CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Antarabangsa Lihat artikel

'Panggil Dia Dr Tay Tay' - Taylor Swift Terima Ijazah Kehormat

20-5-2022 11:49 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 789| Komen: 1

Description: Penyanyi popular Taylor Swift, 33, menerima pengiktirafan Doktor Kehormat dan hadir berucap di acara konvokesyen Universiti New York pada Khamis. New York: Taylor Swift, 33, menerima pengiktirafan D ...
Penyanyi popular Taylor Swift, 33, menerima pengiktirafan Doktor Kehormat dan hadir berucap di acara konvokesyen Universiti New York pada Khamis.


Swift diberikan pengiktirafan khas dalam bidang seni halus yang membawa gelaran doktor (Dr) dengan disaksikan ribuan penonton termasuk graduan 'class of 22' di Stadium Yankee.


Kredit foto: Associated Press

"Saya tidak pernah mendapat pengalaman belajar di kolej seperti biasa. Saya pergi ke sekolah tinggi awam sehingga gred 10 dan kemudian menamatkan pendidikan saya dengan menghabiskan tugasan di terminal lapangan terbang.

"Saya sama sekali tidak rasa layak untuk memberitahu anda apa yang perlu dilakukan. Anda semua telah berkorban dan belajar dan mengimpikan apa yang anda peroleh hari ini.

"Saya tidak akan memberitahu anda apa yang perlu dilakukan kerana tiada siapa yang menyukainya, tetapi saya akan memberikan anda tip apa yang saya lakukan semasa saya mula menjadikan impian saya sebagai kerjaya. Jangan pernah malu mencuba," ujarnya ketika memberikan ucapan.



Swift yang menulis, menerbitkan, mengarah dan menyanyi sendiri lagunya memulakan karier pada usia 15 tahun.

Awalnya dia cuma menjayakan siri jelajah di stesen-stesen radio di Amerika Syarikat (AS).

Tidak lama kemudian, dia bertukar menjadi bintang pop sensasi seluruh dunia dan memenangi beberapa trofi Grammy termasuk Album Terbaik menerusi Folklore tahun lalu.


Kredit foto: AP

Swift juga pernah menang pada tahun 2010 menerusi album Fearless dan album 1989 pada 2016.


Sumber: GEMPAK

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Minami2013 22-5-2022 06:54 PM
Baru tgk kat fb speech dia. Congrats tay tay. [em:17:]

Lihat semua komen(1)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

29-6-2022 05:15 AM GMT+8 , Processed in 0.069097 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top