CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
Author: NBM

Hotel-Hotel & Homestay Berhantu

  [Copy link]
Post time 20-2-2018 01:39 PM | Show all posts
ada tak sesiapa pernah stay kat Limastiga Melaka?
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2018 04:39 PM | Show all posts
Next 2 weeks nak stay kat Moly Hotel, Melaka. Ada apa2 cerita tak kat situ?
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2018 11:20 PM | Show all posts
Nak share apa yg berlaku kat salah satu homestay aku dalam 2 tahun lepas. Rasanya belum share lagi kat sini.

Rumah tu aku sewa untuk jadikan homestay. Asalnya memang owner dah buat homestay tapi tak sempat nak urus sebab dia duk KL. Adik ipar dia yg uruskan homestay tapi lama2 tak larat sebab tak berapa sihat. Masa aku mula2 masuk nak sewa rumah tu berdebu atas lantai. Dan satu perkara lagi...rumah tu rasa suram walaupun ada cahaya matahari petang ngadap pintu sliding masuk dalam rumah.

Jadi malam tu aku try tido situ sambil2 nak kemas apa yg patut. Rumah fully furnish, jadi tak banyak sgt kerja. Sekadar bersihkan ruang je, kalau esoknya ada orang nak check-in boleh terus terima.

Malam tu aku pasang surah al-Baqarah berulang2 dalam laptop. Aku set loop sampailah aku sendiri stopkan. Tapi yg peliknya bangun subuh esoknya dah tak bunyi surah tu. Check kat laptop, berhenti separuh jalan, macam ada org tekan pause. Tapi time tu tak fikir apa2. Mungkin laptop sleep mode, tu yg pause sendiri. Yang pasti esoknya rumah tu dah rasa ceria, tak suram lagi dah.

Dipendekkan cerita, aku sempat sewa rumah tu cuma 3 bulan sbb timbul rasa tak sedap hati nak teruskan. Selain ada masalah air tekanan rendah, instinct aku kata jangan terus sewa rumah tu. Berat hati jugak nak stop sewa sebab income bersih boleh tahan banyak juga walaupun sewa rm800/bulan. Dengan berat hati aku bagitau owner tak dapat nak teruskan. Mujur owner baik, kebetulan tenancy agreement tak buat lagi.

Jadi rumah tu disewakan kepada org lain. Dia pun buat homestay jugak.

Lepas nak dekat setahun owner contact aku balik nak sewa tak rumah dia. Sebab penyewa baru tu dah nak habis kontrak setahun dan tak jadi nak sambung sewa. Time tu aku rasa nak sewa jugak tapi mujurlah tergerak hati nak contact adik ipar owner. (Time ni banyak betul dugaan nak bayar deposit. Time nak bayar deposit mesti ada halangan, contohnya macam terpaksa pakai dulu duit tu untuk benda lain. Tak sihat. Ada hal lah. Macam2 dihalang.)

Sembang2 dgn adik ipar owner...rupanya penyewa baru pernah dapat aduan daripada customer yg diorang diganggu kat rumah tu. Ada 2 kes berlaku.

Kes pertama...guest keluar nak makan malam. Sebelum keluar rumah dia biarkan kipas terpasang sebab nak keringkan pakaian dalam rumah. Lampu porch kereta pun dah memang terpasang. Tapi bila balik semua tutup.

Kes kedua ni ekstrim sikit. Ada guest satu family datang menginap. Anak lelakinya tido dalam bilik belakang. Tengah2 tido tu tiba2 dia tersedar sekitar tengah malam yg katilnya terapung...macam nak naik ke lubang siling. Anak dia pekik kuat2 dalam bilik tu sampailah mak ayah dia datang masuk. Malam tu diorang tido ramai2 kat ruang tamu.

Bila cerita kepada adik ipar owner yg urus homestay sebelum tu, dia teringat ada sekali dulu masa mengemas dia perasan ada banyak habuk atas lantai dalam bilik belakang. Masa tu dia ingatkan habuk rokok. Tapi bila ingat2 balik nampak macam habuk colok sebab panjang2. Rujuk kepada sorang ustaz...ustaz kata ada orang memuja kat rumah tu dulu.

Sekarang ni alhamdulillah ok. Ustaz dah buang dah. Tapi taktau lah kot2 datang balik ke camana yg cerita tu tak sampai ke telinga aku sekarang ni. Rumah tu pun dah disewakan tetap kepada satu family.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2018 06:57 PM | Show all posts
amirezu replied at 20-2-2018 11:20 PM
Nak share apa yg berlaku kat salah satu homestay aku dalam 2 tahun lepas. Rasanya belum share lagi k ...

selalunya kalau ada upacara pemujaan rumah tu ada history. takde dengar apa2 kes ke sebelum ni? Kalau tak buat apa dorang nak memuja kt situ.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2018 07:01 PM | Show all posts
amirezu replied at 20-2-2018 04:39 PM
Next 2 weeks nak stay kat Moly Hotel, Melaka. Ada apa2 cerita tak kat situ?

Moly ke Moty? Moty Hotel ada la. tapi so far takde apa2 cerita la kedengaran .  Enjoy your stay!
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2018 03:47 PM | Show all posts

walaupun berantu tp makanan ctu lebih berasa dr shangrila atas bukit tuh

kan
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2018 05:26 PM | Show all posts
NBM replied at 25-2-2018 06:57 PM
selalunya kalau ada upacara pemujaan rumah tu ada history. takde dengar apa2 kes ke sebelum ni? Ka ...

Tak ada apa2. Rumah baru. Tak taulah penyewa Chinese tu puja apa....nombor ekor kot

Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2018 05:28 PM | Show all posts
NBM replied at 25-2-2018 07:01 PM
Moly ke Moty? Moty Hotel ada la. tapi so far takde apa2 cerita la kedengaran .  Enjoy your stay! ...

Entahlah Moly ke Moty...lupa. Hotel baru. Tapi tak jadi pegi hari tu. Tukar ke Ancasa Royal Hotel kat Pekan, Pahang. Terbaik jugak hotel tu. Recommended!

Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2018 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
amirezu replied at 1-5-2018 05:28 PM
Entahlah Moly ke Moty...lupa. Hotel baru. Tapi tak jadi pegi hari tu. Tukar ke Ancasa Royal Hotel  ...

Iols penah gak stay situ.. bilik besar. Toilet selesa .Swimming pool pun best.. mmg terbaik. Pastu kebetulan bilik menghadap sungai pekan..mmg tenang la.. nasib baik xde ape2 time tu.tdo lena je.. hihii. Tak tahu la klau penat dr kl ke pekan tu..so x fikir ape2 dah. Dpt katil,tdo.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2018 01:46 AM | Show all posts
Nsz1314 replied at 2-5-2018 07:26 PM
Iols penah gak stay situ.. bilik besar. Toilet selesa .Swimming pool pun best.. mmg terbaik. Pastu ...

Betul tu. Memang luas. Breakfast dia pun sedap2 sampaikan mat saleh situ makan bertambah haha. Jarang nampak mat saleh makan banyak pagi2. Asalnya nak try duk satu hotel kat Kuantan, orang kata ada benda situ. Tapi sebab bawak anak2....tak jadilah takut apa2 pulak.

Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2018 05:29 PM | Show all posts
amirezu replied at 3-5-2018 01:46 AM
Betul tu. Memang luas. Breakfast dia pun sedap2 sampaikan mat saleh situ makan bertambah haha. Jar ...

erkkk hotel mana kat kuantan tu? Aku tgh cari hotel kat kuantan ni ada event sblm puasa
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2018 05:42 PM | Show all posts
Kena biasakan dlm handphone ada mp3 rukyah atau ayat2 suci penghalau syaiton nirojim...atau bawa CD ayat suci dlm quran atau pendrive yg ada file ayat tersebut..pasal boleh pasang dkt hanphone, smart tv atau kereta bila keadaan keseraman yag tak terhingga berlaku...korang play jer la sampai subuh sure bleh tido lena punya aku gerenti. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2018 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
hatikudus replied at 4-5-2018 05:29 PM
erkkk hotel mana kat kuantan tu? Aku tgh cari hotel kat kuantan ni ada event sblm puasa

Jauh jugak dr bandar kuantan.. sbb ancasa royale nie nk dkt pekan.. tp mmg selesa hotel die..
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2018 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku nak cerita jugak la.. tp xdelah kena ganggu ke or ada nampak penampakan.cuma cmniee..
Aku n family decide nk bercuti dkt satu hotel dkt d**** laut lumut.. pilih appartment laa sbb ingt adik2 lain nk ikot.
So gerak dr kl perjalanan agak jauh n jam so dlm pkul 5 jugakk sampai.. dah la nak cari hotel tu jauh betul kena masuk jalan sunyi kiri kanan hutan. Aku dah cuak dah.. pastu smpai2 okay lah.check in masuk bilik ..alamak.. dah rasa seram .bilik hujung skali. Menghadap padang golf. Masuk pun rasa tak sedap hati dengan banyak lalat nya lagi.. ayah aku dah terus tak boleh bangun.. macam berat je kepala die. Mak aku dah rasa lain macam.lalat pun banyak time tu.. stress weh
So aku pun chill lagi lah. Mandi2 ngan adik dkt kolam.. pastu sejam je.tbe2 mak aku ajak naik.. rupanya nak check out weh... around pkul 630 kteorg check out. Org recptionst tu dah tnye kenapa.. tp ma aku ckp ade emgncy..
Last skali kteorg tdo kt sri iskandar je.selesa.
Ayah aku lepas keluar dr bilik tu terus okay..sihat balik.. mama aku cite die seram dlm bilik air tu pun seram mcm ade org tngok je dkt almari blik air tu.. Hmm xpelah rugi skit dr bnde pelik2 ganggu mlm tu..
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2018 02:06 AM | Show all posts
hatikudus replied at 4-5-2018 05:29 PM
erkkk hotel mana kat kuantan tu? Aku tgh cari hotel kat kuantan ni ada event sblm puasa

Lupa pulak nama hotel tu. Tapi hotel besar jugaklah..rasanya hotel 4 @ 5 bintang. Aku pernah share dulu pasal hotel tu tapi dalam benang lain. Ada PA kpd kenalan aku kena kacau. Hantu pompuan, staf hotel tu kata nama dia Ayu. Hantu Ayu diorang panggil. Nanti aku share balik screenshot kenalan aku tu. Terjumpa baru2 ni masa tengah pindah file laptop aku masuk external hdd. Cuma nak cari sekarang ni tak tau dalam folder mana satu, banyak sangat
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2018 02:42 PM | Show all posts
Nak cerita jugak mengalaman Ai di Hotel Apartment *umai, KT.  Ai tinggal di Apartment 2 bilik selama 2 malam. Masa mula2 masuk okey. Tak de masalah. Anak2 pun ok. Baby pun ok. Ai, husband dengan baby duduk bilik yang ade toilet. Yang pelik nye, toilet tu terkunci sendiri. Tombol toilet tu jenis pusing bukan nye tekan.

Anak2 Ai yang lain tido bilik 1 lagi. Mujur la tak de gangguan ape2. Tiba lah waktu tido.  kami tido sebelum pukul 12 lagi sebab kepenatan. dalam pukul 12.08 (Ai memang terus capai hp tgk pukul brape) Ai dengar bunyi ketuk di tingkap bilik. Tingkap bilik tak de branda. Lepas bunyi ketuk tu, baby nangis kuat tak behenti lebih kurang 10 minit. Nangis yang kuat. tapi husband Ai elok je tido.

Time tu tak tau nak buat ape.. nak bukak mata pun tak berani. Dalam gelap2 tu peluk dan gosok2 baby Ai. Ai ade jugak la bukak bacaan Yassin kat HP. bile start bacaan Yassin tu, baby Ai slow2 berhenti menangis. tapi Ai dengan jelas terdengar macam kaca yang sengaja di pecahkan.. bunyi kaca pecah tu dari kuat dan jelas sehingga dengar sayup2 sampai tak de bunyi ape2.

Jantung Ai laju macam nak pecah. esoknye Ai diam je tak de cerita ape2 kat family. Alhamdulillah malam kedua Ai siap2 pasang bacaan yassin dan tak de ape2 jadi. balik rumah baru Ai cite kat semua.

Hotel ok cuma perabot, mcm lama. mungkin jugak apartmment yang Ai ddk tu lama tak berpenghuni.. Syukur kami tak jadi ape2
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2018 04:57 PM | Show all posts
amirezu replied at 7-5-2018 02:06 AM
Lupa pulak nama hotel tu. Tapi hotel besar jugaklah..rasanya hotel 4 @ 5 bintang. Aku pernah share ...

hahahahah haruuussss kucari hotel 3 bintang ke bawah
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2018 12:50 AM | Show all posts
hatikudus replied at 7-5-2018 04:57 PM
hahahahah haruuussss kucari hotel 3 bintang ke bawah



Ni post kenalan aku dalam fb. Setahun ke dua tahun lepas gitu...lupa dah. Nama hotel tak muncul2 lagi dalam kepala ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2018 10:13 PM | Show all posts
amirezu replied at 8-5-2018 12:50 AM
Ni post kenalan aku dalam fb. Setahun ke dua tahun lepas gitu...lupa dah. Nama hotel tak muncu ...

I dah google 'hantu ayu'.  Resultnya keluarlah  thread you tahun 2014 bertajuk 'Hantu 'Ayu" di Hyatt  Hotel Kuantan.
so kiranya Hyatt Hotel lah kan.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2018 12:17 AM | Show all posts
cupcakes replied at 8-5-2018 10:13 PM
I dah google 'hantu ayu'.  Resultnya keluarlah  thread you tahun 2014 bertajuk 'Hantu 'Ayu" di Hya ...

Haa yess. Betullah tu. Tak pernah lekat nama tu dalam kepala sebab selalu cari hotel yang bawah rm200 je haha

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

4-7-2022 10:33 PM GMT+8 , Processed in 3.568870 second(s), 20 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list