CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Tutup Suis Peti Sejuk, Bagi Anak Makanan Basi Sebab Nak Jimatkan Elektrik

19-5-2022 05:26 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 425| Komen: 2

Description: Tindakan segelintir ibu bapa di Britain yang bertindak menutup suis peti sejuk pada waktu malam bagi menjimatkan penggunaan elektrik dikhuatiri menjadi faktor penyebab anak-anak jatuh sakit akibat ker ...
Tindakan segelintir ibu bapa di Britain yang bertindak menutup suis peti sejuk pada waktu malam bagi menjimatkan penggunaan elektrik dikhuatiri menjadi faktor penyebab anak-anak jatuh sakit akibat keracunan, lapor akhbar Metro UK.


Sebuah organisasi kebajikan, Truro Food Bank mendakwa banyak kes melaporkan kanak-kanak mengalami sakit perut kerana memakan makanan basi yang dibiarkan dalam peti sejuk tanpa elektrik.

Selain itu, terdapat beberapa kejadian di mana kanak-kanak terpaksa pergi ke sekolah dengan pakaian yang tidak dicuci kerana ibu bapa bermati-matian cuba menjimatkan penggunaan tenaga.


Foto Hiasan

Kakitangan di bank makanan berkata, derma masyarakat kepada badan kebajikan telah menurun dan permintaan untuk makanan pula makin meningkat, sekali gus memberi tekanan lebih kepada masyarakat berpendapatan rendah.

Pengurus Truro Food Bank, Simon Fann memberitahu, pihaknya mula menerima laporan kes kanak-kanak mengalami keracunan makanan sejak akhir-akhir ini.

“Tahap keperluan makanan semakin meningkat dan mengatasi derma yang kami peroleh pada masa ini.

“Itu mungkin menunjukkan bahawa orang yang biasanya mampu menderma kini bergelut bagi memastikan bekalan makanan mereka sendiri mencukupi,” jelas Fann.

Dianggarkan setengah juta kanak-kanak Britain akan berada dalam ‘kemiskinan mutlak’ menjelang akhir tahun ini kerana tahap gaji minimum yang bergelut untuk bersaing dengan rekod paras inflasi.

Kenaikan cukai dan bil tenaga juga membawa kepada kejatuhan terbesar dalam taraf hidup di negara itu dalam tempoh 70 tahun. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Aliaskotonggo 19-5-2022 06:10 PM
apesal? abang putin tutup suis ke
Quote Decaffeinated 19-5-2022 06:32 PM
Sebab summer approaching. Kalau hari2 biasa ko tinggal kat atas meja pun tak basi2.

Lihat semua komen(2)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

29-6-2022 05:52 AM GMT+8 , Processed in 0.070699 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top