CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Badan Dipijak, Dipukul, Kepala Anak Ditendang Macam Bola- Bapa Tak Puas Hati Dengan Cikgu Dan Pengetua Sekolah!

19-5-2022 05:46 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 560| Komen: 0

Description: Petaling Jaya: Seorang bapa mahu tindakan diambil terhadap sekumpulan pelajar dan guru selepas anak lelakinya diserang di sebuah sekolah menengah di daerah ini, baru-baru ini.
Petaling Jaya: Seorang bapa mahu tindakan diambil terhadap sekumpulan pelajar dan guru selepas anak lelakinya diserang di sebuah sekolah menengah di daerah ini, baru-baru ini.


Lelaki berusia 52 tahun itu, berkata, anaknya, 16, diserang sekumpulan pelajar di padang sekolah berkenaan jam 9.40 pagi, 11 Mei lalu.

"Ada pelajar memaklumkan mahu bertemu anak saya di padang sekolah itu dan apabila sampai, dia dikelilingi kira-kira 10 pelajar lain.

"Mereka kemudian memaki dan menjerit pada anak saya dengan seorang daripada mereka menolaknya," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Foto: Harian Metro


Dia berkata, anaknya ditumbuk di bahagian muka dan cuba mempertahankan diri namun terjatuh.

"Anak saya memaklumkan sekumpulan pelajar itu menendang kepalanya seperti bola sepak dan perkara itu amat menyayat hati saya.

"Dia juga memberitahu mereka memijak kepala dan badan selain terus menendangnya semasa dia jatuh. Ada pelajar yang mahu membantu anak saya, namun gagal menghalang mereka," katanya.

Katanya, anaknya berjaya melepaskan diri dan pergi ke pejabat pengetua untuk membuat aduan.

"Apabila saya bertemu pengetua, dia memaklumkan bahawa masalah ini boleh diselesaikan dan ia menyebabkan saya terkedu. Bagaimana perkara sebesar ini boleh diselesaikan begitu saja tanpa ada tindakan diambil.

"Kejadian itu menyebabkan anak saya mengalami kecederaan pada bahagian kepala, tangan, badan dan kaki kiri," katanya yang memaklumkan anaknya masih belum sembuh sepenuhnya.

Menurutnya, dia sudah membuat dua laporan polis berhubung kejadian itu dan mahu tindakan diambil terhadap sekumpulan pelajar berkenaan.

"Ini bukan kejadian pertama anak saya menjadi mangsa buli. Pada 2019, dia turut dibuli dan apabila saya pergi ke sekolah, guru memaklumkan mereka (anak dan pembuli) sudah berbaik.

"Malah pada tahun sama, seorang daripada pelajar berkenaan mengugutnya menggunakan pisau tetapi dia tidak memaklumkan kepada saya sehingga April 2020 menyebabkan saya menghubungi pihak sekolah supaya tindakan diambil.

"Pada Julai (2020), saya dimaklumkan pihak sekolah bahawa pelajar berkenaan tidak lagi datang ke sekolah. Itu bukan alasan untuk tiada tindakan diambil terhadapnya," katanya.

Katanya, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pembuli dan pihak sekolah sekiranya tiada tindakan diambil dalam isu berkenaan.

"Saya sedang meneliti beberapa langkah yang akan diambil dalam isu ini dan berhasrat tidak mahu menghantar anak ke sekolah berkenaan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Fakrudin Abdul Hamid ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

"Kami sudah mengambil keterangan mangsa dan beberapa saksi termasuk guru. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Komen Terbaru

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

29-6-2022 06:19 AM GMT+8 , Processed in 0.056114 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top