CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
12Next
Return to list New
View: 7435|Reply: 29

Lafaz talak. Tolong

[Copy link]
Post time 18-12-2013 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Kes kawan aku

Suami dia ada cakap macam ni
" i ceraikan u lepas kaunseling "

Tapi dorang tak pergi kaunseling lagi

So,korang rasa talak tu dah jatuh belum. Atau kalau dah pegi kaunseling adakah wajib suami lafaz talak depan hakim? Atau cemana. Tq
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2013 11:16 PM | Show all posts
aku xde la pandai sangat tp apa yang aku faham ni termasuk dalam lafaz soreh..

Lafaz soreh ialah lafaz yang digunakan jelas menunjukkan kepada makna talak/cerai dan tidak boleh ditafsirkan kepada makna lain selain talak/cerai. Lafaz soreh ada tiga (3) iaitu talak/cerai, bebas/lepas dan pisah. Contohnya seorang suami berkata kepada isterinya "Aku ceraikan engkau" atau "Aku berpisah dengan engkau".

Hukum lafaz soreh ini ialah jatuh talak sama ada suami berniat menceraikan isteri atau tidak. Ini kerana lafaz soreh tidak perlu kepada niat ketika diucapkan.

#cadangan aku secara xlangsung....Jika suami ada melafazkan cerai di luar dan tanpa kebenaran mahkamah, maka segeralah bertindak dalam masa tujuh (7) hari untuk melaporkan lafaz cerai di Mahkamah Syariah bagi tujuan pengesahan lafaz cerai.

maaf kalau ada silap..
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2013 11:26 PM | Show all posts
Syarat2 suami yang menajtuhkan talak..

1. Suami. Syarat-syarat suami ialah:

a) Mestilah seorang lelaki itu telah menjadi suami melalui perkahwinan yang sah, tidak jatuh talaq jika belum berkahwin atau setelah bercerai dan habis ‘iddah.

b) Hendaklah dalam keadaan sedar, tidak jatuh talaq jika sekiranya gila, pengsan, mengigau dan pitam kecuali mabuk yang disebabkan meminum minuman keras dengan sengaja.

c) Baligh.

d) Dengan rela hati dan tidak dipaksa, tidak jatuh talaq jika diugut menceraikan isteri.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2013 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
fieyzha posted on 18-12-2013 11:16 PM
aku xde la pandai sangat tp apa yang aku faham ni termasuk dalam lafaz soreh..

Lafaz soreh ialah  ...

Dia dah call pej agama, n google pape yg patut. Tapi pej agama bitau talak tak jatuh lagi. Dari apa yg dia cuba pahamkan n yakin talak dah jatuh. Macam mana tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2013 09:16 AM | Show all posts
dia nak bercerai sebenarnya tu yg buat2 tak paham. lafaz tu jelas tak perlu nak pening2. memang tak jatuh talak lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2013 04:06 PM | Show all posts
katanya pas gi kaunseling..so selagi tak pergi takdelah...itu setahu aku berdasarkan pengalaman aku yg seciput ni..

tapi kalau kawan ko was2 lah bagai...suh je dia gi pejabat agama and sahkan..habis citer dari dia dok terpikir2 siang malam jatuh ke tak....buat pening aje
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2013 06:48 PM | Show all posts
daiman posted on 19-12-2013 08:33 AM
Dia dah call pej agama, n google pape yg patut. Tapi pej agama bitau talak tak jatuh lagi. Dari ap ...

pejabat agama ckp talak x jatuh lg?

apa syarat2 yg membuatkan talak tu xjatuh lg?

sebab dari apa yg aku paham, talak sememang nye dh jatuh... dr cara si suami tu melafazkan talak pon dgn niat.. kalau xde niat, dia xkn lafazkan cerai.. bahaya2..

bhye mksd aku dr segi doang dh xleh duk sebumbung.. dosa di situh..

kwn ko bru kol pejabat agama kn? x face to face lg kn?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2013 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
fieyzha posted on 19-12-2013 06:48 PM
pejabat agama ckp talak x jatuh lg?

apa syarat2 yg membuatkan talak tu xjatuh lg?

Yup kawan aku date g kaunseling bulan jan. Gila lama oi.. Tapi itu yg kitorang tertanya2, apa yg menyebabkan pejabat agama kata talak tu tak jatuh lagi. Padahal dia dah tanya jugak beberapa orang ustaz lain kata talak dah jatuh

Apa kuasa pejabat agama erk nak tentukan talak jatuh atau tidak? Padahal dah terang2 perkataan i ceraikan u tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2013 07:15 PM | Show all posts
daiman posted on 19-12-2013 07:00 PM
Yup kawan aku date g kaunseling bulan jan. Gila lama oi.. Tapi itu yg kitorang tertanya2, apa yg m ...

bab cerai berai ni aku kurang mahir..

tp setakat ilmu yg aku hado itu jer lah...

pejabat agama mana tuh? boleh caye ke?


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2013 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
fieyzha posted on 19-12-2013 07:15 PM
bab cerai berai ni aku kurang mahir..

tp setakat ilmu yg aku hado itu jer lah...

Pejabat agama shah alam tu ha...
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2013 08:50 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2013 09:11 AM | Show all posts
bg aku xjtuh..cth mcm : "aku craikan ko kalo ko kluar dr rumah ni"..so..kalo die xkluar rumah mknenye xjtuh lah talak 2..sme kes mcm die ckp.."aku craikan ko lepas kaunseling"..dorg xgi kaunseling lg kn....ni ape yg aku tau lah...kalo xsure gi pjabat agama...or tnye imam2...
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2013 02:29 PM | Show all posts
insyaallah x jatuh lagi..dia nk ceraikan bukan ceraikan..klu dia x lafaz lepas kaunseling, x jatuh lah..
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2013 03:26 PM | Show all posts
fieyzha posted on 19-12-2013 07:15 PM
bab cerai berai ni aku kurang mahir..

tp setakat ilmu yg aku hado itu jer lah...

kalau tak pandai pun nak komen jugak ... boleh sesatkan diri sendiri dan menyesatkan org lain juga ... adik ni umo berapa?
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2013 03:36 PM | Show all posts
pendapat pejabat agama bahawa talak belum jatuh adalah benar ...

bila suami cakap, "i ceraikan u lepas kaunseling" ... itu menggambarkan niat dan bukan lafaz talak yg hakiki ...

even kalau mereka pergi kaunseling dan suami kansel niat nak bercerai ... talak juga tidak jatuh ... kerana lafaz yg dibuat bukan berbentuk taklik ...

cerai taklik ialah talak yg jatuh selepas berlaku sesuatu perkara yang disyaratkan dengan jelas oleh suami ... contohnya, kalau u makan belacan jatuh talak, atau kalau i makan budu tertalaklah kita ...

kalau setakat, "i ceraikan u lepas kaunseling" ... boleh membawa maksud lepas kaunseling nanti kita uruskan perceraian ... so kalo tak jadi uruskan perceraian itu, makanya tiadalah perceraian atau talak ...

bagi kawan ko baca ekplenesen aku nih ... wallahualam ...  

tapi kalo kawan ko tuh mmg niat nk bercerai ... boleh ler teruskan buat kecoh dan persoalkan lagi ... ambil loyer, masuk mahkamah, kasi penampar hakim suruh ceraikan jugak dan last sekali bakar mahkamah ...  
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2013 04:09 PM | Show all posts
kudajantan77 posted on 20-12-2013 03:26 PM
kalau tak pandai pun nak komen jugak ... boleh sesatkan diri sendiri dan menyesatkan org lain juga ...

kann?? aku baru nak komentar tapi ko dh komen..tak paham aku kata x cukup mahir tpi gigih jgk bagi jawapan sebegitu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2013 04:10 PM | Show all posts
fieyzha posted on 19-12-2013 08:50 PM
http://english1.cari.com.my/archiver/?tid-757556.html

yang ko bagi link tu lafaz taklik.....adoiiii...
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2013 04:22 PM | Show all posts
vierra_trisya28 posted on 20-12-2013 04:09 PM
kann?? aku baru nak komentar tapi ko dh komen..tak paham aku kata x cukup mahir tpi gigih jgk bagi ...

masuk terus bagitau lafaz soreh moreh ... aku pun terkejut ...
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2013 04:24 PM | Show all posts
kudajantan77 posted on 20-12-2013 03:36 PM
pendapat pejabat agama bahawa talak belum jatuh adalah benar ...

bila suami cakap, "i ceraikan u  ...

okeh ayat ni buat aku tergelak...

tapi kalo kawan ko tuh mmg niat nk bercerai ... boleh ler teruskan buat kecoh dan persoalkan lagi ... ambil loyer, masuk mahkamah, kasi penampar hakim suruh ceraikan jugak dan last sekali bakar mahkamah ...  
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2013 04:25 PM | Show all posts
kudajantan77 posted on 20-12-2013 04:22 PM
masuk terus bagitau lafaz soreh moreh ... aku pun terkejut ...

kikikikikikiki aku gelak bawah niqab jelah ye....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

30-9-2022 12:44 AM GMT+8 , Processed in 0.193070 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list