CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Lumayan- Wanita Ambil Kesempatan Jual Susu Badan, RM4.40 Untuk Setiap 28 Gram

20-5-2022 11:19 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 460| Komen: 4

Description: Washington: Seorang ibu di Amerika Syarikat (AS) mengambil kesempatan dengan menjual susu badannya ketika negaranya berdepan masalah kekurangan bekalan susu formula bayi.
Washington: Seorang ibu di Amerika Syarikat (AS) mengambil kesempatan dengan menjual susu badannya ketika negaranya berdepan masalah kekurangan bekalan susu formula bayi.


Daily Star melaporkan Alyssa Chitti dikatakan sudah menjual 100 liter susu badannya.

Wanita itu juga mempunyai tiga peti sejuk beku yang diisi dengan susu badannya.


Foto: Daily Star

Dia mula menjualnya selepas menyedari penyenaraian produk buatan sendiri itu di dalam talian lebih mudah daripada mendermakannya kepada bank susu tempatan.

Chitti membantu menampung sebahagian daripada permintaan bekalan itu dengan membekalkan susu badannya.

Chitti berharap dapat menjual susunya dengan harga AS$1 (kira-kira RM4.40) bagi setiap auns (28 gram).

Namun, dia sedia berunding dengan beberapa ibu kerana memahami apa yang mereka alami.

"Saya tahu ramai ibu memerlukan formula khusus untuk bayi dan faham kekecewaan mereka," katanya.

Dalam pada itu, Fox 13 melaporkan, membeli dan menjual susu ibu dalam talian adalah sah namun tindakan itu tidak dikawal selia.wanit

Chitty hanya berhenti daripada melakukannya selepas menerima maklum balas negatif.

AS kini berdepan dengan masalah kekurangan susu formula bayi.

Ia susulan tindakan satu pengeluar utama yang secara sukarela menarik produk itu daripada pasaran kerana isu keselamatan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 20-5-2022 11:43 AM
lumayan jugak ni. meh demon pun nk mulakan bisneslah kalau macam ni
Quote Artemesiaa 20-5-2022 01:33 PM
Ramai anak susuannya sana sini
Quote dua_chzy 20-5-2022 01:40 PM
Ni huntong jika susu banyak.
Quote intan244 20-5-2022 09:45 PM
ada yg ambik inspirasi ni nanti, usahawan tersohor hobi mengepam

Lihat semua komen(4)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

29-6-2022 04:58 AM GMT+8 , Processed in 0.069641 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top