CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2756|Reply: 1

RAWATAN DIABETES ATAU KENCING MANIS DENGAN ASTAXANTHIN

[Copy link]
Post time 21-4-2015 01:22 AM | Show all posts |Read mode
Pengambilan makanan tambahan (supplement) yang mengandungi kandungan astaxanthin boleh mencegah atau mengurangkan komplikasi yang berkaitan dengan diabetes atau kencing manis. Ini terbukti melalui kajian dan ujian terbaru ke atas tikus.
Kajian ke atas haiwan yang diterbitkan oleh Jurnal Of Food Science melaporkan bahawa dengan pengambilan harian astaxanthin dengan ketaranya menunjukkan pengurangan tekanan kesan2 radang dan oksidatif ke atas tikus tikus yang bermasalah diabetes.

Para penyelidik yang diketuai oleh Mei Chin Yin dari Universiti Perubatan China-Taiwan telah mendapati dengan pengambilan astaxanthin telah meningkatkan tahap plasma dalam darah dengan ketara dan mengurangkan tekanan oksidatif dan keradangan tahap plasma termasuk juga pengurangan pengeluaran species oksigen reaktif, pengurangan tahap plasma C protein reaktif serta merendahkan molekul anti radang seperti interleukin-6 (IL6) dan nekrosis tumor factor-alpha (TNF - alfa).

Mengikut kumpulan pakar berkenaan, pengambilan Astaxanthin pada kadar 0.05% dengan ketara mengekalkan GSH dan mengurangkan pembentukan radang cytokines, MDA dan spesis oksigen reaktif dalam aliran buah pinggang.

Penemuan ini membuktikan bahawa pengambilan makanan tambahan atau supplement yang mengandungi atau kaya dengan agen astaxanthin berpotensi besar dalam membantu mencegah atau mengurangkan komplikasi akibat diabetes (kencing manis). Mereka mengesahkan ini dan menambah bahawa hasil kajian tersebut akan meningkatkan lagi kefahaman ramai tentang perkembangan penyakit diabetes.

Astaxanthin adalah non-provitamin A karotenoid. Sebatian ini mempunyai pigmen merah jambu dan secara semula jadi banyak terdapat dalam organisma marin seperti algae, krustasia dan ikan.

Kajian sebelum ini mencadangkan bahawa pengambilan supplement astaxanthin pada kadar 0.02% daripada diet boleh meningkatkan kawalan glisemik dalam tikus. Manakala kajian lain telah mencadangkan pengambilan astaxanthin boleh membantu untuk "lap-up" spesis oksigen reaktif yang merosakkan dan memberi perlindungan anti oksida kepada haiwan haiwan bermasalah diabetes.

Berbanding dengan kumpulan kajian kawalan diabetik, penyelidik mendedahkan bahawa pengambilan astaxanthin secara ketara menurunkan berat hati dan buah pinggang terhadap tikus kencing manis.

Yin dan kumpulan pakarnya turut mendedahkan pengambilan astaxanthin meningkatkan deposit dalam plasma darah, menurunkan pembentukan lipid dalam aliran darah, memperbaiki hepatik dan fungsi buah pinggang, mengurangkan oksidatid buah pinggang serta tekanan radang terhadap tikus tikus bermasalah kencing manis itu.

Hasil kajian ini menyokong bahawa astaxanthin dapat mencegah dan merawat masalah diabetis berkaitan dengan coagulatory, tekanan oksidatif dan keradangan.

Bagi rakyat Malaysia yang perlukan pemakanan atau supplement yang kaya dengan astaxanthin bolehlah mendapatkan
Stayoung / Astagen yang merupakan produk formula terkini di pasaran edaran syarikat Unico Network Sdn Bhd.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2016 09:20 PM | Show all posts
Sekadar sharing untuk sesiapa yang memerlukan.....
Anda pernah dengar GANONI?
Kalau ada diabetes (kencing manis) dan berbagai penyakit kronik lain.. anda MESTI tengok semua TESTIMONIAL GANONI ini !



Banyak lagi Real Testimonial GANONI di SINItermasuk video!
Ganoni baru saja dalam pasaran lebih kurang 3 bulan tapi Memang Miracle !!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

31-1-2023 06:24 AM GMT+8 , Processed in 0.090343 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list