Dalam perniagaan Internet, terdapat banyak model perniagaan Internet yang anda boleh lakukan untuk menjana pendapatan. Jika anda bercita-cita untuk memulakan dan ingin mendapatkan pendapatan dalam USD melalui perniagaan Internet, model perniagaan Internet mana satu yang anda akan pilih?
Jika anda ingin memilihnya, saya pasti yang anda akan meletakkan ciri-ciri perniagaan Internet yang menepati impian anda. Ciri-ciri perniagaan impian anda mungkin:
1. Produk yang mudah dijual dan banyak permintaan.
2. Pendapatan dan keuntungan dalam USD setiap minggu.
3. Pasaran ke serata dunia (global) dan bukannya terhad kepada pasaran Malaysia sahaja.
4. Tidak payah nak jumpa pelanggan atau pembeli.
5. Tidak payah nak jawab panggilan telefon pelanggan atau pembeli.
6. Modal permulaan yang cukup rendah.
7. Tidak perlu sewa kedai.
8. Tidak perlu menggaji pekerja.
9. Pulang modal hanya dalam jangkamasa yang singkat iaitu 2 ke 4 minggu sahaja.
10. Anda boleh menjual semasa anda ada masa atau rajin menjual, dan hentikannya bila-bila masa yang anda mahu tanpa anda perlu tanggung kerugian membayar sewa kedai atau menggaji pekerja.
11. Anda tidak pelu memikirkan dan menghabiskan masa, tenaga dan wang untuk membuat dan design laman web jualan anda.
12. Dan anda tidak perlu bersengkang mata siang malam membuat SEO, Optimisation, mencari trafik dan mengekalkan jumlah trafik ke laman web anda.
Terus-terang saya katakan yang KESEMUA ciri-ciri adalah ciri-ciri perniagaan Internet atau bisnes Internet yang saya CARI selama ini.
Dan setelah ditinjau banyak jenis perniagaan Internet yang saya tahu, hingga kini tiada satupun model perniagaan Internet yang menepati atau hampir-hampir menepati ciri-ciri di atas SELAIN dari bisnes eBay.com!
Ramai yang gagal menjana pendapatan dalam USD kerana melakukan proses pemilihan bisnes Internet yang terbalik dari proses yang sepatutnya. Mereka sepatutnya meletakkan ciri-ciri bisnes Internet yang mereka impikan terlebih dahulu dan memilih model perniagaan Internet berdasarkan ciri-ciri tersebut. Dan bukannya memilih model bisnes Internet terlebih dahulu dan kemudian barulah mereka tercari-cari adakah ciri-ciri tadi menepati bisnes Internet yang mereka impikan.
Ubah proses pemilihan model perniagaan Internet anda dan anda bakal menjana pendapatan dan keuntungan dalam USD seperti apa yang anda impikan.
eBay.com serta produk yang betul sepeti
Bisnes Mainan boleh membantu anda mencapainya dalam waktu yang singkat berbanding dengan lain-lain model bisnes Internet.
Mulakan sekarang!
