CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
Author: NBM

Hotel-Hotel & Homestay Berhantu

  [Copy link]
Post time 14-4-2014 05:30 PM | Show all posts
selalu singgah baca je kat sini...
tapi hari ni terasa nk share sbb dpt pengalaman masa menginap di hotel kat bandung
sebenarnya saya baru 3 hari balik dari bandung

ceritanya bermula begini...
sesampai je kat hotel hati dah rasa lain, tp abaikan je perasaan tersebut sbb kami ramai masa tu. rombongan saya bawak seramai 8 orang (6 perempuan 2 lelaki). hotel tu serius lengang dan sunyi. mungkin sebab hotel baru kot. selepas dapat kunci saya agihkan kunci sebilik 2 orang, jadi bilik pertama kawan lelaki yg stay, bilik ke2 saya bersama bff saya, bilik ke3 kakak saya bersama kawannya, dan bilik terakhir sepupu bff saya dan kawannya.

bila buka je pintu hotel dan melangkah masuk, my bff yg saya kenal seorang yg berani terus kata "wey, kita rapatkan katil la nak tdo satg". saya pun kata ok la cuma berasa hairan sebab selalunya saya yg akan berkata begitu. masa rapatkan katil, saya nmpk seperti gumpalan rambut, tp saya tak ambil peduli sebab pikir, mungkin housekeeping kat sini tak cuci betul2. my bff masuk toilet dan mengambil air sembahyang dan lepas itu saya masuk ke dalma toilet. lepas solat masing2 diam dan kami keluar untuk menyopping. balik dari menyopping di sekitar bandung, my bff pun masuk ke dalm toilet untuk mandi, dan saya mengambil keputusan utk mengemas barang. selepas dia keluar toilet, saya pula masuk dan mandi. selesai mandi, saya tgk my bff tak solat lagi (heran sbb dia selalunya akan solat ketika saya mandi). lepas dia solat kami pun tido.

keesokan harinya sebelum mandi saya suruh my bff buat wake-up call utk semua bilik, so lepas saya mandi dia kata dah buat semua. kira ok la. waktu subuh pun seperti semalam, dia akan solat bila saya dah keluar toilet. kami semua keluar dari hotel lebih kurang jam 6 pagi waktu sana dan pulang lebih kurang jam 11.30 malam. masa menyopping di cihempelas walk, pak supir menceritakan serba sedikit berkaitan bandung kepada saya, my bff, sepupu my bff dan kwn (sementara tunggu yang lain habis menyopping). pak supir beritahu yg hotel tu dulu adalah bekas belanda dan macam2 lagi. mula la saya tak tentu arah sbb teringatkan kejadian yang saya tak ceritakan pada my bff. ketika dalam toilet sedang mandi, saya byk kali dengar my bff memanggil dan berbual. bila keluar toilet, saya tanyakan padanya dia kata dia tak cakap apa2. bila pak supir ceritakan hal tersebut pada kami, saya dan my bff saling berpandangan.

malam itu kami berdua mandi tanpa menutup pintu sebab terlampau takut. sebelum masuk ke dalam toilet, kelihatan 2 lebam di paha dan kaki saya itu pun disedari oleh my bff. paginya pukul 5.00 pagi saya membuat wake up call sebab kami nak berangkat pulang dan mesti berada di airport sebelum jam 6.30 pagi. saya call bilik pertama ada org angkat tetapi suaranya tak seperti kwn saya maka saya terus letak telephone. seterusnya saya call bilik ke3 dan ke4 masing2 menyatakan telah bangun. saya mengambil keputusan untuk call sekali lagi bilik pertama, suara lain yang kedengar dan saya berkata "is this room *#*" suara itu menyatakan "yes" apa lagi, terus letak phone dan mandi. pukul 6 semua berkumpul dihadapan bilik saya, dan saya melihat 2 kwn lelaki di bilik pertama tiada di situ, maka sepupu my bff ketuk pintu bilik dorg dan mereka baru bangun.

sementara menunggu mereka siap, kami menunggu di dalam van. kira2 40 minit menunggu mereka, sehingga saya mengambil keputusan menyuruh reception call bilik mereka supaya cepat. kira2 selepas 10 minit reception call, baru 2 kawan lelaki kelihatan. di airport baru mereka menceritakan mengapa mereka lambat. selepas mandi dan bersiap, mereka nak keluar hotel, sebelah slipper salah seorang kawan lelaki tersebut telah hilang. mereka memunggah keseluruhan bilik, habis diangkatnya cadar, tilam. akhirnya putus asa dan mengambil keputusan untuk tinggalkan saya slipper tersebut bimbang terlewat ke airport. secara tak sengaja, salah seorang kwn lelaki tersebut mengangkat bantal dan terdapat sebelah slipper yang hilang td. masing2 terus meninggalkan bilik.

saya terus menanyakan tentang wake-up call yg saya buat, kata mereka tiada sebarang deringan bunyi phone dalam bilik mereka. jika ada pasti mereka tak terlajak tdo kerana semasa di jakarta saya juga yg membuat wake-up call dan mereka siap tepat pada waktunya.

persoalannya :
1) siapa/apa yang mengangkat phone
2) siapa/apa yang menyembunyikan slipper
3) siapa/apa yang berbual ketika di dalam toilet.

Wallahualam...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2014 09:19 PM | Show all posts
kambingterluka posted on 13-4-2014 04:46 PM
uols, dekat langkawi ada hotel seram tak? nak pegi langkawi ni.

datai je ade hantu. sebab hotel, villa dia macam dalam taman negara.
pekerja situ cakap kalau cakap besar nanti nampak nenek kebayan melintas.

ape gile hotel tengah hutan, nak g restoran pun kena naik buggy dlm 10 minit. belum naik ke receptionist.
kul 6 pun gelap gelita.

GM Datai offer tidur villa dia yang baru siap. tapi kami surrender x mo. harga satu malam RM25000. kami pilih tidur kat four seasons.
datai tu hulu langkawi. nak g pun sejam

baru2 ni lepak fave hotel. dekat simpang ke chenang. katanya boleh tahan angker tapi rasa biasa je. tiada apa2 pun. dapat bilik tepi pool syok buka tingkap tgk orang putih mandi
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2014 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
grafreak posted on 14-4-2014 09:19 PM
datai je ade hantu. sebab hotel, villa dia macam dalam taman negara.
pekerja situ cakap kalau cak ...

Datai ni hotel yg paling hulu... Nk menyampai pun jenuh... Dgr citer kak pon suka main2 tepi pantai dia dh ramai yg nmpk
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2014 10:29 PM | Show all posts
grafreak posted on 14-4-2014 09:19 PM
datai je ade hantu. sebab hotel, villa dia macam dalam taman negara.
pekerja situ cakap kalau cak ...

mak datok. villa sampai rm25k. dok kat meritus pun cam seram gak memalam.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2014 11:25 PM | Show all posts
kambingterluka posted on 14-4-2014 10:29 PM
mak datok. villa sampai rm25k. dok kat meritus pun cam seram gak memalam.

paling murah Rm18000 semalam kalau tak silap. ade je bilik tp stil riban2.
villa paling mahal ras 45000 kot semalam.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2014 09:04 AM | Show all posts
timaseh Mod Medang....nah red velvet dgn kopi o kaw!
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2014 10:03 AM | Show all posts
grafreak posted on 14-4-2014 11:25 PM
paling murah Rm18000 semalam kalau tak silap. ade je bilik tp stil riban2.
villa paling mahal ras ...

tu rege hari biase ke, ato time LIMA jer?
giler mahal, ade ke yg nk stay situ
berhantu pulak tuh

Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2014 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
mamaezah posted on 14-4-2014 12:26 PM
Dalam mama leka dok baca cerita cerita kat sini, nah sekali kena kat diri sendiri...macam tak percay ...

Aku pon penah dok situ dulu....tp 10 thn dulu la....tp alhamdullillah tk kene paper...cuma bilik sebela kitorg yg mak mertua dok dgn abg ipar kene ketuk pintu mlm tu....

Tp mmg pun otl tu nmpk suram....
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2014 12:01 PM | Show all posts
lagi satu Rebak Island Langkawi

bebaru ni cousin kawin, so chef Ammar hat tv al hijrah tu hadiahkan dia one room yg gorges utk dia dan hubby....(jgn tanyala macam mana chef ammar leh bagi dia complimentary room..)

pagi tu husband dia sorang ja keluaq pi breakfast buffet dan dia sambung tidur kat bilik, tak sampai bberapa minit kepala dan leher dia di jijak dgn ganas hingga dia tak boleh bernafas gitu...rasa nak juling mata...dia pun azan dan istighar lama lama benda tu blah, dia kelam kabut bangun...pi tengok kat cermin, membiru leher dan dagu dia....

nama resort tak tanya plak......tapi org kata rebak island mmg seram.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2014 01:57 PM | Show all posts
jgn lupa tok senik... port che pon gak tu!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2014 03:55 PM | Show all posts
mamaezah posted on 15-4-2014 12:01 PM
lagi satu Rebak Island Langkawi

bebaru ni cousin kawin, so chef Ammar hat tv al hijrah tu hadiahk ...

mmg gile ganas tu...ape jenis hantu main pijak2 kepala org nih..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2014 03:58 PM | Show all posts
nadieya posted on 14-4-2014 05:30 PM
selalu singgah baca je kat sini...
tapi hari ni terasa nk share sbb dpt pengalaman masa menginap di ...

alaa bagi la tau nama hotel tu..mana tau kot2 kang aku terbooking hotel yg sama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2014 04:13 PM | Show all posts
Nak tambah citer lagi nih..

Hotel Legend Cherating
Masa ni aku pegi bcoz of ada family day company hubby. Masa tu anak kecik2 lagi dlm 2 tahun gitu. Mmg best la hotel tu sb tepi pantai bilik pun besar. Tapi bila tiba time malam tu mmg xbleh blah. Malam tu hubby aku gi lepak kt bilik kawan dia ramai2 ntah ape aktiviti pun aku x tau la...xpelah bagi dia happy sekali sekala
Aku & anak aku 2 org ni lepak kt bilik. Tetiba anak aku yg kecik umur 2 thun tu menangis kuat sgt mcm terperanjat sambil tutup muka dgn selimut pastu peluk aku kuat2. Bila cuba bukak selimut tu aku nampak mata dia mcm ketakutan kesian pulak tgk. Yang abang pulak masa tu umur dlm 5 tahun pun sama. Tiba2 tv tertutup, pintu sliding door tu (ada glass sliding door and satu lagi pintu lipat dibuat dari kayu) pintu kayu tu la yg bergegar kuat mcm ada org hogah dari luar. Lampu tertutup terbuka sendiri, air kt toilet terbuka sendiri... aku mcm panik la dgn anak2 menangis2 lagi ketakutan. Cept2 aku call hubby suh dia balik masa tu jugak. Tak sampai 5 minit hubby aku termengah2 sampai kt bilik. Aku cerita la apa jadi sb masa dia sampai gangguan2 tu semua berhenti. Lepas tu dah tenang sikit kami anak beranak pun nak la tido. Aaaiihhh...tetiba ada pulak dgr mcm org bergaduh kt bilik sebelah tu...mcm ada bising2, dinding mcm kena tumbuk laa..memacam bunyi. So aku & hubby ingat couple kt sebelah tu bergaduh. Kami teruskan ekspedisi nak tido tadi lah. Baru nak terlelap tiba2 hubby aku marah aku sb dia kata aku tarik selimut dia. Aku heran la sb aku x tarik apa2 pun sb selimut tu besar sgt xperlu nak tarik2 pun. Dah dia marah aku byk kali aku menjawab laa..mana ada i tarikkk..baru dia sedar yg mmg bkn aku yg tarik selimut dia tu sebab tarikan tu bkn dari sebelah aku pun hehehe...tarikan tu dari sebelah lagi satu.

Esoknya masa nak check out aku pun bz body la nak tau sape la couple yg gigih bergaduh semalam kt bilik sebelah. Bila aku perhati mcm xde org. Aku tanya la adik housekeeping yg incharge kt situ tanya ada org ke kt bilik ni. Meremang bulu roma aku bila budak tu kata bilik tu mmg xde org duduk semalam or hari2 sebelumnya. So sape yg kitorang dgr bergaduh sakan tu yerrr...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2014 04:18 PM | Show all posts
Reebak Island Resort ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2014 04:20 PM | Show all posts
Ni pulak pengalaman terbaru aku, baru minggu lepas

Pine Resort Kundasang
Tempat ni mmg best..excellent...cooling...aku kalau dtg sini aku akan stay lagi kt sini walaupun ada pengalaman agak seram jugak la.

Satu pagi tu dlm kol 4pagi aku dah terbangun. Kt sini mmg sejuk gila so mmg byk kali aku bangun kencing. Masa kt dlm toilet tu time tgh buang toksin, aku terdengar suara orang yg panjang dan mendayu2 lebih kurang 300 meter kot dari bilik aku tu (ni ikut perkiraan aku la ye..berdasarkan volume suara tu). Sampailah masuk subuh baru xde suara tu. Anyway, tmpt ni mmg aku suka sangat sbb mcm kt overseas plak rasa dgn pokok pine byk merata2, style rumah kt situ pun mcm keomputehan jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2014 04:23 PM | Show all posts
NBM posted on 15-4-2014 04:20 PM
Ni pulak pengalaman terbaru aku, baru minggu lepas

Pine Resort Kundasang



mungkin mmg betul suare manusia kot...mane la tau tgh sejuk2 tu.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2014 04:25 PM | Show all posts
mamaezah posted on 14-4-2014 12:26 PM
Dalam mama leka dok baca cerita cerita kat sini, nah sekali kena kat diri sendiri...macam tak percay ...

gila hape bagi korang bilik kt situ? dah la ada budak2...kalau uols tido kt situ ntah ape la jadi pulak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2014 04:27 PM | Show all posts
kasba posted on 15-4-2014 04:23 PM
mungkin mmg betul suare manusia kot...mane la tau tgh sejuk2 tu.....

hahahhaha! mungkin jugak...x pulak aku terpikir sampai camtu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2014 04:36 PM | Show all posts
cmf_jy77 posted on 14-4-2014 06:46 AM
Aku pn penah stay kt situ, pegi family day office. Rsnyer kitorg dpt blk kt right wing, left wing  ...

aku pun baru stay kt ilham pd tu. Mmg besar la apartment tu ada 3 bilik. Bilik 1st tu okey jer. Aku tido bilik 2nd. Malam tu xleh tido rasa mcm ada org perhati je, nak bangun kencing pun tak brani. Bilik 3rd tu mmg creepy gila. Mak aku yg stay kt bilik 1st konon nak tumpang mandi kt bilik 3rd tapi aku tgk dia kuar balik. Bila aku tanya dia geleng2 kepala jer.Masa kuar makan tu baru dia ckp dia seram masuk bilik tu dan bilik airnya sekali. Anak sedara aku masih baby 6 bulan tgh2 mak aku agah2 dia elok jer gelak2 tetiba menyentap menangis mcm nak kena sawan mata dia bulat pandang kkt tingkap luar tu. Dah la semua org panik. pas kt mak dia pun menangis pas kt ayah dia pun menangis, atuk wan semua try nak tenangkan dia. Last2 pas kt aku, aku selawat kt kepala dia baru dia diam & terus tertido....ehehhe...masa tu bangga gak kt dorang mcm tok bomoh pulak rasanya muahahhaha...!!  anyway tmpt tu mmg best la bagi budak2 nak2 kalau dpt apartment ground floor yg betul2 mengadap swimming pool tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2014 04:51 PM | Show all posts
NBM posted on 15-4-2014 04:20 PM
Ni pulak pengalaman terbaru aku, baru minggu lepas

Pine Resort Kundasang

bestnye dok situ...
pepagi dpt tgok gunung kinabalu dilitupi kabus2
heaven
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-6-2022 05:30 PM GMT+8 , Processed in 3.972048 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list