CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3163|Reply: 7

Datuk Rafiena sah bercerai secara taklik

[Copy link]
Post time 6-8-2015 10:47 AM | Show all posts |Read mode


SEORANG penerbit dan pelakon, Datuk Rafiena Ezanee Ramli sah bercerai talak satu secara taklik dengan suaminya, Mazlan Abd Hamid di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam hari ini.

Hakim, Muhamad Hisham Zakaria, membuat keputusan itu mengikut Seksyen 57  Enakmen Undang- Undang Keluarga Islam Selangor 2003 selepas berpuas hati dengan pengakuan pelanggaran lafaz taklik oleh Mazlan dan permohonan plaintif, Rafiena,

Terdahulu, peguam syarie, Musa Awang yang mewakili Rafiena, memaklumkan anak guamnya memohon agar prosiding berjalan secara tertutup.

Muhamad Hisham bagaimana pun, menolak permohonan itu dan membenarkan media berada di galeri awam.

“Apa alasan yang membolehkan saya halau mereka?

“Kes Anwar Ibrahim yang berprofile tinggi itu pun berjalan secara terbuka, jadi saya benarkan mereka (wartawan) berada di belakang,” katanya.

Rafiena kemudiannya bangun menuju ke galeri awam dan meminta wartawan meninggalkan prosiding tersebut, namun pihak media tidak berganjak selepas dibenarkan oleh hakim.

Pada prosiding itu, defendan, Mazlan memaklumkan ingin menukarkan pengakuan yang dibuat sebelum ini.

“Saya mengaku bercerita dan mengaibkan mengenai isteri di hadapan keluarga,” katanya.

Menurutnya, lafaz taklik dibuat pada 3 Julai 2013.

“Namun saya lupa tarikh pelanggaran taklik. Ia dilakukan selepas tarikh lafaz taklik dibuat itu,” katanya.

Rafiena, 33, berkahwin dengan Mazlan, 53, pada 10 Januari 2011 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Pelakon drama perempuan dalam pasungan memfailkan penceraian itu sekitar Julai lalu di sini.




PS - datukship dari state mana dia dpt ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2015 10:59 AM | Show all posts
berapa kali nak post daaaaaa...bosan
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2015 11:06 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2015 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah brape kali daaa
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2015 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Berapa bnyk rumah laaa
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2015 10:26 PM | Show all posts
kiki
kasi merge sekali lagi
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2015 10:28 PM | Show all posts
kacam..
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2015 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa dia ni? N apesal beria sgt buka byk thread pasal dia? Relevan ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

29-11-2022 06:03 AM GMT+8 , Processed in 0.093002 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list