CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Pakistan Larang Import Barangan 'Tidak Perlu' Termasuk Peralatan Mandian

20-5-2022 09:53 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 886| Komen: 28

Description: Kerajaan Pakistan melarang import barangan 'tidak perlu' dalam usahanya untuk menjimatkan tukaran asing memandangkan nilai mata wang jatuh mendadak berbanding dolar AS sejak beberapa hari kebelakangan ...
Kerajaan Pakistan melarang import barangan 'tidak perlu' dalam usahanya untuk menjimatkan tukaran asing memandangkan nilai mata wang jatuh mendadak berbanding dolar AS sejak beberapa hari kebelakangan ini.


Pada Khamis nilai satu dolar AS adalah 200 rupee berbanding 182 rupee pada sebulan yang lalu.

"Keputusan saya untuk melarang import barangan mewah dapat jimatkan tukaran asing negara," kata Perdana Menteri, Shehbaz Sharif.


Gambar hiasan

Barangan itu termasuk kereta, telefon bimbit, peralatan rumah, pinggan mangkuk, bagasi, syampu, peralatan mandian, daging sejuk beku, rokok, alat solek dan muzik.


Menteri Penerangan, Marriyum Aurangzeb berkata terdapat "situasi kecemasan" dan rakyat Pakistan perlu mengurangkan kebergantungan terhadap produk import.

Beliau berkata, defisit perdagangan di Pakistan sudah berada pada tahap serius.

"Kami mempunyai kapasiti dan pengalaman untuk menyelesaikan isu ekonomi semasa. Langkah yang diambil untuk larang barangan import bertujuan menstabilkan ekonomi," kata Marriyum dalam satu sidang media pada Khamis.

Beliau berkata larangan import barangan bukan keperluan itu dapat menjimatkan AS$6 bilion setahun dan meningkatkan industri pembuatan domestik.


Sumber: Bernama

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kasibiman 20-5-2022 10:46 AM
Habis Tu Mandi sental pakai apa? Kulit bawang?
Quote Samerosie 20-5-2022 10:59 AM
Alamak, harap2 depa ada yg locally made punya untuk guna.  sedangkan tak ban import pun bau sorang2 pun ashem.
Quote angelofish 20-5-2022 11:02 AM
malaysia pon dah boleh haramkan app shoppe dengan lazada
Quote AbukRokok 20-5-2022 11:17 AM
angelofish replied at 20-5-2022 11:02 AM
malaysia pon dah boleh haramkan app shoppe dengan lazada

nati duluuuuuuu!!!!!!
Quote rospinki 20-5-2022 11:50 AM
bgus pendekatan menteri impot espot pakistan. takperlu sebrnya utk kehidupan. sambil menyapu losen locitane ditangan..
Quote gekkou 20-5-2022 11:55 AM
malaysia dah boleh la kurangkan beli dengan ps uk, ps el eh, ps, usa
Quote mamakcool 20-5-2022 01:06 PM
Msia mesti stop import barangan plastic..cth toys..semua tu beracun utk dilupuskan
Quote Artemesiaa 20-5-2022 01:07 PM
Bukan Pakistan je banyak je negara lain pun dah mula kempen yang sama galakan rakyat beli dan guna barangan tempatan
Quote sharlenetexas 20-5-2022 01:10 PM
Local brand Malaysia mcm Secret Garden, The Virtues Company.

Quote doubleharmonic 20-5-2022 01:41 PM
kasibiman replied at 20-5-2022 02:46 AM
Habis Tu Mandi sental pakai apa? Kulit bawang?

10 hari tak mandi tersenyum sinis

[youtube]RupBSoCSJE0[/youtube]
Quote Samerosie 20-5-2022 01:58 PM
mamakcool replied at 20-5-2022 01:06 PM
Msia mesti stop import barangan plastic..cth toys..semua tu beracun utk dilupuskan

Kena get rid la kedai2 RM2 tu.
Quote Samerosie 20-5-2022 01:59 PM
rospinki replied at 20-5-2022 11:50 AM
bgus pendekatan menteri impot espot pakistan. takperlu sebrnya utk kehidupan. sambil menyapu losen l ...

Hahahaha ini kelakar....
Quote Samerosie 20-5-2022 01:59 PM
kasibiman replied at 20-5-2022 10:46 AM
Habis Tu Mandi sental pakai apa? Kulit bawang?

Sabut kelapa wak...
Quote green~tea 20-5-2022 02:31 PM
Edited by green~tea at 20-5-2022 02:32 PM
mamakcool replied at 20-5-2022 01:06 PM
Msia mesti stop import barangan plastic..cth toys..semua tu beracun utk dilupuskan


Malaysia manufacturer plastic resin terbesar .. pelbagai jenis polymer chuolz...

Kita sepatutnya dieducate mengenai pengurusan pembuangan plastic dengan betul, sampah2 di rumah, bisnes premises segregate elok2 supaya senang process waste treatment... jangan buang sampah merata.... KPKT mana? Bila nak implement and educate public? Enforcement kelaut??? Pastu salahkan plastic jadi culprit.. mende ni mindset je...

Cer tengok jepun... mcmana dia handle waste management.. sampai medal Olympics pun depa guna bahan recycle.. look at their commitments
Quote green~tea 20-5-2022 02:33 PM
Samerosie replied at 20-5-2022 01:59 PM
Sabut kelapa wak...


Tanam petola (Loofah) pun boleh

Yang muda boleh makan, yang tua, buat sental hahahaha
Quote green~tea 20-5-2022 02:36 PM
sharlenetexas replied at 20-5-2022 01:10 PM
Local brand Malaysia mcm Secret Garden, The Virtues Company.

Simplysitot pun local product khuens


Tp maybe takat local stamping je kot... manufactured di wallahualam
Quote sharlenetexas 20-5-2022 03:22 PM
green~tea replied at 20-5-2022 02:36 PM
Simplysitot pun local product khuens



Secret Garden mmg best masa batch lama dulu. Shower gel halia + pegaga mmg pekat bau halia, mata jadi segar. Batch baru ni dia kurangkan ingredients, bau tak sekuat dulu tapi masih boleh diterima. Produk bagus tapi marketing dan distribution tu lemah.


Quote green~tea 20-5-2022 03:51 PM
sharlenetexas replied at 20-5-2022 03:22 PM
Secret Garden mmg best masa batch lama dulu. Shower gel halia + pegaga mmg pekat bau halia, mata j ...

I pun tatau product tu wujud.. yang i biasa tengok Good Virtues Co.... suka pakai shower gel & bodyscrub salt dia best
Quote JoyahSepoting 20-5-2022 03:56 PM
angelofish replied at 20-5-2022 11:02 AM
malaysia pon dah boleh haramkan app shoppe dengan lazada

Setuju 1000%. tak pun open untuk seller local je. Habis duit kita keluar negara sebab Shopee dah boleh beli direct Vietnam, Indon, Thai, Korea etc.

Lihat semua komen(28)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

29-6-2022 05:03 AM GMT+8 , Processed in 0.067498 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top