CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 7506|Reply: 6

Progress Renovasi RUMAH KONTENA

[Copy link]
Post time 25-12-2015 09:33 PM | Show all posts |Read mode
Edited by azreeceli at 25-12-2015 09:34 PM

Assalamualaikum semua,

Saje nak try post bebenang di Cari, sebab selalu post di forum sebelah (LYN).

Nak update sikit progress renovasi rumah kontena saya untuk perkongsian semua....


Masih ingat rumah ni?  http://i.imgur.com/nH0fWr1.jpg



sekarang dah camni, huhu



So basically, saya tambah lagi 3 biji kontena, dan robohkan tingkat atas pada kontena sebelum ini.

Idea saya kali ini ialah

Bagaimana 2 remaja boleh memiliki sebuah rumah Semi C tiga tingkat beserta rooftop garden dan SOHO office in between for just spending RM90K seorang dalam tempoh 10 tahun yang sedia menempatkan keluarga kecil seramai 5 org (2 + 3)

Sebelum ini, saya telah belanjakan RM75K untuk pembelian tanah dan kontena terawal.
Kini, saya jual sebahagian tanah saya kepada seorang rakan untuk merealisasikan idea ini.

Saya melabur sebanyak RM15K lagi untuk belian kontena, dan rakan membuat pinjam 90K selama 10 tahun
di mana, beliau membeli sebahagian tanah saya dengan harga RM25K. Saya beli RM35K tahun lepas.

RM15K pula ialah pelaburan upah kontraktor, dan 50K lagi dibelanjakan untuk rumah kontena rakan saya dan semua ubah suai tambahan,
termasuklah 3 tandas, pagar batu keliling rumah dan lain-lain kemasan rekaan dalaman.

Projek ini sedang rancak berjalan, dan boleh dikatakan dalam 75% siap.

Tujuan menulis / membuka bebenang ini ialah untuk memberikan perkongsian dan mengambil input daripada tuan/puan semua samada:

1. Adakah tuan/puan merasakan berbaloi sekiranya ramai lagi berpakat membeli 1 lot tanah dan membina rumah semi C menggunakan kontena?
2. Adakah rumah kontena boleh menjadi pilihan rakyat Malaysia? Meski menjelang 2020 dalam 4 tahun lagi?
3. Bagaimanakan masyarakat boleh memainkan peranan memastikan pemaju terus ditekan agar menurunkan harga rumah konvensional?
4. Adakah pinjaman rumah secara normal (30++ tahun satu pilihan)? Atau lebih baik selama 10 tahun? Bulanan kami RM965.
5. Jika anda punyai anak sekarang, adakah anda akan menjadikan idea ini sebagai aspirasi?

Sekian, saya akan cuba memberikan respon bagi setiap respon tuan/puan.

Gambar lain di sini: http://imgur.com/a/ZA1Rd dan sini https://www.facebook.com/rumahkontenamalaysia/posts/1006387459426231



Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2015 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
1) x kira la rumah apa uolss nk buat, asalkan tu tanah sndiri
2) mungkin boleh jd rumah rakyat klu ikut spesifikasi yg diperlukan, selesa, dan murah serta x mudah hancur
3) iolss xtau, mungkin bila rumah yg pemaju buat x laku, mungkin diorg akan turunkan hrga tp mcm x logik lak, rumah & tanah tu makin lama makin naik rege dia
4) klu iolss mampu byr untuk 10taun, go on je, klu x yakin, ambil 30 taun.yg penting kemampuan ekonomi kita & kecerdikan kita urus kewangan dlm keadaan ekonomi yg dinajibutakan  
5) asal selamat, asal mampu, iolss x kisah pun rumah kontena, jnji x menyewa da
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2020 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
slm tt..nk tgk pic rumah yg dh siap blh? Opis dgb rooftop idea tu mcm menarik..sila sharing2 ya..thanks
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2020 11:57 AM | Show all posts
Wih mantap projek baru lagi nih, saya nyimak aja, jangan lupa pake perlengkapan alat safety ya om
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2020 11:15 AM | Show all posts
tengah pikir idea rumah kontena untuk tanah abah kat kampung.
rumah tu guna untuk cuti2x or hujung minggu je.

sila update ye nanti
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2021 12:48 AM From the mobile phone | Show all posts
izzah_mia replied at 17-7-2020 11:15 AM
tengah pikir idea rumah kontena untuk tanah abah kat kampung.
rumah tu guna untuk cuti2x or hujung  ...

dah buat ke
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2021 01:25 PM | Show all posts

belum lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

29-6-2022 05:40 AM GMT+8 , Processed in 0.079568 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list