CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11220|Reply: 90

Ramai Artis Hadir Majlis Buku Najib, Termasuk Siti Nurhaliza

[Copy link]
Post time 1-3-2016 02:46 PM | Show all posts |Read mode
Ramai Artis Hadir Majlis Buku Najib, Termasuk Siti Nurhaliza

Kehadiran Datuk Siti Nurhaliza dan suami, Dato Seri Khalid Mohamad Jiwa di majlis pelancaran buku Najib semalam, mencuri tumpuan ramai.


SEMALAM, telah berlangsung majlis pelancaran buku Najib Razak Berjiwa Besar, Empat Dekad Menongkah Arus Kepimpinan dan Politik (1976 – kini) di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.

Dirasmikan Tun Abdullah Ahmad Badawi, majlis dihadiri pemimpin dari segenap akar umbi selain Perdana Menteri sendiri, Datuk Seri Najib Tun Razak.



Selain itu, kehadiran artis-artis terkenal memeriahkan lagi majlis ini. Antaranya Scha Alyahya yang turut bertindak selaku sebegai pengacara majlis, Awal Ashaari, Nazim Othman, Azhar Sulaiman, Fauziah Gous dan Wak Doyok.


Artis dari negara jiran, Hetty Koes Endang turut tampil membuat persembahan.



Bagaimanapun, kehadiran penyanyi nombor satu negara Dato Siti Nurhaliza bersama suami Dato Seri Khalid Mohd Jiwa paling mencuri tumpuan ramai.

Ini kerana Siti sebelum ini dilihat ramai lebih ‘condong’ ke arah Tun Mahathir yang diketahui ramai, kini menjadi penentang Perdana Menteri.


Justeru apabila Siti memilih untuk hadir ke majlis pelancaran buku Najib semalam sementara pada hari sama Tun M mengumumkan keluar dari pasti UMNO, ia bagai ‘meneutralkan’ kembali pegangan politik Siti yang mungkin disalah sangka banyak pihak selama ini.



Walaupun undi adalah rahsia, kehadiran Siti dan ramai artis tanah air semalam secara tak langsung membuktikan bahawa kebanyakan anak seni tempatan kuat menyokong pentadbiran negara pada hari ini.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2016 02:50 PM | Show all posts
buku sampah apa pulak najib ni buat?? - kalau kasi den, den buat bungkus belacan...
ps: si wak doyok tu pun sebuk nak menempek kat majlis2 gini...reti ke membaca tu? wakaka


Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2016 02:52 PM | Show all posts
bese arrr org nak buat bisnes ni..kene bermuka2...mana yang bleh menguntungkan harung la ke situ..
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2016 02:55 PM | Show all posts
iols tgk kt ig ctdk xde pn die update psl ni yg ada pn pic tudung die pakai tu hadiah dari nd katanya
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2016 02:56 PM | Show all posts
maxim replied at 1-3-2016 06:55 AM
iols tgk kt ig ctdk xde pn die update psl ni  yg ada pn pic tudung die pakai tu hadiah dari nd  ...

kau mcm tak paham2...dia kan peminat setia tun det....kuasa aku nak minat najis ni...
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2016 02:59 PM | Show all posts
MH37O replied at 1-3-2016 02:50 PM
buku sampah apa pulak najib ni buat?? - kalau kasi den, den buat bungkus belacan...
ps: si wak doyo ...

haha
kurang asam tui anda ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2016 03:01 PM | Show all posts
Mereka kena lah support... klu x... xlama lah...
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2016 03:05 PM | Show all posts
tokti kene la support,kang jd mcm soo winci pulak..konsert x jd penaja tarik diri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2016 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Relevant ke kat board gossip si bijan ni?!?!?
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2016 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Haruslah pergi laki bini ni.
Kalau takmo kena banned dari industri seni mmglah kena mengadap najib ni.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2016 03:21 PM | Show all posts
kena la datang.. nanti kang susah pulak.. tak tau ke yg ct ni peminat tegar tun.. yang ni agaknya terpaksa attend je uols.. muka pun mcm tak happy je tu.. hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2016 03:23 PM | Show all posts
MH37O replied at 1-3-2016 02:50 PM
buku sampah apa pulak najib ni buat?? - kalau kasi den, den buat bungkus belacan...
ps: si wak doyo ...

nsb baik gak ko bungkus belacan.. aku buang dalam tong sampah terus xde bungkus apa2 dah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2016 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
mokcikKSKB replied at 1-3-2016 03:17 PM
Relevant ke kat board gossip si bijan ni?!?!?

X reti membaca ke? Terang2 tajuk hilite pasal artis
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2016 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
SenahMontanah replied at 1-3-2016 03:26 PM
X reti membaca ke? Terang2 tajuk hilite pasal artis

So..ape yg gossip sgt?setakat dtg je pon..
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2016 03:30 PM | Show all posts
terpaksa bermuka muka kekdahnya..
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2016 03:35 PM | Show all posts
mcm majlis yg tak eklusip je sbb beberapa artis yg hadir...
selayaknyalah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2016 03:42 PM | Show all posts
bukan tok T anti Najib ke?
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2016 03:45 PM | Show all posts
ps: si wak doyok tu pun sebuk nak menempek kat majlis2 gini...reti ke membaca tu? wakaka


ini sangat menyentapkan
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2016 03:50 PM | Show all posts
semua sbb bisnes... kalo x.. aku xrasa ada org dtg.. hahah... ank2 najib n rosmah je yg dtg
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2016 04:19 PM | Show all posts
nak hidup..mesti la kena datang tunjuk muka....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

31-1-2023 06:02 AM GMT+8 , Processed in 0.126137 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list