Register Login
CARI Infonet Return home

azl1561's space https://bn1.cari.com.my/?608016 [Favorites] [Copy] [Share] [RSS]

Blogs

Bagaimana Menerima Duit Ke Akaun Paypal?

Hot 1Viewed 610 times12-11-2012 10:47 PM |Personal category:Make money online| Paypal

Ini adalah maklumat asas. Semoga sedikit sebanyak memberikan kefahaman kepada mereka yang masih kurang memahami bagaimana Paypal berfungsi.

Pertama sekali, kita mesti fahami bahawa Paypal adalah pihak tengah, atau dipanggil juga sebagai pihak ketiga (3rd party). Ia berfungsi lebih kurang sama seperti bank, walaupun ia bukan bank.

Apakah 'nombor akaun' Paypal saya?

Paypal tidak menggunakan nombor akaun, tetapi mereka menjadikan emel sebagai rujukan utama sesebuah akaun. Jadi pastikan anda menggunakan emel yang kerap anda buka (emel rasmi).

Bagaimana duit masuk ke akaun Paypal kita?

Soalan yang bagus. Ia terdapat dua cara utama iaitu:

1. Transfer (pindahan) melalui akaun Paypal orang lain dengan menggunakan fungsi Send Money. Pembeli anda yang ada wang di akaun Paypal, boleh membuat bayaran dengan menggunakan fungsi itu. Mereka hanya perlu masukkan jumlah bayaran dan juga emel anda.

Jika anda pernah melakukan pindahan duit menggunakan Online Banking, maka konsepnya sama dengan Send Money tersebut. Sebiji sama. Cuma sahaja ia lebih mudah daripada Online Banking.

2. Kad Kredit / Kad Debit. Kita perlu buat 'button buy' dengan melalui akaun Paypal kita dan meletak button itu di laman web jualan.

Bagi pembeli yang tidak memiliki akaun Paypal, mereka tetap boleh membayar melalui Paypal dengan menggunakan kad kredit atau kad debit mereka. Pelik? Ia tidak pelik. Seperti yang dikatakan, Paypal adalah pihak tengah yang menguruskan transaksi jual beli menggunakan kad kredit.

Kelebihan menggunakan Paypal adalah, pembeli lebih yakin dan rasa selamat kerana maklumat kad kredit mereka tidak didedahkan kepada kita (penjual). Ini kerana, Paypal anda menyimpan maklumat mereka tanpa dikongsikan kepada mana-mana pihak. Nah, inilah fungsi pihak ketiga (orang tengah).

Itulah dia dua cara duit boleh dimasukkan ke akaun kita. Semoga penerangan ini sedikit sebanyak membantu.

Jika anda mahukan banyak lagi maklumat sebegini, anda boleh dapatkan ebook Panduan Asas Paypal di sini:

Panduan Asas Paypal

Jangan salah faham dengan perkataan asas. Walaupun ia dinamakan sebagai asas, tetapi boleh dikatakan segenap perkara penting ada diterangkan walaupun tidak semua.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.




Leave a comment Comments (1 Comment)

Reply AllisonAStokes 20-7-2020 05:19 PM
good post.

facelist

You have to be logged to leave a comment Login | Register


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-9-2023 12:23 AM GMT+8 , Processed in 0.040933 second(s), 20 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top