CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
View: 3346|Reply: 0

Beberapa Gambaran Idea Untuk Peranti Sony Xperia Akan Datang Tertiris

  [Copy link]
Post time 20-4-2015 09:57 AM | Show all posts |Read mode
Pada tahun lepas, Sony Pictures telah menjadi salah satu mangsa godaman, membuatkan pelbagai info tertiris ke arena web. Terkini, Wikileaks turut menerbitkan sejumlah dokumen daripada godaman tersebut, yang mana turut memperlihatkan beberapa gambaran idea dan perancangan Sony untuk masa akan datang.
Melalui dokumen yang diterbitkan oleh Wikileaks, ia memperlihatkan beberapa rekaan konsep yang sedang dibangunkan oleh para pereka Sony. Secara kasarnya, ia memperlihatkan pihak Sony sedang melihat kepada rekaan baru untuk peranti, dan turut ingin memberikan nafas baru pada antaramuka mereka.

Konsep Sony Xperia : Y
Konsep untuk peranti Sony Xperia yang ini dilihat membawakan rekaan butang kuasa baru, tetapi masih pada bahagian tepi dan ruangan pengecasan bahagian bawah yang terbuka. Sony juga dilihat memfokuskan rekaan berasaskan logam, dan nama konsep ini dinamakan Y berkemungkinan kerana titik pertemuaan antara bucu bingkai yang membawakan bentuk huruf Y.
Konsep Sony Xperia : Glass
Rekaan konsep untuk “Glass” ini pula dilihat memfokuskan kepada rekaan kaca sepenuhnya untuk peranti, dan membawakan bahagian tepi dengan kaca 2.5D – dimana ia sedikit melengkung untuk memudahkan pengguna memegangnya. Seperti pada “Y”, ia juga turut membawakan rekaan butang kuasa yang baru dan berbeza dengan penggunaan Xperia sedia ada.
Konsep Sony Xperia :Tube
Rekaan konsep untuk “Tube” pula memfokuskan kepada bahagian tepi yang melengkung untuk memudahkan ia dipegang pada tangan, dan mengekalkan rekaan mikro-USB pada bahagian bawah, serta butang kuasa baru pada bahagian tepi.

Secara kasar, ia dilihat Sony sedang memfokuskan kepada rekaan butang kuasa baru dengan peranti akan datang mereka, serta ingin bereksperimen dengan beberapa bahan binaan lain untuk peranti Xperia.
Buat masa ini, ia masih tidak diketahui lagi bilakah Xperia Z4 akan dilancarkan atau diumumkan oleh Sony. Mereka masih senyap buat masa ini, dan mungkin ingin hadir dengan suatu kejutan melalui telefon pintar baru mereka kelak.


SUMBER RUJUKAN: XPERIABLOG

kredit:www.amanz.my


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

7-10-2022 11:40 PM GMT+8 , Processed in 0.097720 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list