

13-8-2022 06:06 AM GMT+8 , Processed in 0.093138 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top