Personaliti sensasi, Azwan Ali nampaknya memperlekehkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang tokoh yang sudah tua dan tidak mampu melawan lagi kerana sudah terlalu lemah.
Beliau mengambil contoh yang diberikan oleh Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa bahawa Dr Mahathir merupakan seorang pemimpin yang sudah tua tetapi masih mahu cuba menjatuhkan seorang Perdana Menteri.
Agaknya tindakannya memperlekehkan Dr Mahathir adalah kerana langkah bekas Perdana Menteri itu yang kerap membidas abang Azwan iaitu Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali ketika zaman Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dari kerajaan dulu.
Nampaknya followers diva itu di dalam laman sosial Instagram beliau juga bersetuju dengan pendapat Azwan bahawa Dr Mahathir sudah agak lanjut usianya untuk terlibat dalam krisis politik seperti ini.
“Dah reput, nak buat kayu api masak rendang pun dah tak boleh,” kata seorang daripada followers Azwan.

Malam tadi, Annuar tampil dalam rancangan Soal Jawab di TV3 memberi penjelasan berkenaan sebab mengapa Dr Mahathir mengetuai kerjasama dengan pembangkang dalam menandatangani Deklarasi Rakyat baru-baru ini.
Dalam rancangan itu, beliau berkata Dr Mahathir untuk mencapai objektif politiknya sanggup mempergunakan orang lain dengan alasan ‘matlamat menghalalkan cara’.
Secara realitinya, biarpun gerakan deklarasi melibatkan Dr Mahathir, pembangkang dan beberapa pemimpin BN yang lain kononnya nampak besar, tetapi ia semakin hambar dan Datuk Seri Najib Tun Razak masih kukuh menjadi Perdana Menteri.
Siapa tidak kenal dengan Azwan, jika sesuatu yang tidak disukainya secara terbuka dia akan mengkritik sampai ke tahap mengutuk dan mengejek orang yang tidak disukainya itu.
Deklarasi itu selain mahu Najib meletak jawatan, ia juga mendokong perjuangan untuk membebaskan Anwar dari Penjara Sungai Buloh yang sedang menjalani hukuman akibat kesalahan meliwat.