CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Kahwin Suami Baru Tanpa Pengetahuan Suami Pertama

20-5-2022 09:44 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 667| Komen: 4

Description: Ketua Bidang Dakwah Majlis Ulama Indonesia (MUI), Cholil Nafis menegaskan wanita yang mempunyai dua suami atau mengamalkan poliandri adalah haram di sisi Islam.
Ketua Bidang Dakwah Majlis Ulama Indonesia (MUI), Cholil Nafis menegaskan wanita yang mempunyai dua suami atau mengamalkan poliandri adalah haram di sisi Islam. 


Lapor Kompas.com, Cholil berkata, sesuatu perkara yang haram adalah berdosa dilakukan kerana bertentangan ajaran Islam. 


Gambar hiasan

“Poliandri haram dan tidak sah nikah yang kedua,” katanya.  

Beliau mengulas mengenai warga Cianjur, Jawa Barat yang diusir penduduk kampung kerana memiliki dua suami.

Kisah wanita berusia 28 tahun itu menjadi tular dalam media sosial kerana didakwa mempunyai dua suami di Sodong Hilir, Desa Tanjungsari. 

Menerusi video itu, penduduk dilihat membakar pakaian wanita itu dan mengusirnya sekeluarga keluar dari kampung tersebut. 

Difahamkan, pernikahan wanita itu dengan suami baharu dibuat tanpa pengetahuan suami pertamanya dan perkahwinan terdahulu masih sah. 

Wanita itu mereka-reka cerita kononnya ibu bapanya meninggal dunia dan sudah dua tahun bercerai dengan suami pertama. 


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote afie_m 20-5-2022 09:51 AM
indon, apa nak pelik..silap2 yang kat sini pun ramai yang buat macam ni..
Quote ifanonline 20-5-2022 09:52 AM
wanita juga nak rasa pelbagai kote jua
Quote msdummy.2018 20-5-2022 11:18 AM
Kalo mcm tuh, ko lah jadi ketua kuarga, some duk umah[em:3:]
Quote Artemesiaa 20-5-2022 01:15 PM
Apa nak heran yang cari kerja kat sini pun ramai je macam tu.  Sini ada suami kat kg pun ada suami.

Lihat semua komen(4)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

29-6-2022 05:10 AM GMT+8 , Processed in 0.132043 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top