CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5679|Reply: 48

Cikpiah Sinarfm kini jadi penyanyi

[Copy link]
Post time 16-3-2016 12:09 PM | Show all posts |Read mode
Feeya dilamar Awi Rafael




Dari DJ kepada penyanyi


KUALA LUMPUR 02 MAC 2016 - Sesi fotografi bersama artis, Feeya
Feeya Iskandar

JIKA ada sesetengah penyampai stesen radio sanggup melepaskan kerjaya yang sedia ada demi memberi laluan dalam dunia nyanyian, nampaknya senario itu tidak sesekali menjentik gerak hati Feeya Iskandar untuk mengundurkan diri daripada tugas hakikinya.

Masih berdiri teguh bersama stesen radio Sinar FM sejak lima tahun lalu, Feeya kini cuma menambah satu lagi portfolio kerjayanya sebagai seorang penyanyi.
Bertandang ke Studio Utusan, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur baru-baru ini, Feeya yang memang dikenali bersikap ‘gila-gila’ baik di konti radio mahupun ketika di luar, membuatkan suasana sesi temu ramah berjalan lancar selain sesekali terdengar hilaian tawa kami berdua.

Feeya atau nama sebenarnya Nor Shafiza Iskandar Azizan ini tidak menyangka pertemuannya dengan penyanyi terkenal Awi Rafael akhirnya membuka peluang untuk dia didedahkan dalam dunia nyanyian.

Tampil dengan single pertama berjudul Hanya Satu, Feeya jelas tidak kisah andai lagu itu tidak diputarkan di stesen radio lain. Malah berterima kasih kepada pihak Astro radio kerana tidak pernah menyekat minatnya itu.

“Saya akui memang susah jika seorang penyampai radio itu dalam masa sama seorang penyanyi. Tak dinafikan juga peratus untuk lagu kita nak diputarkan di stesen radio lain agak tipis, tapi alhamdulillah sekurang-kurangnya Sinar FM dan Era FM boleh perdengarkan lagu saya.

“Kalau bukan radio tempat kerja kita sendiri yang sokong, siapa lagi, kan? Lagipun saya rasa tak ada masalah sekarang nak promosikan lagu. Zaman sekarang ini kita ada banyak platform untuk saya war-warkan single terbaharu tersebut termasuklah muat naik di Internet.

“Bagi saya, dua kerjaya ini penting untuk masa depan. Jadi tak timbul rasa nak berhenti demi memberi laluan pada karier nyanyian. Kalau boleh saya nak seimbangkan dua kerja itu,” katanya yang turut menggunakan Instagram bagi membantu promosi Hanya Satu.

Berkongsi cerita mengenai minat terhadap bidang nyanyian, siapa sangka video nyanyian 15 saat yang dimuat naik di Instagram telah menarik minat Awi untuk ‘melamar’ Feeya sebagai penyanyi.

“Minat menyanyi itu datang sejak kecil lagi. Saya seringkali gunakan Instagram sebagai medium untuk berkongsi nyanyian kepada pengikut.

“Ada pihak dari Runaway Productions mengesan bakat saya dari situ dan tak lama lepas itu Awi menghubungi untuk berikan tawaran nyanyian.

“Alhamdulillah impian untuk jadi penyanyi akhirnya terlaksana selepas merakamkan single sulung sekitar Oktober 2015 dan saya berterima kasih pada pihak Universal Music dan Rumpun Records sebab sudi menjadikan saya artis baru sekaligus menandatangani kontrak bersama syarikat mereka.

“Hanya Satu berkonsepkan balada ini boleh dikaitkan dengan pelbagai perkara. Tak hanya setia pada kekasih tapi boleh jadi setia pada yang Esa dan macam-macam lagi,” ulas wanita berusia 27 tahun ini lagi.

Memuji profesionalisme yang ada pada Awi, Feeya tidak kisah jika diberi peluang kedua untuk bekerjasama lagi dengan penyanyi dan komposer muda itu.

“Agak senang dan mudah bekerja dengan Awi sebab dia banyak mengajar saya macam mana nak hayati lagu berentak balada dan sebagainya. Selain keselesaan kerja dengan Awi, walaupun seorang penyanyi berpengalaman, dia mudah terima pendapat orang lain.

“Dia juga tahu sebelum memberikan tanggungjawab besar kepada seseorang artis untuk menyanyikan lagu miliknya, dia tahu apa yang sesuai atau tak sesuai dengan suara penyanyi itu,” tuturnya yang bersedia menerima reaksi dan kritikan pencinta muzik apabila bercakap soal penglibatan terbarunya ini.

Selesa berhijab

Wanita bertubuh genit ini sebenarnya sudah melakukan perubahan terbesar buat dirinya pada awal Januari lalu dengan mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya.

Semakin manis dengan penampilan muslimah, jelas Feeya dia membuat keputusan untuk memakai tudung itu bukanlah disebabkan mahu bersiap siaga dengan gelaran isteri yang bakal disandangnya itu.

“Keputusan untuk bertudung ini tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak termasuklah keluarga dan tunang saya. Ia dilalukan seikhlas hati saya selain perubahan untuk tahun baru.

“Jujurnya waktu saya pakai tudung, tak ramai yang tahu termasuklah tunang sendiri. Sampai dia bertanya berkali-kali pada saya barulah saya mengiyakannya.

“Dulu adalah juga mak menyuruh saya pakai tudung tapi waktu itu masih lagi belum bersedia sepenuhnya. Maklumlah, takut nanti penghijrahan kita ini disalah anggap pula.

“Tapi tak tahu macam mana, tiba-tiba naluri ini terasa hendak berubah secara perlahan-lahan awal tahun ini dan tanpa rasa ragu, alhamdulillah saya berhijab sepenuhnya,” katanya dalam lentur bicara yang manis.

Sementelah itu, Feeya turut menolak tanggapan andai tiada tawaran kerja diberikan selepas ini dek penampilan baharunya itu, dia bagaimanapun menyerahkan soal rezeki kepada Allah.

“Saya tak nak fikir, kalau dah bertudung lepas ni tak ada tawaran kerja dah. Sebenarnya Allah dah tetapkan rezeki masing-masing. Lagipun bidang seni ini luas dan syukur rezeki makin banyak saya terima.

“Selain jadi penyampai radio dan menyanyi, saya pun sering buat jadi pengacara majlis. Janganlah rasa penghijrahan itu menyekat karier sebab kita berubah ke arah yang baik.

“Biarpun diakui ada sesetengah mereka yang mendiskriminasikan orang mengenakan hijab, tapi ada jugalah yang okay dan tiada masalah buat mereka. Saya berubah untuk diri sendiri bukan untuk orang lain dan dah tiga bulan saya tutup aurat,alhamdulillah makin selesa,” ujarnya mengakhiri perbualan.

Bergelar isteri mei ini

Jika peminat setia Sinar FM, pasti sinonim dengan gelaran Cik Piah yang sering disebutkan ketika ke udara di konti bersama rakan gandingannya Salih Yaccob menerusi segmen Santai Sinar daripada pukul 3 petang hingga 7 malam.

Feeya yang semakin ayu berhijab sejak awal tahun ini sebenarnya sedang menghitung hari bergelar isteri. Bakal bernikah pada 6 Mei ini di kampung halaman di Johor Bahru, Feeya bagaimanapun dilihat agak tenang dalam melakukan persiapan perkahwinan yang hanya berbaki dua bulan sahaja.

“Syukur sangat sebab persiapan majlis dibantu oleh perancang perkahwinan dan beberapa lagi penaja yang berbesar hati mahu menaja majlis bersejarah saya dan tunang.

“Tapi ia tidak bermakna saya lepaskan seratus peratus pada mereka. Saya perlu juga berjumpa dengan pihak penaja dan sentiasa memantau proses persiapan itu dari masa ke masa.

“Biarpun orang kata majlis kita dah dipermudahkan dengan adanya bantuan penaja, tapi ini majlis bahagia saya. Perlu bagi saya untuk memastikan apa yang dirancang tidak kelam kabut pada majlis besar itu nanti.

“Insyallah, saya akan bernikah di Johor Bahru atas permintaan ibu yang mahu lihat saya di ijab kabul di kampung halaman. Keesokan harinya pula majlis resepsi akan di adakan di Sangkar Kristal dan seminggu lepas itu majlis bertandang di Klang, Selangor,” katanya yang menyukai tema rona putih pada majlis itu nanti.

Ketika penulis rancak berbual dengan Feeya, dia tidak lokek berkongsi perihal bakal suaminya yang menyokong kariernya sebagai orang seni selain persediaan bergelar isteri.

“Bakal suami saya orang biasa sahaja. Kami kenal pun ketika saya sudah berada dalam bidang seni, jadi dia tidak pernah menyuarakan hasrat untuk saya berhenti dari dunia hiburan kalau kami dah berkahwin.

“Malah dia menyokong sepenuhnya apa yang saya buat asalkan tidak melampaui batas sebagai seorang isteri. Dia tak pernah halang minat saya dan tiada masalah untuk teruskan kerjaya selepas ini.

“Asalkan pandai jaga diri,pandai membahagikan masa dan tau peranan saya sebagai seorang isteri, itu pun dah cukup buat dia. Dia seorang yang sangat ringkas dan antara pembakar semangat saya jugalah,” katanya yang bertunang pada 5 Disember 2015 bersama Nurashid Wahab.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2016 12:11 PM | Show all posts
siapakah dia?
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 12:14 PM | Show all posts
smlm tgk kt hlive. tak sedap. baik jadi DJ jelah..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 12:17 PM | Show all posts
aril af tu siap brenti keje jd dj lg sbb takut radio era xnk pasang lagu die. tp si piah ni relek jah pasang lagu snirik time slot die petang2 tu dah la lagu x sedap lasum
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 12:19 PM | Show all posts
udah2 la piah oi....suara ko biasa je, baik tumpukan pada kerja dj ko tu, mengacara takpe...lagi mau nyanyi puih..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 12:34 PM | Show all posts
panjangnye..mls nak bace..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau nynyi tak sedap tak payah ler beriaaaa beno nk jadi penyanyi bagaiiii. Tenang2 di karaoke udoh ler
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 12:46 PM | Show all posts
dah dengar... xberapa nak diterima dek halwa telinga akak nie...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2016 12:47 PM | Show all posts
setuju suara x berapa sedap
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Tgk dia nyanyi kat hlive smlm takde lah best pun...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu dia mula masuk industri pun dengan menyanyi kat Glamour Raya hoskan oleh paknil. Suara ala2 tok ti, yang atas ni nanti2 baru dengar.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 12:56 PM | Show all posts
Si Awi Rafael tu dah tuli ke hapa? Tergamak dia offer Cik Piah ni menyanyi
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 12:56 PM | Show all posts
ade org ckp cikpiah perasan suara dia mcm Siti NurLijah
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 01:13 PM | Show all posts
x knl punnnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
tpdia tiru sora siti mmg sebijik..

blom tentu lagi nyanyi sedap kan...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Semalam dengar dia nyanyi live kat hlive lagu tu rasa macam lagu zaman2 tok nenek sangat
Memang idokla merasa nak diputarkan radio2 mainstream jawabnya dah ghupe tu lagunya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2016 01:34 PM | Show all posts
Panjang plak article... suara dia biasa2 je...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 01:37 PM | Show all posts
xsedap
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 01:41 PM | Show all posts
biasa2 jah suara cik piah ni.. jadi DJ je laaaa...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Asal i dgr mcm sengau je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

31-1-2023 06:15 AM GMT+8 , Processed in 0.123030 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list