CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: NBM

Hotel-Hotel & Homestay Berhantu

  [Copy link]
Post time 20-3-2015 12:29 PM | Show all posts
syarida82 replied at 18-3-2015 04:12 PM
Mase chinese New Year ari tu stay kat Swiss garden KL 4 Malam. Perasan ade bible mase check in bilik ...

Slama iols gi hotels, mostly sume ade bible .. alhamdulillah xde pulak kene kacau.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2015 03:41 PM | Show all posts
bellyadele replied at 14-6-2014 03:28 PM
Masa tahun 2003 kalau x silap, matriks ada buat rombongan ke Pulau Pinang dan saya merupakan salah s ...

Baru terperasan cerita ni. Bayu Emas Apartment ke?
Iols pnh booked apartment ni dulu. Pnh jugak share pengalaman kat bod mana ntah psl apartment tu. Tp lps tu kena kutuk dgn satu forumer sbb kononnye xde pun entiti yg iols nmpk. Mmg x nmpk pape tapi kita boleh rasa semacam bila masuk apartment tu. Tiba2 je badan jd panas & hati berdebar2. Rasa mcm nak blk & tak nak duduk sana. Lps tu ada kejadian black out - di mana apartment tu je yg kena. Hoh!! Kena cari balik la bod tu kalau nak tau cerita. Siap boleh dgr bunyi anjing sayup2 masa weolss berlari keluar dr apartment lps black out tu.

Giler!
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2015 04:35 PM | Show all posts
lipstickz replied at 20-3-2015 03:41 PM
Baru terperasan cerita ni. Bayu Emas Apartment ke?
Iols pnh booked apartment ni dulu. Pnh jugak s ...

x pasti pulak nama apartment tue. dah dekat 10 tahun berlalu, tah2 nama apartment pun dah tukar. Ala, bukan semua orang akan dapat pengalaman istimewa macam nie, ada yang nasib baik dan nasib x baik jer. Tp, seramla masa benda tue jadi sebab kita sorang jer yang nampak, kang cakap lebih2 orang cakap gila pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2015 07:09 PM | Show all posts
salam .. korang..

ada sesapa kat sini pernah stay kat P****la resort kat kuala terengganu tak? bulan mei nie aku n officemates kena pi sana ada kursus?
resort tu bebas daripada gangguan dari cik gula2 dan kawan2 nye kan?

Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2015 11:30 PM | Show all posts
badakgurl82 replied at 20-3-2015 07:09 PM
salam .. korang..

ada sesapa kat sini pernah stay kat P****la resort kat kuala terengganu tak? bu ...

Primula ke? pernah dok wiken untuk short getaway. takda apa2 pun berlaku. aman2 aja.

Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2015 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Waa, sangat setam cite korang sume.
Nak share jugakla, sy penah stay hotel di sh alam yang mana tempat tumpuan org ramai utk membeli belah.
Sy yang sangat lena tido terbangun bila terdengar kakak sy mengomel sorang2- sapa la yang main pintu tu-.
Sy pun ape lagi terus telinga jadi besar utk dgr, hehe. Ya, bunyi pintu yg ditolak bertalu2, berbunyi halus tapi pasti. Sgt merimaskan.
Kakak sy bangun n pegi tandas utk berak. Tinggalla sy sorg sambil mengamati bunyi tsebut sampaila tiba suatu bunyi mcm kucing mengerang+suara perempuan dan diakhiri dengan jeritan lelaki.
Sy dh kecut perut, bunyi jauh tapi pasti. Dan org ckp kalo bunyi jauh sebenarnya dekat. Ah sudah. Takutnya masa tu. Moment tu terasa sangat lama, seolah2 di freeze kan utk kt experience. N kakak sy xkluar2 lagi dr toilet. Last2 baru sy dengar bunyi motor kat bawah n budak2 naik tangga dgn riuhnya. Mcm baru sy dengar situasi sebenar keadaan tu. Sbb hotel ni rumah kedai jadi cam riuh kat bawah. N kakak sy pun keluar. Sy langsung xboleh tido. Alkisahh....
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2015 11:56 AM | Show all posts
mamaezah replied at 15-4-2014 12:01 PM
lagi satu Rebak Island Langkawi

bebaru ni cousin kawin, so chef Ammar hat tv al hijrah tu hadiahk ...
lagi satu Rebak Island Langkawi

..tak sampai bberapa minit kepala dan leher dia di jijak dgn ganas hingga dia tak boleh bernafas gitu... dia kelam kabut bangun...pi tengok kat cermin, membiru leher dan dagu dia....

nama resort tak tanya plak......tapi org kata rebak island mmg seram.....

Dulu Rebak Island Resort namanya, sekarang ni Vivanta by Taj. Satu aje resort on the entire Rebak Island rasanya. Akak baru jah pi last October. Alhamdulillah... tak ada yang nak main aumcak atau tindih-menindih ni Dahlah akak dok berdua dengan anak bongsu jah dalam bilik yang siap ada living room bagai. Kat siling memang ada palang2 tu (dok villa mengadap laut), teringat la jugak Cik Maya K time tu

Malam2 memang dead sangat lah resort ni. Seswaiii hanya org yang nak bercuti tanpa gangguan atau honeymooning couples.







Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2015 12:05 PM | Show all posts
Saja nak share tips ustadz bagi... Sebelum masuk bilik hotel/homestay yang mungkin lama tak berpenghuni (3 hari jah tak berpenghuni "ada" lah yang datang masuk tu)... bagi salam dulu molek2 tak kisah ada atau tidak orang di dalam, masuk kaki kanan... macam kita nak masuk rumah sendiri. Kot ada yang nak mengikut masuk, انشاءلله tak jadi punya.

Pastu bacalah ayat-ayat 1-5, 255 (ayat Kursi) - 257, 284-286 Surah Al-Baqarah dengan keyakinan kuat di dalam hati yang hanya Allah SWT Melindungi. (Ayat2 ni termasuk dalam senarai ayat ruqyah syariah).

Surah Al-Baqarah ni power sepower2nyalah untuk perlindungan... Kot yang rajin nak spend 2 jam baca satu surah Al-Baqarah complete 286 ayat tu lagi molek. Kalau masuk rumah baru sangat2 disyorkan baca surah Al-Baqarah.

Allahu'alam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2015 12:13 PM | Show all posts

HAHAHAHA toyol drag katanya.... Agak2nya ada tak tenyeh Krayolan
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2015 04:27 PM | Show all posts
akakbosan replied at 21-3-2015 12:13 PM
HAHAHAHA toyol drag katanya....   Agak2nya ada tak tenyeh Krayolan

"krayolan" tu happerr?
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2015 02:11 PM | Show all posts
badakgurl82 replied at 20-3-2015 07:09 PM
salam .. korang..

ada sesapa kat sini pernah stay kat P****la resort kat kuala terengganu tak? bu ...

hotel ini okey jer...penah stay sini beberapa kali...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2015 01:26 PM | Show all posts
Syazzy replied at 21-1-2015 10:34 AM
Ada sesiapa yang berpengalaman tentang mistik2 ni kat mana2 hotel di sabah?
Sorry kalau i terlepas  ...

Selama menginap kat sana ok jekecuali ada satu hotel kat kundasang
aku tak alami
tapi kawan aku
dengar bunyi bising macam orang tgh buat construction
sampai pagi subuh baru berhenti bunyi tu
tapi kalau ikutkan mana ada construction kat situ
patutla aku tgk esok pagi dua-dua dah layu
tak dapat tido lena rupanya
aku macam biasa. tido mati
lagi2 baru lepas telan ubat. haha
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2015 09:02 AM | Show all posts
semalam my in laws cerita kawan dia pergi kursus dekat area bangi.. dia pilih dok homestay insted of dok hotel sbb bwk femili dia.. homestay tu ade 4 biji sederet xde org dok sewa pun just mlm tu dia sorg je.. masa mula2 dia masuk ok je mlm tu dia rakam gmbr anak dia dok main belon..terkekek2 ketawa pada hal main belon je pun..so dia post la video tu kat group wassap adik beradik dia.. adik dia tanya sape main ngan anak dia tu.. pastu dia kata mana ada sape adik dia cakap cube ko tengok betol2..siap pnggil nama anak dia lagi..bila dia tengok balik video tu betol memang  ade dengar macam satu suara panggil anak dia dan anak dia pun menyahut dan toleh ke arah suara 2.. terus dia kol mak dia,mak dia suh angkut kain baju malam tu jugak dia keluar..masa kat luar lampu kete bila low beam dia nampak pompuan rambut panjang bawah tangga..bila high beam xde plak..masa dia otw nak ke rumah owner banyak kali dia kol owner xangkat2 langsung. bila sampai je dia cakap saya xjadi duduk homestay ni..trus owner tu tanya kenapa ada dengar ape2 ke which mean owner ni dah tahu something wrong dengan rumah tu kan..  
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2015 04:17 PM | Show all posts
sajer gatal nak berkongsi apa yg aku dah baca kat blog... ni.. aku copy paste... tapi kalau dah penah baca, dan dah ada kuar kat mana2 thread, kasi caras je lah ye... atau tak yah baca sampai abes... buang masa korang jek nanti...

KISAH SERAM MISTERI HOTEL SG PETANI

Pengalaman seram yang sememangnya tak dapat ku lupakan selagi aku masih bernyawa ni adalah pengalaman yang ku alami di sebuah hotel di sebuah pekan kecil di utara semenanjung.

Kali pertama aku menjejakkan kaki di pekan itu adalah pada tahun 1998.  Aku suka akan kehijauan dan kedamaian pekan tersebut, tetapi bukan hotel yang aku diami. Kali pertama menjejakkan kaki di perkarangan hotel tersebut, perasaan sayu, cemas, gerun, takut dan sedih menusuk di dalam sanubari aku. Aku ingat kan mungkin keadaan masa itu, (aku sampai kat hotel dalam pukul 6:30 petang) dan aku buat tak tahu je.

Aku ditempatkan disebuah bilik terakhir di block baru. Bila aku masuk, aku dapati bilik itu seperti sudah lama tak didiami, terlalu dipenuhi habuk dan terdapat sawang di siling. Di dalam bilik itu, aku rasa seperti aku diperhatikan. Aku pun ikat langsir dan aku dapati bilik aku mengadap pokok sukun yang sederhana besarnya. Mengikut kata orang-orang tua, pokok sukun nie ada hantu yang suka menumpang. Aku pun segera meminta pihak hotel menukar bilik aku dan alhamdulillah, mereka memenuhi permintaan aku. Aku tinggal di hotel itu selama lebih kurang dua minggu tanpa ada sebarang gangguan.

Kali kedua aku ke pekan itu, aku ditempatkan di hotel yang sama. Tempoh kali ini adalah lebih panjang, lebih kurang dua bulan setengah. Aku telah ditempatkan di bilik tidak jauh dari bilik lama dulu. Minggu pertama, semuanya berjalan lancar. Keadaan menjadi sebaliknya apabila masuk minggu ke dua. Aku terjaga setiap malam pada pukul 2 pagi dan tidak boleh melelapkan mata sehinggalah pukul 6 pagi. Bayangkan keadaan aku ketika itu, tanpa tidur yang cukup dan terpaksa ke pejabat keesokan harinya.

Pada satu malam, dalam lebih kurang pukul 10, aku pun menjalankan operasi biasa aku, check semua pintu dan tingkap sama ada telah aku kunci atau tidak. Aku pun check pintu sliding door balcony bilik aku tu, yelah petang tadi aku lepak kat situ sambil minum kopi mengadap swimming pool. Mana tau kot-kot aku terlupa menguncinya. Apabila aku tutup semula sliding door tu, aku terbau sesuatu yang amat busuk macam bau bangkai. Aku segera memeriksa kasut aku, mana tau aku terpijak taik kucing ke, bangkai tikus ke tetapi kasut-kasut aku tak ada bau. Aku pun buat kesimpulan bahawa mungkin bau tu masuk bilik aku masa aku bukak pintu sliding door tadi. Mungkin ada tikus mati kat taman bawah bilik aku tu kot (walaupun petang tadi masa aku lepak kat situ, mana ada bau busuk).

Aku terjaga seperti biasa dalam pukul 2 pagi. Aku cuba juga untuk melelapkan mata tapi setiap kali aku cuba untuk berbuat demikian, aku ternampak seperti bayang-bayang yang terbang di atas kepala ku. Ini adalah kerana keadaan dalam billik tersebut boleh dilihat dari atas katil kerana bilik itu banyak dihias menggunakan cermin. Aku seperti diperhatikan. Aku pun apa lagi, terus berjaga sampai pukul 6 pagi. Nasib baik masa tu siaran TV3 24 jam, boleh jugak aku pasangkan suara tv tu dan cuba menonton program yang ada.

Keesokan harinya, aku balik kerja cepat sebab aku ada projek, baca Yassin selepas solat Maghrib dan Isyak. Aku pun meneruskan projek yang telah ku rancang. Lebih kurang dalam pukul sepuluh, aku pun tertidur. Aku terjaga lagi pada malam itu dalam pukul 1 kerana aku terbau bau limau nipis yang kuat dalam bilik aku. Ini sudah kerja gila, aku memberitahu diriku. Aku berasa seolah-olah bilik tersebut penuh dan suasana dalam bilik itu panas dan tidak selesa langsung. Aku terdengar seperti orang berbisik tetapi tak tau biji butir percakapanya tapi aku tahu, aku tidak diterima untuk berada di situ.

Aku menggeletar di atas katil sendirian dan berperang dengan perasaan aku. Hati aku berbisik mengatakan kalau aku tak keluar dari bilik ni pukul 3 pagi, sesuatu yang buruk akan menimpa diri aku. Tepat-tepat pukul 3 pagi, aku lari keluar dari bilik aku dan terus ke lobi. Aku duduk dilobi dengan baju sejuk, bantal dan walkman. Aku duduk di situ dengan aman dan tenteram sehinggakan aku boleh tertidur di situ. Tiba-tiba, aku rasa ada sesuatu berdiri disebelah ku. Rupa-rupanya para petugas malam hotel tersebut datang kepada ku dan bertanya kenapa aku berada di situ dan juga dengan celuparnya bertanya, sama ada bilik aku ada hantu ke?

Yang aku ingat aku memberitahu mereka “Tolong tukar bilik I, I nak bilik lain la”. Berulang kali aku mengatakan perkara yang sama. Kemudian, petugas itu meninggalkan aku. Dalam pukul 6, aku telah dikejutkan oleh seorang pakcik yang baru masuk kerja syif yang sudi menolong aku pindah ke bilik baru. Aku berasa berat hati tetapi pakcik tersebut berjanji akan menunggu aku pack barang aku dan mengangkatnya sehingga ke bilik baru. Pakcik itu membawa barang aku dan menunjukkan bilik baru aku. Terima kasih pakcik, jasa mu akan ku kenang sampai bila-bila. Tapi yang menjadi pertanyaan pada diri aku sampai hari ini, semua pekerja hotel terbabit seolah-olah tahu sesuatu telah berlaku semasa aku lari keluar dari bilik aku tetapi tidak mahu memberitahu aku.

Oklah, setelah ditempatkan dibilik baru, apabila aku balik dari kerja petang tu, receptionist kata diorang dah upgrade bilik aku dari deluxe ke junior suite dan pada harga bilik deluxe. Diorang upgrade kan bilik aku sebab diorang kata, dekat “wing” bilik lama aku tu, cuma aku sorang je yang ada, bilik lain semuanya kosong. Walaupun ada guard rounding, diaorang takut kalau jadi apa-apa, tak ada orang yang tahu….

Tiba-tiba buat aku terfikir, mungkinkah mereka tahu keadaan sebenar hotel diorang tapi tak nak takutkan pelanggan, almaklumlah, nanti tak ada bisnes. Tambahan pula, menurut kata pihak hotel, bilik baru ni terletak tidak jauh dari meja receptionist. Diorang dah siap angkut barang² aku dan letakkan kat bilik baru. Aku pun apa lagi, seronok lah tanpa mengetahui nasib yang akan menimpa diriku seterusnya.

Mula-mula tu aku rasa selesa dalam bilik tapi setelah dua tiga malam tidur di situ, aku mula rasa perasaan yang sama seperti dibilik-bilik sebelumnya. Tiap-tiap malam aku terdengar bunyi orang berkawad di luar dan dalam bilik. Bila aku cuba memeriksanya, tidak ada seorang pun yang kelihatan. Aku masih lagi terjaga pada pukul 1:00 pagi dan tak boleh melelapkan mata hingga ke pagi. Aku cuma berasa selesa apabila azan Subuh berkumandang, seolah-olah dapat melihat “benda-benda” tu semuanya bertempiaran lari dari bilik aku.

Pada satu malam, seperti biasa dalam pukul 1 pagi aku terjaga, kali ini aku amat terkejut kerana aku terhidu bau shampoo yang masih segar, seolah-olah ada orang baru sahaja selesai mandi. Aku tahu bau tersebut adalah bau shampoo yang baru ku beli petang tadi. Aku pun masuk ke bilik air untuk menyiasat dan amat terkejut kerana bilik air tersebut masih basah, seolah-olah ada orang baru sahaja selesai mandi. Aku amat pasti bahawa sebelum aku tidur tadi, bilik air tersebut kering sahaja. Masih terdapat kesan wap panas di cermin bilik air. Perasaan ku yang pada mulanya cuak mula menjadi huru-hara. Aku tidak tahu apa yang aku patut lakukan, sama ada keluar dari bilik air atau keluar dari bilik aku. Dalam keadaan itu, aku segera mengambil keputusan untuk keluar dari bilik air dan duduk diluar sementara memikirkan apa tindakan yang sepatutnya aku buat.

Tanpa ku sangka-sangka, aku sebenarnya tersilap membuat perhitungan. Apabila aku tiba diluar, aku teramat terkejut kerana ada benda yang sepatutnya tidak berada di dalam bilik ku berada di atas katil aku. Tak dapat aku bayangkan perasaan aku ketika itu, kalau toreh pisau kat muka pun tak keluar darah. Aku nampak 3 kepala manusia sedang bergolek-golek di atas katil aku!! Apabila menyedari aku memerhatikan aksi mereka, mereka segera berhenti dan menyeringai ke arah ku. Aku tidak tahu dari mana aku dapat kekuatan aku kerana tiba-tiba sahaja aku dapati diri aku kini berada di lobi hotel (sekali lagi). Kali ini aku memilih untuk duduk di kerusi sebelum meja reception (menuju ke arah bilik lama aku) kerana aku tidak mahu dihujani dengan pertanyaan pihak pengurusan hotel.

Aku telah mengambil keputusan nekad, check out dari hotel tersebut petang itu jugak. Aku menerima tawaran salah seorang rakan sekerja aku untuk tinggal bersama dia. Pihak pengurusan hotel terbabit cuba untuk memujuk aku tinggal di situ memandangkan mengikut tempahan awal, aku sepatutnya tinggal di situ selama 2 bulan setengah. Salah seorang dari pengarah mereka telah menelefon aku di pejabat setelah seminggu aku keluar dari hotel mereka dan aku menceritakan semuanya tanpa selindung. Yang peliknya, dia tidak pula menafikan kisah seram aku, cuma dia diam sahaja seolah-olah tahu yang sebenarnya memang ada masalah dengan hotel mereka.

Daripada salah seorang kawan aku yang bapanya kerja kat hotel tersebut (wonder why aku tak pernah tanya dia sejak dari mula), hotel tersebut memang seram. Bapanya turut mengatakan semua bilik yang aku pernah diami itu sememangnya tak pernah lama dihuni orang kerana keesokan harinya penghuni bilik-bilik terbabit pasti akan bertanya kepada pihak kaunter sama ada bilik mereka itu ada hantu. Cuma kes aku sahaja yang terlalu ekstrem sehingga pihak pengarah mereka pun tahu mengenainya.

Menurut bapa kepada kawan aku, beberapa pekerja part time bahagian dapur pun mengalami masalah yang sama. Ada sorang student ITM yang buat part time kat situ tu sampai demam panas kerana terlalu terkejut melihat 3 lembaga hitam sedang makan di dalam dapur hotel terbabit. Dia hairan mendengar bunyi bising di dalam dapur dan seperti aku, cuba untuk menyiasat.

Kalau setakat panggilan telefon ditengah malam ke meja front office tu perkara biasa (mengikut kata pakcik tu lah). Bila mereka jawab panggilan tersebut, yang kedengaran hanyalah hembusan nafas dan kemudian diikuti oleh hilaian ketawa yang panjang. Daripada switchboard tu, mereka tahu bilik mana yang membuat panggilan dan menyuruh guard pergi check bilik-bilik terbabit (walaupun mereka tahu dalam register tak ada orang di bilik terbabit) dan guard tersebut selalunya mendapati bilik itu tidak dihuni oleh sesiapa pun.

Begitulah kisah seram aku berdasarkan pengalaman aku sendiri. Mungkin tidak seram seperti yang korang harapkan tapi aku telah menulisnya dengan cara aku sendiri. Jangan cuba tanya nama hotel tersebut kerana aku tidak akan memberitahu. Yang boleh ku katakan, hotel tersebut terletak di Sungai Petani.



Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2015 04:48 PM | Show all posts
akakbosan replied at 21-3-2015 12:05 PM
Saja nak share tips ustadz bagi... Sebelum masuk bilik hotel/homestay yang mungkin lama tak berpengh ...

sgt setuju...saye ni mmg slalu o/station...slalu kene tido sorang la kan sbb tiap org eligible utk single occupancy...dah ler saye ni penakut...macam2 pikir...sampai tido pun bukak lampu..tapi ape yg saya amalkn...save siap2 surah al-baqarah dalam laptop...masuk je bilik lps bagi salam terus on surah al-baqarah tu ulang2 pun takpe..kalau lps chk in tu nak kluar mkn ke..kluar je la..tapi biarkan surah al-baqarah tu on...so far alhamdulillah...walaupun tido masih bukak lampu..
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2015 05:49 PM | Show all posts
isteri_ayil replied at 26-3-2015 03:17 PM
sajer gatal nak berkongsi apa yg aku dah baca kat blog... ni.. aku copy paste... tapi kalau dah pena ...

mungkin tak seram spt yg diharapkan ko cakap??? seram gile kot!!!! siap nampak depan mata tu mmg dah main kasar tul.. hotel apa tu, mind to share? Nanti gi sg petani harus orang dah tahu and boleh avoid..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-3-2015 10:05 PM | Show all posts
isteri_ayil replied at 26-3-2015 04:17 PM
sajer gatal nak berkongsi apa yg aku dah baca kat blog... ni.. aku copy paste... tapi kalau dah pena ...

aku tak boleh nak imagine mcm mana kau boleh duduk dlm hotel sorang2...aku mmg confirm tido kt masjid kalau kena duduk hotel sorang2 or tido kt lobby hotel sebulan pun xpe...sb mmg rata2 bilik hotel kt mana2 pun mmg ada gangguan....gila berani kau nih..
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2015 02:39 AM From the mobile phone | Show all posts
NBM replied at 29-3-2015 10:05 PM
aku tak boleh nak imagine mcm mana kau boleh duduk dlm hotel sorang2...aku mmg confirm tido kt mas ...

Bkn dia yg alami...kan diambil dr blog...citer org lain la tuh!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2015 07:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Ooo...salah ye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2015 07:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Ooo...salah ye
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

7-12-2022 09:42 PM GMT+8 , Processed in 0.323699 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list