CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
View: 89826|Reply: 545

Bila Shift Malam

  [Copy link]
Post time 27-12-2015 11:34 PM | Show all posts |Read mode
Edited by ellejo at 1-1-2016 02:40 AM

Selama ni aku kalo kene bebenda gini, aku diam je takpun share dgn makcik operator..sekarang tiba masanya baikla aku share pada darling strangers
Maaflah kalau penulisan tak sama dgn yang lain terutama cik es . Aku bukan orang sastera.Penggunaan ayat pun terbatas. Nama2 betul aku guna dalam cite ni. Koser nak pikir nama baru.

Aku seorang jurutera disebuah company yang dah berpuluh taun bertapak di Malaysia. Background manufacturing of course la running 24 jam kan sis? Dulu aku kerja siang namun setelah salah seorang shift engineer bercuti lama kerana sakit, ( menurut gossip operator tempatan: heshe kacau bini orang pastu terus jatuh sakit,mendapat cash la agaknya)

Jadinya management meminta aku bekerja waktu malam bagi menggalas tugas heshe jua. Kata boss,akulah yang paling sesuai sebab kerja aku tak perlu office hour pun.Tak kisah masuk bila asalkan cukup working hour berbanding jurutera lain. Jadi elokla kalau aku yang dipindah ke shift malam untuk cover heshe disamping buat kerja aku jua. Aku reluctant mulanya namun bila diberitahu aku akan dapat allowances shift malam yang banyak, aku pun senang hati say yes bos baik tuan

Beban kerja aku pun bertambah. Dulu ada 8 orang je manusia yang report bawah aku, skarang dah jadi 17 orang. Kisah2 ni adalah kisah apabila shift malam dari aku dan yang telahaku korek dari theyols.

Dialog kalo cite aku yang kene adalah betul.
Dialog cite technician, aku olah mengikut apa yang diceritakan, mungkin tak sama 100% dialognya..mungkin panjang sikit bebelannya tapi aku pendekkan,  gile ko nak ingat satu2 depa punya bait2 kata.
Berikut adalah siri2nya. Nah... tunggu jela aku tepek ye. Biasanya aku tepek malam sebab aku keje malam

Siri 1: The Ghost Room (post #2)
Siri 2: First Floor (post #76)
Siri 3 : Extra worker. Who the F* are u? (post #118)
Siri 4:  Resting Area. Dare to rest? (post #199)
Siri 5 : Parking Lot and the darkness beyond.(post #203)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-12-2015 11:39 PM | Show all posts
Edited by ellejo at 28-12-2015 12:53 AM

Kita mulakan dengan siri pertama edisi bila shift malam. Kiranya macam season one la. Satu siri ada beberapa cerita. Ngerti lo?

Siri 1 : The Ghost Room

Ada satu bilik di plant ni dinamakan ghost room. Dari aku mula2 masuk sampai sekarang memang nama dia ghost room. Aku pun tak tau kenapa dinamakan begitu. Bilik ni untuk tempatkan mesin2 yang baru, yang rosak dan yang tiada tempat untuk diletakkan. Terletak di kawasan hujung sekali di tingkat paling kurang orang baik waktu siang mahupun malam. Aku seorang je manusia yang ada access ke dalam bilik ni sebab job aku adalah untuk jaga machine. Bila siang, tak gelap pun bilik ni. Aku tak adala takut nak masuk.

Technician selalu kata aku berani gila sebab masuk bilik tu sensorang. Ku senyumkan aje dan kata deyols chicken gara2 masuk pun nak berteman dua tiga orang terutama malam (kalau aku takda atau busy, aku suruh diorang masuk). Setelah tukar shift malam, aku pun teruskanla rutin biasa masuk bilik ni. Haaa…..ni la dimana aku tau kenapa tech taknak masuk bilik ni sensorang.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2015 11:41 PM | Show all posts
Dah kenapa aku rasa macam baca cerita kat CI?
heshe theol bagai
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2015 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
menarik ... teruskan tt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2015 11:46 PM | Show all posts
Lelaki Itu


Satu malam…jam 9.45p.m. Aku kene masuk ghost room untuk check machine baru untuk dipindahkan ke production floor. Jadual kemasukan adalah esok hari. Jadinya memang urgent. Aku buat silap tak baca schedule movement tersebut sebelum ni. Aiyakkkk

Aku pun bukak la kunci pintu tu.  Aku try bukak pintu….tarik2 pemegang pintu. Rasa macam ada orang tarik tapi dari dalam,, tak kasi bukak. Aku tak pikir apa2 pun…aku pun cakapla..”aikk sapa pulak kat dalam? Cilaka betul”

Bamm!!! Bergegar pintu tu seolah ditumbuk dari dalam. Aku terkejut gila. Habis berterabur kertas yang aku pegang. Aku urut dada, astaghfirullah bebanyak kali. Aku kutip balik kertas2 tu dan bukak pintu. Ehh boleh pulak bukak.

Bukak lampu dan aku pun buat kerja aku. Check everything kat machine tu dari power cable sampaila sekecik2 part seperti sensor. Nak check benda2 kecik kenela tunduk sikit. Masa aku menunduk, punggung aku kene raba. Aku pakai skirt yang lembut jenis chiffon berlapis-lapis tu. Aku rasa mcm tajam-tajam jarinya. Aku pun cepat2 berdiri tegak sebab nak maki sexual harassment di tempat keje. “ Hoi, aku report kat boss mati kau kene terminate”, kataku dalam nada hangin. Lantas aku dengar bunyi orang ketawa mengekek2 yang bunyinya macam sayup2 dari belakang salah satu machine yang rosak. (machine2 diparking mengikut keadaan, baru paling hadapan, used but in good condition tengah2 dan rosak paling hujung belakang)

Aku terdiam, rasa nak lari je namun aku terpikir kalo boss tau aku release machine ni tanpa habis check, mampos aku menjawab nanti kalo ada problem.

Aku pun pasang earphone,sumbat telinga dengan lagu dan teruskan kerja sampai habis. Lega sangat..dekat machine tu ada cover yang reflection ala2 mirror. Terkejut gila aku masa aku tenung cover tu. Belakang aku ada lelaki tapi tak ada muka dan kedua2 tangannya pegang bahu aku . Aku pusing belakang tapi tak ada sesiapa. Aku cepat2 keluar dan aku dengar ada suara tanya aku nak pergi mana? Takut punya pasal sampai aku sejuk menggigil.Terus pergi kantin minum kopi panas. Masa minum2 tu, aku checkla bahu aku…bahu aku jadi macam kebiruan tapi tak lebam. Esoknya bekas biru tu hilang. Baru ingat nak amik MC.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2015 11:52 PM | Show all posts
Bunyi dari dalam

Malam rabu, aku kerja macam biasa. Shift malam santai sikit boleh lepak2 cikcur membuta di surau berbanding siang. Siang kan ada segala mak nenek top management

Memandangkan aku pekerja yang ohsem, aku lepak dalam setengah jam jela. Sedang melayan perasaan merenung siling surau, zzzz zzzz zzzzz vibrate phone aku.
Dapat whatsapp dari salah seorang shift engineer. Dia report dalam group whatsapp.
Nama dia Ikmal. Aku tak suka dia. Kerja orang pandai dia pertikaikan, kerja sendiri macam haram. Dia report yang aku on machine di ghost room tapi takde orang yang jaga, bilik berkunci. Kenapa Eli sangat cuai? Amboiii kemain.

Aku tak puas hati. Sejak bila aku masuk ghost room harini? Aku belum plan lagi nak masuk untuk harini pun. Ohhh carik gadoh ye……aku pun berkata. Tak ada siapa masuk harini. Ikmal may misheard or something. Boss aku pun reply, Eli, pls go and check.

Aku pun pergila check. Dengan kejadian sebelum ni, aku masih takut2 lagi sebenarnya tapi takpelah.Dah kerja aku. Sesampainya aku disana…takde apa pun. Satu bunyik pun takde. Kuajaq hang ikmal. Nanti hang aku taboh cukup-cukup.
Pintu masih berkunci. Hmmm nak kene maki si ikmal ni. Takpe2.

Selangkah aku pergi menjauhi ghost room, aku dengar bunyik compressor yang bising gila tu. Aikkk…sejak bila ghost room ni jadi bengkel kereta????

Serius bunyi dalam bilik tu seolah2 sedang running production.Punyala bising. Aku ni penakut orangnya. Aku tidor pun bukak lampu. Tapi entah dari mana kekuatan yang aku dapat,  aku ketuk pintu bilik tu kuat-kuat satu kali tapi dengan tapak tangan. Terus senyap sunyi. Demmm…mencicit lari aku. Kalo review footage cctv, mesti mengekek2 orang security ketawa tengok gelagat aku lari.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2015 11:54 PM | Show all posts

memang ghost room la tu..
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2015 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
haha ... kelakau
still waiting TT ... next
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-12-2015 12:16 AM | Show all posts
Mat salleh kene kacau.

Company aku ramai juga expat. Muda2 semuanya. Yang best, ofkoz la lelaki . Diorang ni jenis yang nak hands on. Ambik barang pun nak sendiri, takkan suruh technician.  Semua nak buat sendiri. Kagum juga aku. Yang aku tak berapa berkenan, dorang ni jenis kalo dengar je  ada cite2 hantu, kata kita asian ni kolot la,backwardla.Yelah, dorang tak penah kene lagi.

Mat salleh ni namanya Ramsey. Besar dan tinggi. Aku yang 175cm ni had cuping telinga dia je. Dia personally datang jumpa aku nak tengok satu part kat machine yang rosak. Kalau boleh pakai lagi, dia nak ambik. Aku masa tu sangatlah busy working on some things untuk dihantar rework.  Aku kata dengan dia, can u come back in an hour? I’ve things to do rite now. Very urgent. After that I’ll escort u to the room
Dia kata takmaula. Lambat sangat. Dia pergi sendiri la. Kasi kunci kat dia je.
Aku cakapla u better go there with someone. Not that I am a superstitious person. I advise u not to go alone.
Is this about those stupid stories about the ghost room?I am a big man, how can I be scared of something that don’t exist? Y’all just pulling my leg. Hahahaha (amboi berlagak kan heshe?)

Aku pun apa lagi. Dah ko nak sangat. So lepas dia finish all the standard procedure iaitu hantar email mintak approval masuk bilik  dan tengok barang kepada aku, aku luluskan dan kasi kunci. Aku pesan kat dia, apa-apa jadi, pastikan kunci pintu kalo dah habis/ keluar. After that hantar kunci kat aku dulu baru ko boleh balik ke unit ko.


Tak sampai setengah jam dia pergi, dia datang balik muka pucat lesi duduk terbarai kat cubicle aku. Aku dah agak so aku pun mulakan lah sesi korek mengorek cite “what on earth happened to u?”
“U not gonna believe what happened to me. My god! I thought u all bluffing!”,says he. (cewah-cewah perasan author buku omputeh pulek aku ni ye)
“Spill it, Rams. I have all the time in the world”, says me. (hehehe berborak ada masa pulak kan aku ni? )

Kata dia. Masa dia masuk ghost room. Ada orang tengah kerja dalam tu macam tengah repair2 machine. Muka tak nampak la. Pakai suit/ uniform operator. Suit tu sampai ke lutut dan hooded. Mcm sweater yang panjang ke lutut. Boleh imagine?
So memang susah nak nampak muka. Dia pun wah nasib baik ada orang. Dia tegur orang tu, hey mate. Orang tu buat tak tau je.
Ramsey berjalan la kearah machine yang dia nak. Melepasi orang ni. Sekali gugusan kunci yang dia pegang terjatuh.
Masa dia nak ambik kunci dekat lantai,Ramsey ni teringat, pintu tadi berkunci. Dia yang bukak, malah lampu pun dia yang on. Habis tu macam mana orang ni masuk? Orang ni terkunci dari siang ke? Dia dah rasa lain macam je.
Ramsey bangun, dia patah balik nak keluar. Orang tu mengeluh panjang mukanya tunduk ke bawah. Ramsey rasa yang orang tu dah tahu, dia cepat2 keluar tak pandang pun orang tu. Baunya yang Ramsey describe macam bau sampah makanan yang dah berulat2 tu.
Berlari naik tangga sampailah ke opis aku.

Sekarang dia dah percaya la apa yang pekerja2 ni cerita segala yang berlaku. Tak berani dah dia cakap besar.

Aku tanya dia,did u lock the door back?
He said no.
Dammnnn u Ramsey, now I have to go down to lock it u bullhead!

Tapi nasib baiklah dia temankan aku pegi kunci balik bilik tu. Sepanjang kitorang bersama, dia kat belakang aku. Katanya untuk jaga aku. Nak protect aku. Celah mana nya nak protect kalo aku yang kat depan? Haishh. Macam2 perangai.



Mengikut orang2 lama kat sini, ghost room tu dulu bilik kosong. Dari tahun 80an memang kosong. Pernah jadi surau lelaki tapi ada masalah air. Ditutup balik. Bila tahun 2003, dipecah-pecahkan department engineering kepada unit yang lebih kecil macam maintenance, assembly, production, design etc untuk pentadbiran yang lebih efisien. All out renovation, relocation and full space utilization, bilik kosong ni jadi tempat letak machine sampai la sekarang. Ada juga cadangan nak jadikan office finance. Kalo jadi office finance, kan best.

Ni desas desus la, few years ago ada budak perempuan dari Indonesia. Family dia equipped dia dengan ilmu pebenda ntah untuk jaga dia. Dia kerja tingkat 3. Tingkat 3 ramai orang. Sebab benda tu mengacau orang2 dan rakan sekerja dia, budak perempuan ni  hantar benda alah ni ke floor yang ada ghost room ni dengan alasan sini tak ada orang sangat. Sunyi je.

Kalau nampak kelibat hitam lalu lalang sekitar tingkat ni, budak perempuan tu punyalah. Budak tu pun dah balik Indonesia.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2015 12:19 AM | Show all posts
Clover_Hill replied at 27-12-2015 11:41 PM
Dah kenapa aku rasa macam baca cerita kat CI?
heshe theol bagai

24 jam berkuntum kat CI. terbawak plak ke sini

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2015 12:24 AM | Show all posts
Ipo replied at 27-12-2015 11:54 PM
memang ghost room la tu..

Ingatkan saja kasi nama ghost room sebab nama bilik tu tak ditetapkan lagi.
Rupanya memang ada ghost
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2015 12:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Best...citer lagi ya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2015 12:44 AM | Show all posts
Laluan Puaka

Pengadu: Muzammil

Ni cite my staff muzammil. Dia ni comel. Sangat adorable. Macam beruang. Gebu,fluffy sangat . Rasa nak simpan dalam beg, bawak balik lalu pelihara dia.


Kerja dia simple je aku bagi malam cuti Selangor menang aritu. Tak masuk ghost room pun. Pegi stor electronic board (EB), amik satu board yang dah rosak untuk damage analysis. Tapi nak pergi stor tu kene lalu ghost room. Wajib lalu. Tu je laluan ke stor EB. Malang bagi mereka, laluan tu sebelah bilik puaka.


Muzammil berjalan riang ria sambil henpon ditangan. Dia ni addicted to fb sikit. Sikit2 update status. Kalo hilang henpon, memang meraung.
Henpon dia punya casing yang rubber tu. Dia berjalan melalui ghost room ke stor. Jauhla juga. Masa lalu tu, dia seretkan hujung henpon dia ke dinding sepanjang2 perjalanan.  Apa nak kisah, takkan calarnya henpon tu.

Siap2 masuk stor dan amik board. Dia pun baliklah. Masih tetap kene lalu laluan yang sama. Hallway yang sama. The moment kaki dia jejak hallway tu, dia dengar bunyik benda tajam diseret ke dinding. Dia tengok kiri kanan. Ada dia saja. Ha hambik kau.
Sepanjang dia lalu, bunyik tu mengikut dia. Dia cepatkan langkah, bunyik tu pun jadi mcm diseret dengan laju. Dia sangat yakin bunyi tu datang dari dalam ghost room.

Menangis juga la mamat tu.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2015 12:55 AM | Show all posts
Eiii... seram. Tapi best!
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2015 01:09 AM From the mobile phone | Show all posts
mak aih..
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2015 01:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Double seram...baca cerita ko sambil layan supernatural ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-12-2015 01:24 AM | Show all posts
Merangkak masuk

Pengadu : Hayat & Krishnan

Yang ni terjadi nak dekat habis shift. Around 5:30 pagi. Biasanya bila dah nak menjelang subuh ramai yang tiba2 berani.  Aku pun tak terkecuali Asal nak subuh je mulalah confident pegi toilet la pegi locker la naik lif la sensorang tak berteman.

Dua makhluk Hayat & Krishnan ni dah 30an. Dorang ni staff bawah si shift engineer yang aku kene cover tu. Aku masih memahamkan lagi apa job scope dorang. Sementara itu, aku gunakan la dorang sehabis baik

Mereka aku tugaskan untuk masuk ghost room, kira jumlah machine dan blah. Ni weekly procedure. Sebab kadang2 kalo machine baru sampai atau yang rosak masuk, crowded takde tempat nak parking. Tu yang kadang2 sampai tepi2 hallway pun ada machine. Senang citela kan, imagine macam situasi hospital gomen pesakit tunggu katil la. Kene monitor jumlah. Sebabkan banyak jumlahnya, aku suruh ajak lagi dua tiga orang. Tapi dorang kata tak payah. Boleh buat berdua.

Ni dua orang pandai. Amik time nak habis shift. Kira berdua mesti ambik masa yang lama kan? So lepas kira, update quantity dalam sistem, terus punch balik. Subuh nak dekat azan pun tak terkecuali la der. Macam biasa,bukak kunci, masuk dan on lampu.

Sapppppp...depan mata. Merangkak satu entiti nenek tua lalu masuk celah2 mesin rosak yang parking belakang sekali.

Dua-dua menggelupur lari.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2015 01:29 AM | Show all posts
Sesapa yang ada experience shift malam boleh jua kongsi2.


Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2015 01:46 AM From the mobile phone | Show all posts
scary gilaaa
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2015 01:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Kerja malam...update citer hantu pun malam..terer ko
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

5-10-2022 03:12 AM GMT+8 , Processed in 0.093774 second(s), 23 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list