Register Login
CARI Infonet Return home

kevler's space https://bn1.cari.com.my/?1110863 [Favorites] [Copy] [Share] [RSS]

Wall msg

facelist

You have to log in before you can write to a wall Login | Register


lily111 10-1-2013 11:10 PM
Kevler kenal majikan tu ke? Sebab saya baru kena tipu drp ajen yang same namanya maya sari dari Medan tinggal di flat di batu8 gombak. Tapi pembantu rumah namanya lain...baru sahaja pagi ni cabut drp rumah cara yang sama..buat buat nak buang sampah lepas tu naik teksi cabut. Masalah nya saya dah habis bayar RM5000 kat ajen itu. Saya harap kevler kenal majikan itu dan ingat lagi siapa itu supaya saya boleh contact orang nyer... kalau ada apa apa boleh email saya di lilliansam86@gmail.com. Terima kasih



SAYA SEORANG MAJIKAN KEPADA PEMBANTU RUMAH WARGA ASING, YANG TERANIAYA

Pembantu yang saya ambil ini adalah warga Medan, Indonesia. Dia adalah pembantu rumah yang kedua yang saya ambil bekerja setelah pembantu pertama pulang ke Indonesia setelah tamat kontrak bekerjanya selama 2 tahun. Pada mulanya saya memang tidak mahu ...menerima pekerja daripada Medan setelah mendengar banyak masalah yang  timbul jika mengambil orang Medan sebagai pembantu. Tetapi setelah diyakinkan oleh kawan yang mengenali pembantu ini, saya akhirnya bersetuju. Hingga kini, dia sepatutnya sudah bekerja dengan saya selama 6 bulan. Orangnya kelihatan agak selekeh dan kesian bila melihat keadaanya. Sedari awal bertudung dan tidak menampakkan apa2 perangai yang tidak elok. Bersolat tidak pernah tinggal, buat juga solat2 sunat, berpuasa sunat isnin dan khamis tak kurang mengaji  juga membaca terjemahan dan tafsir Quran. Anak2 juga sangat betah dengannya.  Membuat kerja2 rumah agak cekap juga walaupun kurang teliti, boleh memasak walaupun kadangkala tak berapa enak di tekak.  Bangun awal, siap kan breakfast dan berkemas.  Kadangkala pada hari minggu, saya akan bawa dia ke kedai utk membantu kerja2 dikedai kek saya di Puchong Prima.  Daripada awal memang tiada masalah yang timbul. Jika saya pergi bercuti saya sanggup booking bilik lebih untuk dia dibawa sekali, family day yang comp adakan saya bayar lebih agar dapat bawa dia bersama, makan diluar bersama anak2 jarang sekali saya tinggalkan dia. Semasa datang berat 53kg hingga kini berat dah jadi 63kg. Berbagai perkara saya lakukan agar dia gembira bekerja/tinggal bersama keluarga saya. Hinggalah beberapa minggu kebelakangan ini, saya mendengar cerita tentang perangai tak eloknya daripada pekerja2 dikedai saya. Dia juga ada berkawan dengan seorang bibik di kawasan kejiranan saya yang memang satu apartment tahu tentang perangainya yang buruk juga. Bila mengetahui tentang perkara ini, saya telahpun ‘sound’ dia dan setelah itu, daripada feedback anak2 saya dirumah mengatakan yang pembantu saya dah jarang turun dan berkawan dengan bibik yang ‘mulut tak de insuran’ tu.   Setelah kejadian kena sound tu, beberapa minggu agak ok; hingalah pada hari Isnin yang lalu (1/5/2011). Pagi itu saya ke kedai, sementara anak2 dirumah kerana mereka tidak bersekolah kerana cuti umum. Petangnya saya ambil anak2 serta pembantu saya untuk dibawa ke kedai. Semasa di kedai Isya anak saya yang no 2 memberitahu saya yang ‘kakak’ bibik datang rumah, masuk kerumah dan berbual agak lama juga. Bila saya tanyakan dia berkata itu kakak iparnya yang datang dari Indon menghantar handphone yang dikirim oleh emaknya. Walaupun saya rasa agak curiga, tapi saya diamkan dulu. Pada malam isnin, saya menyuruh tukang urut datang ke rumah untuk mengurut badan saya yang sakit2.  Keesokkan hari, macam biasa saya keluar bekerja. Malam bila pulang saya membantu anak2 buat homework; semasa itulah Isya lagi sekali mengadu kepada saya yang pada siangnya yang dia lambat siap ke sekolah hingga kawan yang Isya tumpang ke sekolah sudah menunggu di pintu. Bila saya tanya Isya kenapa lambat, Isya jawab yang  bibik tengah mengurut pada masa sepatutnya dia bersiap hendak ke sekolah. Saya pun bertanya pula kepada pembantu saya, tiba2 dia menengking saya dan mengatakan kawan Isya yang datang cepat sangat. Apalagi angin la saya satu badan, saya Tanya elok2 dia boleh jawab dengan meninggi suara! Pada masa itu dek kerana marah saya sound lah dia habis2. Keluar balik cerita pasak ‘kakak’ dia datang dan diberi masuk tanpa kebenaran saya. Walaupun sangat marah, tapi saya bukan lah seorang yg suka berdendam. Setelah cool saya minta maaf dan dia juga minta maaf dgn saya dan berjanji tidak buat lagi benda yang bukan2. Pada, hari Khamis (5/5/2011); saya sedang bekerja. Hampir jam 2.15p.m Arif anak sulung saya menalifon saya dan memberitahu bibik nya keluar rumah hendak membuang sampah daripada pukul 1.45p.m dan tidak balik2. Semasa itu, tinggal Arif, kawan Arif serta Damia anak saya yang kecil 4 tahun dirumah.  Saya rasa agak berdebar2; apa yang mungkin berlaku? Saya tenangkan hati dan suruh Arif tunggu lagi beberapa minit. Sambil tu, saya talifon pekerja di kedai runcit di tingkat bawah untuk melihat2 kawasan sekitar jika ternampak bibik saya; namun tiada. Saya juga menalifon tukang urut yang datang tempohari, memandangkan dia juga tinggal di situ dan mungkin tahu kemana pergi nya si bibik ini. Hampa kerana tukang urut keluar, namun sesuatu yg membuat saya panic bila dia kata dia ternampak seseorang iras pembantu saya tunggu di tepi jalan dan menaiki teksi. Apalagi saya pun kelam kabut balik untuk mendapatkan anak2 saya. Tak henti menalifon kesana kesini; akhirnya dipendekkan cerita kawan saya yang membawa pembantu saya kepada saya memberitahu yang kemungkinan besar agen dari Medan yang membawa dia lari; dan ‘kakak’ yang dikatakan datang tempohari ialah agen tersebut. Agen ini juga telah beberapa kali buat kes yang sama. Malam itu, saya pun membuat report polis. Besok paginya kawan yang membawa pembantu ini kepada saya menyarankan supaya kami pergi untuk confront dengan agen dari Medan ini. Rumah nya di Gombak, Batu 6. Pada hari ini (6/5/2011), pada pukul 4p.m dan setelah plot dirancang, kami berjaya menemui agen Medan ini. Dia tidak menyangka yang saya akan datang sekali. Arif sebagai saksi utama yang mengecam dia. Walaupun didesak dia tidak mengaku, saya berasa sangat marah dan hampir nak bertumbuk di situ. Akhirnya kami membawanya ke balai polis. Di balai, tentulah dia tak mangaku juga. Report punya report; akhirnya polis bagi tahu yang memang tak boleh nak tahan dia kerana membawa lari pembantu rumah tidak termasuk dalam kes jenayah.  Hanya saya boleh report ke imigresen dan minta mereka menyiasat atas kes membawa pekerja masuk ke Malaysia tanpa dokumen sah. Selah berpanas, menunggu sana menunggu sini; mengangkut anak2 dengan suami yang tiada kerana bekerja; hampa sahaja usaha kami. Bukan niat saya untuk mengaibkan mana2 pihak tetapi tulisan ini saya kira cukup berbaloi sebagai pampasan untuk pertolongan yang tidak saya dapati dari pihak berwajib yang sepatutnya membela hak orang awam seperti saya. Minta maaf kerana saya meng tag kan kesemua friend list jika sudi harap dapat dipanjangkan kepada kawan2 yang lain. Dengan itu, kawan2 yang membaca tulisan ini, jika terjumpa atau mengetahui kehadiran seorang warga Indon yang bernama: PUTERI LESTARI serta agen dari Medan yang bernama MAYASARI;  berhati2 lah agar jangan terjebak. Semoga kita semua dilindungi dari orang2 jahat yang mengambil kesempatan atas keperluan kita terhadap pembantu rumah. Terima kasih semua kerana sudi membaca.....

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

13-8-2022 08:46 AM GMT+8 , Processed in 0.036810 second(s), 13 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top