CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Wanita Ada Dua Rahim, Baru Sedar Faraj Pun Ada Dua Selepas Bersalin

20-5-2022 10:15 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 992| Komen: 13

Description: Seorang wanita buat pertama kali mendapat tahu dia mempunyai dua rahim pada usia 16 tahun, namun tidak menyedari dirinya juga mempunyai dua faraj.
Seorang wanita buat pertama kali mendapat tahu dia mempunyai dua rahim pada usia 16 tahun, namun tidak menyedari dirinya juga mempunyai dua faraj.

Keadaan yang jarang berlaku itu hanya disedarinya selepas melahirkan anak sulung.

Vic Au-Yeung berkata, keadaan itu menyebabkan dia mengalami kesakitan yang ketara semasa remaja, dan dia mengalami haid yang sangat teruk sehingga menyebabkan dirinya pengsan dan mengalami pendarahan.


Foto: Jam Press

Dalam satu kejadian selepas rebah di jalanan, doktor memberitahu Vic bahawa dia tidak akan mempunyai zuriat berikutan keadaan dua rahimnya


Bergelar ibu kepada tiga anak, Vic yang menetap di Herefordshire, United Kingdom mengimbas perkara itu berkata: "Setiap bulan, saya akan menghabiskan masa di bilik perubatan di sekolah, pengsan akibat kehilangan darah atau 'bocor' pada pakaian sekolah saya.

"Tampon tidak berfungsi dan saya terpaksa memakai empat tuala wanita pada waktu malam dan bangun untuk menukarnya setiap beberapa jam. Apabila saya berumur 16 tahun, saya rebah di jalan kerana sakit dan dibawa ke hospital.

"Doktor memberitahu bahawa saya mempunyai dua rahim dan kesannya saya tidak boleh mempunyai zuriat. itulah sebab saya datang haid yang teruk.

"Ketika itu saya benar-benar patah hati. Saya rasa masa depan saya telah dirampas," katanya.

Walau bagaimanapun, selepas melakukan kajian sendiri, Vic menyedari bahawa hamil dan melahirkan anak bukanlah suatu yang mustahil.

Dia melahirkan anak perempuannya Clio, kini 23, pada 1998, dan doktor membuat penemuan mengejutkan kedua mereka semasa menjalankan pemeriksaan.


Foto: Jam Press

"Apabila saya bersalin, doktor sudah tahu tentang rahim saya tetapi semasa menjalani pemeriksaan ke atas saya semasa bersalin, perunding menyedari saya mempunyai dua serviks.

"Saya juga mengalami prolaps yang teruk selepas bersalin. Mereka memberitahu saya bahawa ia adalah kulit yang membahagikan faraj normal saya selain (faraj) kedua yang tidak dapat dikesan kerana saiznya sangat kecil.

"Doktor beritahu saya ia adalah satu keajaiban perubatan dan sangat jarang berlaku, tetapi berjanji untuk merawat saya dengan pembedahan rekonstruktif," katanya. - CARI

Sumber: mStar/ Mirror

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 20-5-2022 11:42 AM
tacoddddd. mcamana rasa agaknya ada 2 vagina tu ek.
Quote JunkMail 20-5-2022 12:54 PM
So kena pakai both ke ketika senggama?
Quote Artemesiaa 20-5-2022 12:57 PM
Kira bukan dua2 dalam keadaan normal patutlah nak kena dibetulkan semula.
Quote uda 20-5-2022 02:58 PM
JunkMail replied at 20-5-2022 12:54 PM
So kena pakai both ke ketika senggama?

Ikut article atas: yang satu lagi tu kecil dan tidak dapat dikesan.
Quote abangadek 20-5-2022 03:01 PM
pernah baca dlm blog miracle do happen II, bloger tu doc.. ada patient dia (melayu) kes mcm ni lah lepas malam pertama jd pendarahan teruk tak berhenti, bila check ngan doc ni rupanya dia ada 2 vagina.. satu masih dara satu lg dh guna
Quote abangadek 20-5-2022 03:01 PM
pernah baca dlm blog miracle do happen II, bloger tu doc.. ada patient dia (melayu) kes mcm ni lah lepas malam pertama jd pendarahan teruk tak berhenti, bila check ngan doc ni rupanya dia ada 2 vagina.. satu masih dara satu lg dh guna
Quote Suchi 20-5-2022 03:10 PM
Kesiannya ni bukan menda yg best.
Sebab ia menyakitkan dia, tak seronok dia laluinya.
Period boleh jd mimpi ngeri
Terutama masa sekolah bukanlah sesuatu yg best senggugut teruk dan kebocoran ni.
Iols dulu kerap juga kena,lama kat tandas sbb nak cuci kain sekolah.

Masa keje pun sama sampai pakai dua lapis seluar dlm bagai.
Pernah sorang2 je dlm surau tgh malam buta duk ngeringkan suar guna hair dryer.
Quote FOTHER-MUCKER 20-5-2022 03:34 PM
Nama untuk orang lelaki tetapi kepunyaan wanita.
Quote najib888 21-5-2022 02:04 PM
Gambar mana gambar? Nk tgk juga poen dua ni macam mana..
Quote mbhcsf 21-5-2022 02:50 PM
bicornuate uterus
Quote mejaputih 21-5-2022 02:54 PM
Photo kedua tu gambo anak2 dia ke?
Quote Belibis 21-5-2022 03:05 PM
Untom la en husben..tak payah nak kawin dua.
Quote Firenzza 21-5-2022 08:52 PM
Rahim sepahtu tersenyum sinis

Lihat semua komen(13)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

29-6-2022 05:35 AM GMT+8 , Processed in 0.069342 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top