CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
Author: NBM

Hotel-Hotel & Homestay Berhantu

  [Copy link]
Post time 6-4-2014 12:58 AM | Show all posts
NBM posted on 6-4-2014 12:02 AM
korang boleh tahan sampai pagi?? aku angkat kaki dah kalau gitu la gangguannya...gila nak stay...n ...

terpaksa stay..last choice
klo ikutkn ati mmg nk blah mlm tu jugak
tp kabus tebal sgt
tpksa la menahan ngeri smpai check in esok nya
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2014 12:59 AM | Show all posts
NBM posted on 6-4-2014 12:05 AM
alahaiiiii...ni yg aku lemah ni...mintak2 aku ingat la citer ko nih time nak booking hotel kt area ...

mmg pemes gak hotel ni..sbb sy tgl kn ipoh
ade tgkat yg sunyi..tp dieorg jenis x kecoh..
x byk staff brani naik tgkat rhsia ni ble mlm
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2014 01:02 AM | Show all posts
DrBikers posted on 6-4-2014 12:50 AM
aduhai...tido stesen minyak ehh...xpe tt...leh jimat kos

tp,klu hotel kat genting tu,ad ...

Amber Court ke?
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2014 02:21 AM From the mobile phone | Show all posts
donut_1752 posted on 5-4-2014 10:18 PM
AMber Court..Genting highland

bercuti dgn rakan2 kerja di hari buruh.

Mak aii....seramnye citer ko nih
Pendek kate mmg x tido lah smpai pagi
Dgr jeritan2 tu yg tak tahan tuh
Kental betul hati korang ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2014 02:29 AM | Show all posts
Bebaru ni gi Redang.. stay satu resort.. cantik la jugak sbb nmpak cam kampung punyer style siap dua tingkat design resort/chalet kat situ.. malam tu mak aku ckp die ade nmpk sorg budak x pasti laki ke prempuan, tepi katil mak bapak aku cmpak sesuatu kat die waktu malam tu time smua org da tdo...yg pastinya bdk tu mmg bukan ahli kluarga kitorang.. mak aku ckp die diam je mcm kaku.. pastu smpai ke subuh x blh tido...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2014 08:29 AM | Show all posts
NBM posted on 6-4-2014 12:00 AM
ok gak tu...copy paste la kt sini boleh la dpt info mana tau len kali nak stay kt hotel2 tu pulak{ ...

ok,.. ini aku copy-paste dari post sy di thread asal... ini adalah re-post yer..

saya menginap di c***tel hotel di m**valley... (saja kaburkan). Ada kejadian pelik :

Malam 1:
Saya tidur, mimpi saya dalam sebuah bilik, ada tingkap nako. Di luar tingkap ada nampak berdiri seorang perempuan paras kepala dgn tingkap itu, bertelekung putih, bila ia pusing, nampak muka perempuan, seperti ibu saya tapi wajahnya menyeringai. Dalam mimpi itu saya dapat maksudnya itu adalah hantu

Malam 2: saya pulang tgh malam tak dak apa yg berlaku

Malam 3:
Saya tidur, dalam mimpi saya, saya sekeluarga dalam sebuah rumah kayu yg cantik. Dinding semua kayu gelap warna coklat, banyak ukiran2. Saya sekeluarga duk dalam sebuah bilik. Dalam rumah itu ada banyak bilik2. Dalam mimpi itu ada suara yg bermaksud mengatakan bilik2 itu digunakan utk pelacuran. Jadi, dalam mimpi itu saya "memagar" ruang yg saya sekeluarga duduk dengan ayat kursi pada 4 penjuru. Dalam mimpi itu, agak menyeramkan rumah itu. Sejurus lepas itu saya dengar (bukan lagi mimpi) ada kekecohan di luar bilik, ada orang marah2 kpd seorang perempuan, dan lelaki itu mengejar perempuan itu mahu memukulnya, perempuan itu berbaju T hijau, dan berseluar jean, manakala lelaki itu memegang sesuatu, berbogel tanpa seurat benang pun. Lelaki tu gaduh tah apa, sampai perempuan tu jerit tolong. Saya call reception panggil security. Semua saya lihat melalui lubang cermin pada pintu bilik. Kali kedua saya call security, reception kata guest tu dah turun, saya tengok melalui lubang pintu tu, lelaki tu balik memalui depan bilik saya ke bilik dia, masih dlm keadaan berbogel. Dia berjalan sambil mumbling sesuatu, duk cakap "bukan manusia". Keesokkan petang saya tanya salah seorang security, dia kata lelaki melayu tu seolah2 kerasukan, lelaki itu apa bila dibacakan ayat2 suci oleh security baru sedar dan pelik tidak tahu apa yg telah berlaku dan hairan kenapa dia berbogel. Katanya, dia nampak perempuan itu bukan teman wanitanya tetapi seorang wanita berpakaian putih, lalu dia kejar dan pukul. Ntah la. Kejadian jam 5 am. Saya diberitahu security bahawa guest tersebut telah checkout pada jam 6am pagi itu juga, mungkin malu.

Malam 4:tidak ada apa berlaku

Malam 5: isteri saya menjerit membaca kalimah syahadah dgn kuat dalam tidur. Bila kami check out, dia beritahu malam tadi (sekitar jam 4am) dia mimpi yang dia menunggu saya dlm bilik hotel tu seorang (saya selalu keluar ada meeting) dan pintu bilik terbukak, dia cuba berkali2 tutup tapi masih terbuka dgn sendirinya. Dia baring, muncul seorang perempuan, berpakaian putih, tapi nampak semacam lutsinar, menekan dia yg sedang baring dan pergi, datang semula perempuan itu dan menekan dia yg sedang baring.. jadi dia menjerit.. itu saya kejutkan dia, dia sedang membaca kalimah syahadah dgn kuat...

Kalau boleh elakkanlah tingkat 18 hotel berkenaan.
Last edited by k_a_a on 6-4-2014 08:32 AM

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2014 08:32 AM | Show all posts
Ini juga saya copy-paste post sy terdahulu di thread lain:

Lumut, Perak

Ni dalam tahun lepas rasanya (2012).. Kami sekeluarga duk kat B*st West*** di Lumut.. dia mcm appartment lah. Kami duk, 3 beranak, malam tu memang saya susah nak tido.. tak de benda yg nyata la.. tapi bunyi org ubah perabut memang kedengaran tak henti , terjaga jam 2am, 3am, 4am .. leceh betul..

Sungai Petani, Kedah

Ni zaman belum ada anak.. tahun 2009 rasanya.. Hotel Swi**s Inn (cis, nak tutup sangat le nama hotel konon).. Ingat tak kat area Sg Petani tu masa tu selalu kat highway org jumpa pompuan baju kebaya merah? haaa... malam tu kami dinner steamboat, kat luar la, angin memang agak kuat, best, sejuk.. malam tidor.. saya ok je sampai subuh, isteri saya dia cerita dalam mimpi dia nampak ada pompuan berambut panjang mengurai seperti tunduk duk berdiri kat depan katil kami tu, pompuan tu membelai rambutnya yg panjang dan dia berbaju kebaya merah... skrg ni kami tak mau duk situ dah. antara hotel kena black list oleh saya..

Kangar, Perlis

Kami duk hotel tu kat tingkat atas sekali.. hotel agak budget juga, tapi elok.. sama juga duk dengar kat tingkat atas org duk surung tarik perabut.. bising betul.. esok balik isteri saya cakap pada saya "kat atas mana ada bilik dah"... hmmm... apo nak di kato..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2014 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
lavendernovella posted on 6-4-2014 12:18 AM
Dulu pernah stay kt motel tepi pantai kt kelantan , x ingat pulak namanyer, semua cantik , bilik air ...

Somi aku selalu azan kat setiap penjuru hotel masa pertama kali masuk... lepas kes aku nampak dedulu tu... sebab dia tau
bininya cane.... karang dia gak yg susah.... huhu
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2014 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Hai TT, thread dh lama,tp ai nk share 1 cite psl 1 hotel dkt penang

Hotel 1902 Heritage
Hotel ni,klau diikutkan nama dia,mmg hotel lama.ada kena mngena dgn zaman british.hotel ni jenis memanjang ke dalam.sape duk hujung,kne jalan ikut terowong dia(blh refer pic kt google).  Tp setiap blk ada pntu ke 2 yg blh access terus ke luar. Hotel 2 tgkt, lantai atas papan rasanyer.
Mlm tu, start dlm pkl 10 mlm..benda tu bertukang.kuat gila.smpaikn,mak,adk dgn aku xleh tdo lgsg. Rasa mcm benda tu berlari dari hujung hotel ke hujung 1 lg.lps tu pd masa yg sama, ada org tarik kerusi,pastu agkt dan hempas ke lantai. Then, bunyi buka tutup almari dan bunyi benda berat kne hempas kt lantai kayu tu. Smpai bergegar cermin bilik aku.
Tak kan la diorg buat renovation memalam buta.mmg pelik. Bunyi tu berlarutan smpai la ke pg.. esknyer ktorg checkout dgn mata merah,sbb x cukup tdo.rugi je, bayar memahal, tp xblh nk tdo. Nk je tnya receptionist psl bunyi tu,tp lantak la
Last edited by duniaku85 on 6-4-2014 10:03 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2014 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku ada baca kat thread tu hotel M****a kat Teluk batik, Manjung Perak pun keras gak..


ujung tahun lepas kakak aku n famili dia nak pi hotel tu ler.... aku tak cakap pape la sbb aku tau kakak aku tu penakut tahap gaban so aku diamkan... cuma aku pesan sebelum masuk baca pape dulu la kat dalam bilik tu.... tu pun dia dah cuak

bila balik je aku tanya dia ada jadi pape e? Dia cakap ok je... sebab somi dia baca baca sket kat dalam tu... alhamdulillah lega
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2014 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Ferr_Remy posted on 6-4-2014 02:29 AM
Bebaru ni gi Redang.. stay satu resort.. cantik la jugak sbb nmpak cam kampung punyer style siap dua ...

Pm ler aku bgtau apa nama resort tu sebab aku memang plan nak pi Redang nih dalam tahun nih... cuak gak nih... huhu
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2014 10:10 AM | Show all posts
edoraixora posted on 6-4-2014 02:21 AM
Mak aii....seramnye citer ko nih
Pendek kate mmg x tido lah smpai pagi
Dgr jeritan2 tu yg tak ta ...

nk wt cne..tpksa sbb hotel lain full booking.
Amber Court ni mcm apartment..ada 3 bilik
ade la 6 org..so wt tataw je la wlaupn jeritan sepanjang mlm..
start jam 11 da mula opera cina.haha
jam 1 lebih plak mula mengilai.
nasib baek die tak tunjuk muka
masa mula nk check in kt lobi..muka uncle tu slamber je..muka aunty tu cm pucat semacam je..
tersangatlah sunyi wlaupn kt lobi..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2014 02:07 PM | Show all posts
sebab memula cerita pasal Seri Malaysia taiping...so aku yg asal dari sini nak inform je...
in case korang stay kat satu area..on the way ke bukit larut... **M* ****E ..be extra careful yer...
bukan apa..tempat situ mmg family suka stay sebab nampak clean and kemas ..
tapi kalau malam Cik Lang suka dtg singgah...ala ala warden buat spotcheck .maybe tak semua org kot yg terkena...
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2014 02:09 PM | Show all posts
Bilik korangkan..kalau dari lobi ke kiri..or ke kanan ehh ?
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2014 05:03 PM | Show all posts
SiMontel posted on 6-4-2014 02:07 PM
sebab memula cerita pasal Seri Malaysia taiping...so aku yg asal dari sini nak inform je...
in case ...

Kama Lodge tu kat kawasan hutan ler jugak.. hutan & tasik2 memang jin suka.. tempat "jin bertendang".. Dulu2 aku duk dekat jugak la dgn situ (taman perumahan), tapi tak de apa2 la.. kalau malam2 memang la sunyi sepi... area kama lodge tu banyak monyet.. dkt dgn Burmese Pool.. Tokong Hindu pun ada dekat situ
Last edited by k_a_a on 6-4-2014 05:05 PM

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2014 07:21 PM | Show all posts
Homestay kat Jitra

Yang ni memang aku tak boleh nak lupakan sebab bukan aku sorang yang kena. Arwah bapa aku dan adik aku yang lain pun kena kacau. Masa aku tengah cuci pinggan kat dapur, memang jelas nampak ada lembaga keluar dari satu lorong dekat dengan tandas di tingkat bawah rumah tu.

Malam tu, memang aku tak boleh tidur, Arwah bapa aku siap mimpi benda tu marah dan suruh kami keluar dari homestay. Bila kami check out, jiran sebelah homestay tu tanya kat aku samada kena ganggu ke tidak.

Hotel kat Kuah, Langkawi

Aku selalu pergi Langkawi tapi kat hotel inilah aku teruk kena kacau sampai demam. Lampu bilik tetiba padam. Malam tu, lampu bilik mandi pula terpadam dengan sendirinya dan terdengar seolah olah ada orang yang menggunakan bilik air. Aku selamba aja buka semula lampu. Bila aku nak baring semula kat katil, masa tulah aku perasan ada lembaga hitam dekat dengan pintu bilik mandi. Malam tu juga masa nak tidur memang jantung aku berdegup kencang. Bila nak terlelap aja, memang terasa ada benda yang memijak katil. Lebih teruk, kaki aku kena sentap. Memang sampai demam aku kena kerjakan

Hotel Malaya

Hotel ni kat Petaling Street. Masa tu aku bertugas di Sabah dan aku selalu meeting kat KL. Iyalah, kenalah cari hotel yang murah dan dekat dengan LRT sebab nak senang nak ke ibu pejabat.  Kalau tak silap, masa aku check in kat hotel ni, baru beberapa hari berlaku pembunuhan kat hotel ni. Dah lama dah kejadian ni. Aku pun ingat ingat lupa. Yang aku ingat, masa nak lelapkan mata, tetiba macam ada orang ketuk pintu bilik aku. Bila aku intai kat lubang di dinding pintu, tak ada sesiapa pun.

Tengah tidur, tv terbuka dengan sendirinya. AKu tutup semula, tapi lepas tu, tv tu ada yang on semula. Masa tu lah aku perasan ada lembaga perempuan serba putih berdiri di penjuru bilik. Terus aku baca apa yang patut



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2014 08:17 PM | Show all posts
donut_1752 posted on 6-4-2014 01:02 AM
Amber Court ke?

amber court tu diorg palang ngan kayu jer...xtau sbb ape,mungkin pintu tu dah xde tombol kot..tp ni kat hotel yg masih aktif dan meriah..diorg x palang dgn kayu..diorg palang ngan kertas bertulisan cina..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2014 09:43 PM | Show all posts
onnabila posted on 6-4-2014 07:21 PM
Homestay kat Jitra

Yang ni memang aku tak boleh nak lupakan sebab bukan aku sorang yang kena. Arw ...

sangat berani la jugak kau ni ye..aku x rasa kalau dah nampak camtu mmg aku xbleh terima..samada aku pengsan atau aku dah lintang pukang lari keluar
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2014 11:20 PM | Show all posts
DrBikers posted on 6-4-2014 08:17 PM
amber court tu diorg palang ngan kayu jer...xtau sbb ape,mungkin pintu tu dah xde tombol kot..tp  ...

bilik org mati bunuh diri sbb kalah judi kot
sbb ramai yg kalah judi x mo balik smpai ade yg hutang ah long..
bile kalah judi..tkt nk balik
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2014 12:42 AM | Show all posts
k_a_a posted on 6-4-2014 05:03 PM
Kama Lodge tu kat kawasan hutan ler jugak.. hutan & tasik2 memang jin suka.. tempat "jin bertendan ...

yup...mmg area situ tempat sunyi...and ada area perumahan dekat Burmese Pool..
aku cakap based on personal experience je...itu pun sebab aku singgah situ..jumpa member aku dtg bercuti satu family...
mmg aku elakkan diri nak gi situ pun...



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

19-5-2022 08:28 PM GMT+8 , Processed in 0.083472 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list