CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Tiada Bukti Kerosakan Teknikal, Nahas Pesawat China Eastern Disengajakan?

20-5-2022 10:35 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 593| Komen: 6

Description: Nahas pesawat China Eastern yang mengorbankan kesemua 132 penumpang dan anak kapal pada Mac lalu, dipercayai sengaja dilakukan.
Nahas pesawat China Eastern yang mengorbankan kesemua 132 penumpang dan anak kapal pada Mac lalu, dipercayai sengaja dilakukan. 

Memetik laporan Wall Street Journal, pasukan penyiasat yang mengendalikan siasatan nahas pesawat itu sedang meneliti sama ada insiden berkenaan berpunca daripada tindakan disengajakan di atas dek penerbangan.

Menurut dua individu yang diberi taklimat mengenai perkara tersebut, ini kerana setakat ini tiada bukti menunjukkan berlaku kerosakan teknikal.    


Kredit foto: XINHUA/Getty Images

Terdahulu, Wall Street Journal dengan memetik individu biasa dengan penilaian awal pegawai Amerika Syarikat (AS) melaporkan data penerbangan dari satu kotak hitam Boeing 737-800 menunjukkan bahawa seseorang di dalam kokpit sengaja menyebabkan pesawat itu terhempas. 


Bagaimanapun, pengeluar pesawat, Boeing Co dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) AS enggan mengulas dan merujuk soalan kepada pengawal selia China.

Pesawat China Eastern MU5375 yang dalam penerbangan dari Kunming ke Guangzhou pada 21 Mac lalu secara tiba-tiba menjunam dari ketinggian 29,000 kaki ke lereng gunung sehingga mengorbankan semua orang di dalamnya.

Nahas itu disifatkan sebagai tragedi penerbangan paling dahsyat di China dalam tempoh 28 tahun.

Menurut pihak berkuasa, juruterbang tidak menjawab panggilan berulang daripada pengawal trafik udara dan pesawat berhampiran semasa kejadian.

Seorang sumber memberitahu penyiasat Reuters bahawa mereka sedang melihat sama ada nahas itu adalah tindakan sukarela.

Pada April lalu, Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC) memaklumkan pasukan penyiasat tidak menemukan sebarang bukti berlaku `insiden tidak normal’ berdasarkan laporan diserahkan oleh Boeing.


Kredit foto: CNA

CAAC menerusi kenyataan berkata, kakitangan penerbangan memenuhi protokol keselamatan sebelum berlepas dan pesawat itu juga tidak membawa muatan barangan berbahaya.

Malah, jelas CAAC, cuaca adalah baik pada hari kejadian. 


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote whimsicalmusic 20-5-2022 05:13 PM
Determine nya kalo btol
Quote scorpionkiki 20-5-2022 05:43 PM
I heran sungguh kalau pilot mh370 nak suicide. Yg airline pilot ni nak suicide mmg terus saja suicide...tp apahal mh370 nak suicide pi jauh sampai tak jumpa
Quote Artemesiaa 20-5-2022 06:10 PM
Jenuh banyak pihak nak kena menjawab
Quote spiderman80 20-5-2022 07:01 PM
Nak bunuh diri, sendiri terjun laut lah. Naya betul sampai nak libatkan ratusan insan tidak bersalah.
Quote helicornia 20-5-2022 07:49 PM
Teringat dulu pilot mental bawak flight saje menjunam kt banjaran alps
Quote noell 20-5-2022 07:57 PM
mmg takla boeing nak ngaku salah dia mesti salah pilot jua

Lihat semua komen(6)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

29-6-2022 04:49 AM GMT+8 , Processed in 0.072458 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top