CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Scha Elinnea Anak Emas Stesen TV Macam Sharifah Rose?

20-5-2022 11:11 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2963| Komen: 35

Description: Hampir empat tahun aktif berlakon, kanvas karier seni dilakar bakat baharu dikenali Scha Elinnea, 22, sudah makin meluas dengan 17 drama, dua telefilem dan dua filem sudah dibintanginya.
Hampir empat tahun aktif berlakon, kanvas karier seni dilakar bakat baharu dikenali Scha Elinnea, 22, sudah makin meluas dengan 17 drama, dua telefilem dan dua filem sudah dibintanginya.


Selain itu, pemilik nama sebenar Nur Azleen Natasha Mohamed Mubeen ini juga beraksi dalam web drama berjudul Ghaib pada 2018, termasuk dipilih sebagai model muzik video lagu Peneman nyanyian Hazama pada 2019.

Foto: IG

Scha juga pada tahun ini mendapat peluang menyertai program Master In The House Malaysia (MITH) di TV3 bersama empat lagi selebriti popular iaitu Hael Husaini, Sharifah Rose, Andi Bernadee dan Meyrasam (kumpulan Cassia).

Ternyata, 'permintaan tawaran' buat Scha kini semakin tinggi terutama kemunculannya dalam drama serta program TV yang diterbitkan TV3.

Justeru, apakah Scha juga berada dalam kelompok 'anak emas' sama seperti pelakon Sharifah Rose?



Scha ketika ditemui di sidang media virtual drama Kerana Aku Isteri Bidaan lakonannya yang mengisi slot Samarinda TV3 berkata, dia masih lagi baharu dalam bidang lakonan dan banyak watak perlu diterokai lagi.

"Kalau pasal 'anak emas' stesen TV, saya tidak rasa seperti itu. Saya masih pelakon yang biasa-biasa saja dan tidak sampai lagi ke tahap yang berkenan. Jadi, kebanyakan tawaran kerja yang saya dapat sekarang kerana rezeki.



"Memang saya tidak terfikir langsung dakwaan 'anak emas' itu. Sebagai bakat baharu yang menempa nama dalam industri hiburan, saya tahu perlu menimba lebih banyak pengalaman berlakon lagi.

"Saya pun belum di tahap selesa dan ingin terus mencuba pelbagai watak bagi memantapkan bakat lakonan. Apapun, saya amat bersyukur kini bakat diketengahkan semakin diterima baik. Terima kasih atas sokongan diberikan," katanya.

Menurut Scha, kini setiap watak dalam drama yang diterima cuba dilakonkannya sebaik mungkin.



Contohnya watak Raina Badrina dalam drama Kerana Aku Isteri Bidaan yang memerlukan dia menjadi pelayan khidmat pelanggan (GRO) di kelab malam.

"Sebenarnya watak Raina Badrina ini sangat berat untuk saya. Namun, peluang tidak datang selalu dan saya kena mencuba. Syukur alhamdulillah, saya mendapat pengarah dan rakan pelakon yang banyak membantu.

"Saya berganding dengan pelakon Hisyam Hamid sebagai Farel Zafeeq yang menjadi suami saya dalam drama ini dan kami banyak berbincang. Apapun, cabaran bermain pelbagai emosi itu agak memenatkan. Tapi, saya sudah cuba beri yang terbaik," katanya.



Selain Scha dan Hisyam, drama arahan bersama Ayie Mustafa dan Rahim Zali ini sudah menemui penonton TV3, jam 10 malam, sejak 16 Mei lalu turut membariskan pelakon seperti Wanns Ahmad, Ellyas Abdullah, Syafnida Shuhaimi, Nina Nadira, Jasper Supayah dan Silfeny Osman.

Berbicara juga mengenai kesihatan mentalnya yang sebelum ini dilaporkan mengalami gangguan kronik, Scha berkata, sekarang semua berada dalam keadaan terkawal kerana masih meneruskan ubat-ubatan daripada doktor.

"Yang pasti, sekarang saya tidak perlu berjumpa dengan pakar psikiatri setiap minggu lagi. Malah, sakit juga datang sesekali saja di tahap sederhana. Alhamdulillah, ia tidak mengganggu saya sepanjang bekerja di lokasi.

"Aktiviti penggambaran membabitkan saya berjalan lancar dan amat melegakan. Cuma, ada juga kadang-kala saya 'down' dan ia tidak boleh dielak. Tapi, keadaannya tidak teruk sehingga boleh menjejaskan kerja," katanya.



Scha yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan berkata, dia juga gembira dan selesa apabila segala urusan kerjanya diuruskan Absolute Talents & Management.

Katanya, menerusi syarikat pengurusan dia tidak perlu berasa bimbang berkaitan tawaran kerja.



Mengulas mengenai penampilan diri yang seksi di media sosial, Scha yang aktif dalam peragaan berkata, dia sudah lali berhadapan kritikan dan kecaman netizen.

Katanya, mulut orang tidak boleh ditutup dan terserah mereka nak cakap apa. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote auntyonion 20-5-2022 11:28 AM
Murah atau bagi free saja
Quote HelgaPataki 20-5-2022 11:31 AM
Terkejut kita masa scroll ke bawah pastu tgk gambar first tu sbb tak pakai seluar ahahha
Quote ciwelireng 20-5-2022 11:32 AM
Macam anak ayam
Quote cmf_premierleag 20-5-2022 11:34 AM
Kat insta sendiri kemain filter gebu
Kat insta hisyam hamid, selamba je heshe upload gambo minah ni siku hitam berkerak
Siku bang syam putih bersih je takde kerak
Quote cmf_premierleag 20-5-2022 11:35 AM
Scha yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan berkata, dia juga gembira dan selesa

Ohhh sskjp rupanya..patutlah kemain lg dressing mcm gro
Quote Belibis 20-5-2022 11:40 AM
cmf_premierleag replied at 20-5-2022 11:35 AM
Scha yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan berkata, dia juga gembira dan selesa

Ohhh sskjp rupanya ...

Dressing gro..tapi sukar untuk bawa watak gro..lanjioooo punya statement
Quote bahagiaselalu 20-5-2022 11:41 AM
jujur, aku tak kenal sama ini pompuan...
Quote cmf_premierleag 20-5-2022 11:42 AM
Belibis replied at 20-5-2022 11:40 AM
Dressing gro..tapi sukar untuk bawa watak gro..lanjioooo punya statement

Gitu le bohsia acah2 suci ni
Quote codenamedream 20-5-2022 11:46 AM
Mesti management jer yg gigih nak tumpang limelight shariah sekuntum Rose anak emas tu..
Scha GRO ni bukan anak emas memana TV sebab selalu watak tempelan saje. Muka x
mesra TV. Berkerak Berlemoihhh kalau dlm TV
Quote jihyomelly 20-5-2022 11:47 AM
cmf_premierleag replied at 20-5-2022 11:34 AM
Kat insta sendiri kemain filter gebu
Kat insta hisyam hamid, selamba je heshe upload gambo minah ni  ...

baru nak cakap..ingat iouls je nampak dia berkerak sbb dlm ig gebu putih mulus..
Quote lasagna 20-5-2022 11:48 AM
cmf_premierleag replied at 20-5-2022 11:35 AM
Scha yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan berkata, dia juga gembira dan selesa

Ohhh sskjp rupanya ...

ooopppppssss!
Quote cmf_premierleag 20-5-2022 11:49 AM
jihyomelly replied at 20-5-2022 11:47 AM
baru nak cakap..ingat iouls je nampak dia berkerak sbb dlm ig gebu putih mulus..

Tgk kt ig org lain, obvious berkerak
Quote cmf_premierleag 20-5-2022 11:49 AM
lasagna replied at 20-5-2022 11:48 AM
ooopppppssss!

Kat serambi mekoh mana berani nk pakai mcm gro
Quote yum3 20-5-2022 11:54 AM
cian lah ko dik, knpa pakai cam tu. Lagi nampak murah nya diri ko.. Agak2 lah nak seksi pun.  Udah2 le pakai baju cam x cukup kain...
Quote edoraixora 20-5-2022 12:09 PM
codenamedream replied at 20-5-2022 11:46 AM
Mesti management jer yg gigih nak tumpang limelight shariah sekuntum Rose anak emas tu..
Scha GRO ni ...

dia dah dapat jadi heroin ye, hero nya hisham hamid, drama tv3 pukul 10 mlm

macam tak sesuai jer watak heroin minah ni


Quote awex^returns 20-5-2022 12:10 PM
tak kenal pon, oh lupa lama tak tengok tv
keh keh keh
Quote auntyonion 20-5-2022 12:18 PM
Dulu minat dia ni..model..budak hijau..skrg je xminat sbb melampau nau nyeksi nampak murehennn
Quote amyza82 20-5-2022 01:13 PM
kat ig kemain putih, tgk tv coklat kepam

tak sia2 menyeksi, dapat jadi heroin walopon berkerak
Quote mrs_adr 20-5-2022 01:25 PM
wehhh dia dulu bukan asal dari kedah ka? start dari cerita mr grey kan.. cakap utara sempoi kemain.. dulu rasa mcm cakap dia dari kedah...

Lihat semua komen(35)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

29-6-2022 06:42 AM GMT+8 , Processed in 0.070060 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top