CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6659|Reply: 2

Modenas CT115S

[Copy link]
Post time 15-9-2015 11:12 AM | Show all posts |Read mode
Modenas CT115S 2015 Di Lancarkan Secara Rasmi - Syarikat Motorsikal Dan Enjin Nasional iaitu Modenas sebuah syarikat pengeluar motorsikal tempatan secara rasmi telah melancarkan model baru yang di pertingkatkan iaitu Modenas CT115S dengan lebih bergaya dan terkini.
Boleh di katakan sebagai model serba baru juga dari Modenas, jika melihat dari aspek model CT115 sebelum ini, CT115S 2015 di lihat lebih ramping, tirus dengan sudut dimensi menarik yang lebih aerodinamik. Di samping ciri rekaan bergaya di terapkan sesuai dengan citarasa terkini Gen-Y.



Menyentuh mengenai spesifikasi, Modenas telah mengeluarkan gambar rasmi dan spesifikasi terkini. CT115S 2015 di kuasakan enjin 4 lejang SOHC silinder tunggal yang mampu menghasilkan kuasa maksimum 6.6kW@9500rpm dan kuasa tork maksimum 8.1 N.m@5000rpm. Kuasa yang mencukupi untuk sebuah moped bersesaran 115cc.



Modenas masih belum mengumumkan harga asas rasmi bagi model Modenas CT115S ini, mungkin dalam masa terdekat atau bila-bila masa sahaja. Modenas Ct115S di datangkan dengan warna merah dan biru di samping model khas CT115S Givi.



Nampaknya Modenas sudah mula agresif kembali rebadge model-model mereka dnegan lebih hebat. Ramai rakyat Malaysia yang mahu melihat pengeluar nasional ini mampu bersaing dengan pengeluar yang sudah established seperti Yamaha dan Honda amnya.



Adakah akan ada kejutan terbaru dari Modenas selepas ini? Kita nantikan bersama, setelah Modenas Dinamik 120  dan Modenas TTR200 mendapat perhatian. Kini Modenas CT115S 2015 mula mengambil bahagian dalam perlumbaan ini. Sumber
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-9-2015 11:16 AM | Show all posts








Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2015 11:45 AM | Show all posts
CT100 yg aku buat moto belasahan kt rumah tu pun dah sedap...ni kan pula CT115....kompom lg sedap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

9-12-2022 04:41 AM GMT+8 , Processed in 0.080546 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list