CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
Author: NBM

Hotel-Hotel & Homestay Berhantu

  [Copy link]
 Author| Post time 8-4-2014 08:19 PM | Show all posts
clarizsa posted on 7-4-2014 02:37 AM
seramnyaa.. i pnah duk kt hotel ke resort ntah, tepi pantai batu buruk ganu... x puas ati sbb bilik  ...

parents aku pun penah stay kt area pantai buruk tu.  Mmg gigih antu tu ganggu dorang. Masa abah aku solat dia tindihnya tengkuk org tua tu...sib baik mak aku nampak abah aku mcm susah nak bangun.  Mak aku pulak time solat dia nampak dari hujung mata ada perempuan kt corner of the room. Dorang check out malm tu jugak rasanya hahaha!
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2014 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
NBM posted on 8-4-2014 08:19 PM
parents aku pun penah stay kt area pantai buruk tu.  Mmg gigih antu tu ganggu dorang. Masa abah ak ...

uish seramnya... dah le tepi laut...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2014 10:20 PM | Show all posts
theflash posted on 8-4-2014 09:53 AM
slluny g pd lpk hotel corus tuu

okey tak hotel tu? nampak mcm baru je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2014 10:24 PM | Show all posts
mamaezah posted on 8-4-2014 03:13 PM
ok....mai nak cerita apa dia hotel 1902 heritage tu....

dulu rumah tu adalah deretan quaters ke ...

mmmm....nostalgicnya...tapi tmpt tu mmg lama betul kan...patutlah mcm2 ada.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2014 02:38 AM | Show all posts
jayja posted on 8-4-2014 05:22 PM
Mengerang ahh ahh ahh tu xde dengar lagi walaupun ku tahu Ada orang yg buat projek dlm bilik hahaa ...

rugi owh x dgr..
mrengek2..
siap bunyi gedebuk lg..jatuh katil kot
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2014 02:41 AM | Show all posts
tgh mlm cm gah je..siap lampu lg..grand gitu
ble check out
tobat x mo da situ
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2014 03:29 AM | Show all posts
salam. ok ni cerita tak seram tapi aku dapat tahu and nak share skit


baru baru ni aku join crew le tour langkawi. so pusing la semenanjung sikit.
selama 2 minggu aku pusing dr langkawi sampai kuala terengganu.

dalam banyak2 hotel ada 2 hotel yang aku rasa and dpt tahu ada kejadian seram.
ok sebelum tu elok aku terangkan situasi kerja aku macam mana.
aku sebagai video editor biasanya kami akan sampai awal di finish line le tour d langkawi. kami akan lepak dekat2 finish line dari mula race smpai kitaorang submit video untuk astro.
biasanye keje kami team editor akan habis jam 3-4 pagi. lepas tu baru kami gerak ke hotel yang ditempah awal. late chek-in.

dan biasanya roomate kami adalah dari team lain. macam aku sebilik dengan cameraman. cameraman lak habis keje awal so diorang akan check in dulu. bila race tamat diorg akan hantar tape ke kami dan masuk hotel.

begitulah selama 2 minggu.

1. Sungai Petani Inn.
Kali ini race start d langkawi dan habis d langkawi. tapi kami team editor tunggu di sungai petani. sebab esoknya race akan start dari sungai petani ke taiping. rutin ni je berubah skit. hari tu aku sampai awal di hotel dalam jam 2 tengahari, bila sampai aku cuba nak cek in tapi rupanya bilik tak ready. katanya orang baru checkout so diorang tak sempat kemas.

so aku tunggu la kat lobi sampai kul 4 br dapat bilik. sebab ada masalah dengan department le tour yang handle hotel ni. so masa ni aku request untuk bilik bawah, [ground floor] sebab mudah nak buat keje.
bila dapat bilik aku masuk la and tengok hiasan dia memang old school. yang bestnya ayat quran banyak tergantung di dinding. dalam hati aku kata bagusnya hotel ni islamik sangat. so aku mandi rehat kejap and keluar buat keje kat lobi. lepas tu buat keje dr petang habis pukul 4 pagi baru dapat balik masuk bilik. sekali bilik penuh ada orang squatting. so aku pun lepas bilik lain. masa ni memang nampak seram dah hotel ni. seram and suram.

walaupun seram tapi alhamdulillah tiada gangguan. maybe sebab tidur mati sebab kul 9 pagi kena gerak ke taiping pulak.

bila sampai taiping sekali roomate cameraman bising kenapa aku tidur bilik lain. bila tanya rupanya hotel tu sangat berhantu sebab ada pak guard bercerita kat dia. hahaha. bila aku google memang boleh tahan seramnya.

2. Genting View Resort [x sure]
kali ni aku dapat macam aprtment sikit. macam biasa habis keje kul 3 pagi. sepatutnya aku masuk sbilik dgn cameraman tu tapi sebab hotel ni jauh masuk ke dalam and dah lewat pagi so aku masuk apartment.
suasana memang seram. masa ni ada bos sekali and kebetulan ada orang tak check in, satu team juga tp maybe balik rumah sebab dh dekat KL. bayar bill air seminggu kot. hahaha
so boss decide amik aprtment ni coz dah lewat and supaya senang dia nak kejut kitaorg pagi nanti.

best la bula dengar, so lepas amik kunci kat kaunter kami naik kete g park dekat apartment. masa kat lif lobi dah seram dah and bla sampai level sekali suasana agak gelap. tapi sebab ramai kami havoc la skit. then aku and member decide nak duk sekali. so 3 org kami masuk la dlm aprtment. bila masuk memang ko rasa macam baru pindah. nampak sangat lama gile orang tak check in. dalam ni ada 3 bilik. aku yang konon2 excited terus lari masuk master bedroom. bila masuk je memang bulu roma naik terus. yang member aku dah bising2 rasa semacam. aku pun lari g living hall terus berbuat muka happy. padahal cuak habis. lepas tu kitaorg decide nk tidur sebilik. bestnye sebilik ada 2 katil je. yang member lagi sorang tak de kawan. dia pun cuak gak so kitaorg call bilik member suh dtg. master bedroom x de orang tidur pun. lampu semua pasang.  hehe. sebab letih sangat memang tidur mati. x de ape pun kena.

dan esoknya sekali lagi yang cameraman roomate aku bising ckp dia tidur sorang2. hahaha. dia kata memang seram gile. sib tak de ape2 katanya. dah le sungai petani aritu dia dengar citer guard.

itu je la je kawan2. hehehe.

tapi hotel lain ade gak yang rasa semacam macam kat taiping. tapi perasaan tu cool lagi. and masa drive kul 4 pagi dr rembau ke rompin. tiba2 kat satu jalan tu kabus gile2 tebal. kejap tebal kejap kurang. memang x nampak jalan. lori dr depan pun sure x nmpk. cuak gile masa tu. alhamdulillah x de ape jadi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2014 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
NBM posted on 8-4-2014 10:20 PM
okey tak hotel tu? nampak mcm baru je

ok best. cm tak angker ala3 aprtment gitui
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2014 02:09 PM | Show all posts
tnb guesthouse kat cameron highland.aku pegi pun sbb kakak aku staff tnb..so dia dapat la smlm dua stay kat situ.lantai kayu..tatau la skang diorg dan tukar simen ke apa?tapi mmg tensen la tengah2 mlm...bising yg amat dengar org sibuk berjalan berdentum-dentum tgh mlm2 kat living room.aku ingat ank2 sedara aku main game,tengok tv ..tapi bila tanya sesekor tido takde sapa pun kat ruang tamu tu.aku gugel gamba jumpa gamba masa aku pegi tapi dengar citer bungalow tu  dah renovate.




Last edited by alesandra on 9-4-2014 02:15 PM

Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2014 03:42 PM | Show all posts
Aku ada 2 pengalaman sendiri citer tentang pocong & pontianak kat 2 tempat berbeza :

Sebelum tu, aku tak reti nak menaip citer. harap-harap paham la ek.

1) Kisah Pocong

Masa ni tahun 2001 and aku masih belajar di sebuah kolej area cheras. Kebetulan masa tu kami cuti sem.
Kemeterian Belia & Sukan KL invite kolej aku untuk satu kursus di PD. To be exact location, Pusat Latihan NUBE.

Kami sampai kat NUBE dah malam. Kami siap-siap amik tempat tido and berehat. Aku and a few yang lain pegi mandi sebab dah melekit satu badan. masa mandi ni, aku terasa ada macam-macam "benda" kat dalam toilet. Sebelum tu, tempat kami tidur ni lebih macam dorm. so semua share toilet. Masa mandi ni tak de pemandangan indah yang muncul la. hahaha.

Malam kedua, masa aku nak tidur, aku dengar bunyi orang tumbuk dinding. tumbuk macam orang nak gaduh tapi bila aku dengar betul-betul suasana sunyi ja. maksud nya peserta yang lain dah tidur la. So, aku buat bodo ja. Esok nya aku bangun subuh, aku bangkit la dari katil double decker nak ke surau. masa ni yang lain masih sedap buat peta dunia kat bantal.

Surau tu jauh jugak dari dorm and agak gelap. aku amik wudhu macam biasa cuma aku terasa macam ada something ja dok pandang aku. aku buat bodo lagi. aku buat hal aku ja. lepas amik wudhu, aku masuk surau and solat tempat imam. masa aku angkat takbir tu, dan dan tu jugak bulu roma aku meremang. Aku dengar ramai kat belakang aku angkat takbirratul ihram jugak. aku solat la macam biasa. dah selesai solat semua, aku baca la doa and lagi sekali ramai plak yang amin kan doa aku. aku anggap jin islam ja la masa tu. Aku masuk dorm balik lepas solat and duduk atas katil macam biasa sementara yang lain bangun.

Malam tu lepas aktiviti bebas, kita org semua nak tidur la. penat seharian dengan program dia orang buat.
Subuhnya aku bangun lagi sekali. Lupa nak gitau, aku pasang alarm nak bangun subuh pukul 5am. hahaha. dah terbiasa ikut time subuh kat kampung. terbawak-bawak sampai ke sini.

Aku bangun tapi duduk jap atas katil nak hilangkan mamai. masa aku duduk tu, aku perasan ada kain putih berbungkus kat sebelah aku. masa aku masih mamai lagi. aku tengok betul-betul and dekatkan kepala aku kat kain bungkus tu. Then aku baru sedar yang aku ternampak pocong. tapi dia tunjuk belakang ja. dengan jelas aku nampak pocong ni takde bunjut. tapi ikatan dia macam ikatan telekung tapi talinya banyak giler.

aku baring semula and pura-pura tidur. A few minutes lepas tu, aku tengok balik, pocong tu tak nak blah.
aku sambung tidur balik. then aku toleh lagi sekali, dia dah ilang. Bosan kot sebab trick dia tak menjadi. hehehe. Sudahnya, subuh aku entah ke mana. sebab nak ke surau memang jauh and nak keluar bilik dorm tak boleh sebab pocong tu depan pintu. macam tak bagi aku ke surau ja.

Pagi tu, kecoh bebudak bila tau aku nampak pocong. Start dari situ baru semua bukak citer. ada yang nampak toyol, kain putih terbang, orang nyanyi lagu zaman 40-an.

Yang best nya, sampai KL ja aku demam seminggu. hahaha.


BERSAMBUNG...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2014 05:30 PM | Show all posts
Alhamdulillah...aku x pernah pun mengalami kejadian yg pelik2 semasa stay kt mana2 hotel atau homestay..
cuma kt corus pd jer aku rasa seram skit sbb aku stay sorang2..dh la bilik besar 2 katil queen..
masa tu teambuilding..last minit husband aku xnak pg..so terpaksa la stay sorang2..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2014 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
grafreak posted on 9-4-2014 03:29 AM
salam. ok ni cerita tak seram tapi aku dapat tahu and nak share skit



Penatnya keje kau ni x kira masa ptut la x kena kacau ngan antu confirm tdo mati nih. Agaknya puas antu tu aumcakk kt muka kau tp xde respon hahaha!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2014 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
alesandra posted on 9-4-2014 02:09 PM
tnb guesthouse kat cameron highland.aku pegi pun sbb kakak aku staff tnb..so dia dapat la smlm dua s ...

Umah cantik tp ciri2 keseraman tu ada
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2014 09:20 AM | Show all posts
Syumaimah posted on 6-4-2014 10:04 AM
Aku ada baca kat thread tu hotel M****a kat Teluk batik, Manjung Perak pun keras gak..

nape nk sensored nama hotel..bg je terus nama penuh kan senang..agak2 ada feel nk cari hantu boleh terjah hotel2 tu..agak2 tak nk, senang la nk skip hotel tu..
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2014 09:21 AM | Show all posts
NBM posted on 8-4-2014 08:20 PM
okey tak hotel tu? nampak mcm baru je

otel tu dh lama rasanya...
aku penah stay situ..skali je pon...
bilik biasa jek...xde ape2 gangguan ...
yg cantik tasik buatan yg bentuk C tu...amek drp pekataan corus
lain drp yg lain

Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2014 09:24 AM | Show all posts
2) Kisah Pontianak

Kisah ni berlaku dalam tahun 2003.

Aku ngan member aku plan nak stay kat Genting. So, aku namakan dia orang Marul, Akim, Apek. Kami berempat stay kat RIA Apartment. Unit berapa aku dah lupa.

Sampai ja macam biasa ja. Takde apa pun. Kita berjimba la kat Genting tu. Hari pertama memang tak de apa pun. May be dia nak tengok dulu perangai kami semua kot. hahaha.

Malam pertama masa nak tidur. Aku tidur dengan Marul. Akim tidur dengan Apek. Masa nak tidur tu, bilik sangat gelap sampai tak nampak apa-apa. Aku dah perasan macam ada benda tengah tengok kami tidur. Aku panggil Marul :

Aku : Marul, Ko dah tidur ke?
Marul : Lom lagi. Naper?
Aku : Jom kita sembang ngan yang lain kat sebelah. Aku tak leh tido.

Padahal aku dah terasa benda tu get ready nak kacau tido aku. Kami lepak bilik sebelah and tido sebilik. Masa tengah sembang tu, tiba-tiba dia nak join masuk bilik sekali. Ada benda main tombol pintu dari luar bilik macam nak masuk. Member aku, Apek sound benda tu jangan main tombol pintu. Elok ja senyap lepas tu.

Esok nya, lepas jimba dekat theme park, kami masuk apartment nak berehat petang tu sebelum kuar balik malam nya. Masa tengah berehat tu, aku terpandang toilet. Tiba-tiba aku nampak pontianak berjalan masuk ke bilik yang kami berhimpit tido semalam. Aku pandang Marul dan Marul pandang aku. Maknanya Marul pun nampak jugak. Kami diam ja tak cerita dekat Apek dan Akim.

Lepas berehat dan mandi semua, kami keluar la macam biasa. Bila nak dah balik apartment dan siap-siap nak tido, kami di ganggu dari dalam bilik pulak. Ooo, kami masih tidur berhimpit sebab semua dah cuak. Dalam kami tengah nak tidur, selimut Apek kene tarik. Apek terus sound kita orang jangan main tarik selimut. Padahal, tinggal aku dengan dia ja tak tidur lagi. Aku tidur sebelah dia. Macam mana aku nak tarik selimut dari kaki dia kalau aku pun tengah baring. Masa tu jugak aku dah cuak. Kami buat bodo ja and tidur terus sampai la check out esok nya.

Tak de la seram sangat tapi first time tu nampak pontianak. Ketot ja dia. tak tinggi mana pun. tapi rambut tak yah cakap la. panjang giler.

Habis sudah celita aku.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2014 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
rest house tapah

ni cerita zaman 90an
masa ni aku kecik lagi

bapak aku yg kene

dia ada keje dekat tapah. xjd balik teluk intan
terus duduk situ

malam tu
tengah tidur.die rasa mcm ad bantal peluk extra lak.
pdhal kt hotel3 mana ad bolster kan

die raba3. macam bantal peluk
tp keras
die memg xpasan pun ad bantal peluk ke tak
sb bapak dah mandi kt masjid smue
masuk bilik .trus tido

die bangun
time tu lampu bilik air mmg sngja di pasang

rupenye ada Pocong baring sebelah.


terus bapak keluar. azan
lepas masuk bilik
xde
tp bau busuk.
pagi esok nye

org resthos tu ckp

"encik ad jumpa ya. heehhhee ktorg dengar en azan. memang sini banyak pocong. zaman3 jepun dorg ckp.malam td bersusun kt kaki lima."
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2014 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
duniaku85 posted on 10-4-2014 09:20 AM
nape nk sensored nama hotel..bg je terus nama penuh kan senang..agak2 ada feel nk cari hantu boleh ...

Kang aku pulak yang kena saman... He he...
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2014 10:58 AM | Show all posts
Syumaimah posted on 10-4-2014 10:47 AM
Kang aku pulak yang kena saman... He he...

mehmehmeh...haha klau tau sng sket nk take note takut kang bawa org tua lemah semangat lak..heheheh
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2014 10:59 AM | Show all posts
theflash posted on 10-4-2014 09:58 AM
rest house tapah

ni cerita zaman 90an

wow org rest house tu mcm dh biasa lak..ekeke..fuh setakat ni pocong plg menakutkan..siap blh peluk lg..ngeri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

26-5-2022 06:19 PM GMT+8 , Processed in 5.481794 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list