View: 2487|Reply: 11
|
[Dunia]
Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2014
[Copy link]
|
|
7 pasukan bakal bertanding di dalam kejohanan hoki jemputan yang tertua di dunia.
Pasukan tersebut adalah
Australia - Juara Piala Oceania
Korea - Juara Piala Asia
Pakistan - Johan Trofi Juara-Juara Asia
Afrika Selatan - Juara Negara-Negara Afrika
#MALAYSIA - pingat gangsa Trofi Juara-Juara Asia
Kanada - Naib Juara Pan-Amerika
China
Kejohanan ini bakal berlangsung di Stadium Hoki Ipoh bermula 13 Mac hingga 23 Mac.
Marilah rakyat Malaysia yang berada di Perak, Ipoh khususnya hadir beramai-ramai di stadium bagi memberikan sokongan terhadap skuad hoki negara yg bertaraf dunia ini.
Kemasukan adalah percuma.
|
|
|
|
|
|
|
|
best... mesti pigi. |
|
|
|
|
|
|
|
Kejohanan ni saban tahun ada.
Malah, kalau tahun takde World Cup, pasti banyak pasukan nak join.
Memandangkan ada Hoki Piala Dunia tahun nie, masing-masing simpan strategi dan simpan kuku. |
|
|
|
|
|
|
|
Pasukan tarik diri akan didenda
Kuala Lumpur: Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) bercadang membuat satu garis panduan baru untuk saingan Piala Sultan Azlan Shah tahun depan bagi membolehkan setiap pasukan yang dijemput tidak sewenang-wenangnya menarik diri saat akhir.
Naib Presiden Kanan MHC Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, perkara itu dicadangkan sendiri wakil Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) kepada MHC selepas kes penarikan diri gergasi Asia, Pakistan pada edisi ke-23 Piala Sultan Azlan Shah ini.
“Kami sudah berbincang mengenai kes penarikan diri Pakistan bersama wakil FIH ketika mereka melawat stadium bagi saingan Cabaran Juara-Juara 1 di Pahang baru-baru ini.
“Mereka beri cadangan supaya pihak sekretariat kejohanan ini membuat satu garis panduan baru bagi membolehkan pasukan yang menarik diri di saat akhir dikenakan hukuman termasuk tidak menjemput mereka untuk tahun akan datang.
“Apapun kami akan berbincang mengenai perkara ini pada saingan Piala Sultan Azlan Shah nanti. Kejohanan ini berbentuk jemputan, jadi pihak sekretariat boleh membuat garis panduan baru tanpa membabitkan FIH,” katanya ketika ditemui pada sidang media semalam selepas hadir di majlis penyampaian tajaan yang dihadiri Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah semalam.
Pada majlis itu, baginda berkenan menerima penyerahan tajaan keseluruhan bernilai RM1.8 juta untuk saingan Piala Sultan Azlan Shah yang bermula 13 Mac ini.
Sementara itu, mengenai pemain kelahiran Malaysia berpangkalan di Jerman, Kevin Lim, Nur Azmi berkata, hasrat pemain itu untuk mewakili Malaysia dilihat semakin cerah.
“Kami sedang berusaha untuk menyelesaikan beberapa perkara mengenainya, termasuk memaklumkan kepada FIH.
“Kevin tidak mungkin dapat beraksi untuk Piala Sultan Azlan Shah tapi mungkin berpeluang pada saingan selepas itu,” katanya.
Kevin ketika ini berada di Melaka bersama-sama skuad kebangsaan di bawah bimbingan Muhammad Dharma Raj Abdullah yang akan bertemu Kanada dalam tiga perlawanan persahabatan bermula hari ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pls masukkan indon dalam kejohanan ni....bg indon kena lauk...untuk pasukan gergasi pemanas badan  |
|
|
|
|
|
|
|
the_killer posted on 6-3-2014 04:30 PM 
Pls masukkan indon dalam kejohanan ni....bg indon kena lauk...untuk pasukan gergasi pemanas badan
Yindon caprut???
Bagi depa lawan dgn skuad bawah 19 tahun Thailand dulu..
Skuad utama yindon caprut vs U-19 Thailand..
hahahahhaahhahaha!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
SULTAN AZLAN SHAH CUP 2014
Ipoh, Perak
13th Mar - 23rd Mar
TEAM:
--------
Australia
South Korea
South Africa
MALAYSIA
Canada
China |
|
|
|
|
|
|
|
Bestnya!!! Asal x buat kat Stadium Hang Jebat,Melaka... uhuhu.. |
|
|
|
|
|
|
|
aiyo
kuatkan semangat jihad dlm hoki utk mengharumkan nama Islam
tewaskan negara kafir |
|
|
|
|
|
|
|
power aus main.. lengan besar2..
5-2 dah |
|
|
|
|
|
|
|
lol... baru hari saya tahu... |
|
|
|
|
|
|
|
dah pukul 10mlm... ada lagi ker |
|
|
|
|
|
|
| |
|